Monday 7 November 2011

Molten Lava Cake


Hari ni kazen2 belah ayah aku sume nak dtg umah. Pagi2 lagi kitorg dah bersilat kat dapur buat sup daging. Makan ngan nasi impit. Soto la dalam erti nama lain. ;p

Pastu, kakak ipar aku nak wat molten lava cake. Tapi buat kiut2 je dalam muffin tray. Senang, ramai leh makan. Banyak resepi molten lava cake ni kat internet. Tapi kakak ipar ubah2 sket mengikut apa yg ada di dapur. Alhamdulillah, rasa dia memang enak sekali. Aku suka sebab rasa dia mcm manis2 pahit gitu. Okla, sila la try this recipe (at your own risk k)...hahaha


Bahan-bahan (utk 18 mini cakes):

  • 1 bar semi sweet baking chocolate (200gm)
  • 200 gm butter
  • 4 biji telur (kecil)
  • 1 1/3 cawan brown sugar
  • 3/4 cawan tepung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2/3 cawan serbuk koko 
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180darjah
  2. Cairkan coklat dalam double boiler atau microwave
  3. Dalam mangkuk lain, pukul gula dan telur hingga ringan dan kembang
  4. Bila coklat dah cair, masukkan butter dan kacau hingga butter cair
  5. Masukkan adunan coklat ke dalam adunan telur tadi dan masukkan tepung, kacau sebati
  6. Oleskan butter pada acuan muffin dan sendukkan adunan hingga 1/2 atau 3/4 penuh
  7. Bakar selama 8-10 minit. (bergantung pada oven/selera masing2, kalau nak tgh dia cair, kurangkan masa memasak, klu nak keras, tambah masa, kitorg bakar 8 minit, just nice)
  8. Hidangkan dengan ice cream atau gula icing & fresh fruits


p/s: cake ni sedap di makan ngan ice cream, sebab tu guna semi-sweet choc, atau bleh gak guna dark choc (75% cocoa)

Wednesday 2 November 2011

Laksa Johor


Last weekend adik konvo kat Batu Pahat. So, kitorg tumpang tido umah makcik kat Kluang. Pagi sebelum balik KL, makcik buat Laksa Johor. Perrghh. Sungguh lazat. Aku ngan tak malunyabetambah bekali-kali. Resepi ni guna ikan sahaja, walaupun ada resepi-resepi lain yang letak udang, udang kering belacan etc. Resepi ni cam biasalah, anggaran2 saje. Boleh tambah kurang ikut selera masing-masing yer. Oklah, ni resepinya, cekidout.

Bahan-bahan (6 - 8 orang...kot..haha):

  • Spageti
  • Ikan kembong (dalam sekilo)
  • 3 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih* (kisar bahan bertanda *)
  • 2 inci halia*
  • 2 sudu besar cili kisar*
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 keping asam keping
  • 1 paket kecil kerisik
  • 1 paket kecil serbuk kari ikan (bancuh dengan sedikit air rebusan ikan)
  • 2 cawan santan pekat
  • ulam-ulam (timun, kacang panjang, limau nipis)
  • sambal belacan


Cara-cara:

  1. Rebus spageti dengan sedikit garam dan minyak, tos dan ketepikan
  2. Rebus ikan, asingkan tulang dan kisar isi ikan bersama sedikit air rebusan ikan
  3. Dalam periuk, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi
  4. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak
  5. Bila dah pecah minyak, masukkan isi ikan, 2 mangkuk air, asam keping
  6. Masukkan kerisik dan santan pekat, kacau seketika
  7. Masukkan garam gula secukup rasa
  8. Kacau rata dan masak dengan api perlahan sehingga kuah memekat
  9. Dalam pinggan, masukkan spagetti dan curah kuah yang dah masak, hiaskan dengan timun, limau kasturi, kacang panjang dan sambal belacan.


p/s: klu aku nak wat nanti, aku nak guna je mackeral dalam tin tuh, sonang kojo den ;p

Tuesday 27 September 2011

"Office-made" Oregano Bread

sumber gambar: this week munchies

Last Thursday aku, Kak Yaz & Kak Akma makan2 kat Italiannies, The Curve. Lepas dah order menu, kami dihidangkan dengan beberapa keping roti oregano yang sangat enak. Makan cicah2 dengan olive oil. Tetiba, timbul idea utk membuat oregano bread di office. Balik kampung wiken tu, aku terus selongkar bread maker yang dah bersawang.

Sampai2 je office, aku, Kak Akma & Kak Yaz bergegas ke pantry. Ukur2, sukat2, timbang2, semua bahan dah masuk bread maker. Set timer, then aku pun terus ke clinic pagi tu sbb ada supervision. Tgh2 supervise students buat clinic, otak & perut aku dok tekenang2 keenakkan roti. Mesti bau roti tu semerbak satu office.

Lepas habis clinic, aku begegas ke office. Just in time roti tu masak. Kak Akma sibuk slice isi ayam bakar, kak yaz plak sibuk ngan salad. Wah2, fefiling british sgt masing2. Betul la orang kata, bila kat negara omputih, sibuk mengidam nak makan masakan Msia, bila dah kat Msia, sibuk ngidam nak makan makanan omputih.

Gambar roti tak sempat amik, masing2 rakus nak makan :)

Okla, ni resepinyer in case korang nak cuba.... sumber asal dari SINI. Tapi aku modified dgn omit cheese, italian seasoning, rosemary and black pepper, aku tambah oregano...

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 teaspoons active dry yeast
  • 1 1/2 teaspoons white sugar
  • 1 1/2 teaspoons salt
  • 1 teaspoon oregano
  • 2 1/2 cups bread flour
  • 1 cup water
  • 3 tablespoons olive oil


Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan dalam bread maker dan pilih setting mengikut arahan bread maker masing-masing

p/s:
Recipe ni menghasilkan roti saiz M
Sedap dimakan dengan tomato soup atau dengan isi ayam bakar & salad

Tuesday 13 September 2011

Kek Coklat...lagi...

Mcm giant-size dorayaki...hihihi
Hari tu birthday sorang kawan aku. Lama dah, bln 8..cuma skrg baru nak update. Asalnya, aku nak beli je kek kat Pattiserie Valerie. Tapi, sebab ada kejadian rusuhan tu, aku batalkan niat suci murni aku tu. Kang tak pasal kek aku jadi habuan si perusuh2 itew.

Sudahnyer, godek2 dapur, bahan-bahan nak buat kek coklat semuanya ada. Cuma koko powder je xde. So, aku pun guna cooking chocolate je la sebagai ganti. Topping cake pun aku guna cooking chocolate gak. Untuk resepi kek, boleh rujuk sini.  Memandangkan yg nak makan tu tak ramai, so aku buat half dari resepi asal. Acuan kek pun xde, so aku guna mangkuk pyrex jer. Tu yg bentuk dia kiut gitu. huhuhu

Untuk topping, aku cairkan 1/2 bar cooking chocolate, campur dengan lebih kurang 50gm butter dan dalam beberapa sudu susu pekat manis. Aku tambah susu sebab chocolate bar yg aku guna tu byk koko (75%). Aku tambah butter sbb mcm nak bg dia cair sket, xde la pekat sgt. Ada resepi yg letak cream la apa la. Aku malas. Sekian.

Pastu curahla melted chocolate tu atas kek yg dah disejukkan. Boleh hias ikut suka. Aku tabur dengan wafer dari KitKat. Huhuhu.

Kat bawah ni hasil seni Chef Erik... perrghhh... terliur plak nak makan kek + aiskrim ni lagi...

Erik rajin plak nak menghias...kek coklat dgn ice cream, condensed milk dan gajus

Friday 26 August 2011

Biskut Chocolate Chips

Cam chipsmore kan??
Ramai yg tau biskut choc chip ni kan? Aku kalau biskut2 yg base chocolate ni mmg aku suka. Cam lebih kurang je ngan biskut bourbon tu, cuma pakai gula perang ngan ada choc chip...

Hari tu, sambil2 memasak utk bebuka, Erik cakap dia nak buat biskut raya. Aku apa lagi, tolong bg sokongan padu la (padahal nak tolong makan jer). Resepi dia amik ngan mak dia. So aku tepek sini la sebab dia tulis resepi ngan cakar ayam. 10oz nampak mcm 100g  ... Tak ke bahaya tu. Pastu siap equation2 bagai. Ni nak wat kuih ke nak wat bangunan? Kompius2... /blur

Bahan-bahan:

  • 200 gm butter
  • 100 gm brown sugar
  • 100 gm gula halus
  • 300 gm tepung*
  • 1 sudu teh baking powder* (satukan bahan *)
  • 50 gm koko powder*
  • 100 gm badam cincang
  • 100 gm chocolate chips
  • 1 biji telur


Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah
  2. Putar gula halus, brown sugar dan butter hingga kembang
  3. masukkan telur, pukul sebati
  4. masukkan adunan tepung dan koko sedikit demi sedikit
  5. bila dah membentuk doh, masukkan chocolate chip dan badam, gaul rata
  6. dengan sudu, kaut sedikit adunan dan letak atas dulang pembakar
  7. Bakar selama 20-25 minit


Masa kita kuarkan dari oven, biskut ni mmg cam lembut2 sket. Tapi bila dah sejuk, dia akan mengeras dan rangup. Batch pertama yg kitorg bakar, kitorg p tunggu sampai biskut tu betul2 keras. Sudahnya, sedikit hangus dan bila dah sejuk, keras sgt plak. Tapi masih nyum..nyum... :p

Tuesday 23 August 2011

Curry Puff


Hari tu buat inti murtabak. Ala, yg mcm inti karipap tu. Kulit popia takde, so aku guna paratha. Inti tu dah sedang2 elok je masinnya, tapi sebab kulit paratha tu pun dah masin, so dia jd mcm over masin la pulak. So, aku taknak la masak guna paratha lagi, nanti membazir je orang tak makan.

Sebab inti tu ada byk lagi, dan kebetulan pi tesco beli barang-barang dapur, aku beli kulit pastry yg dah siap2 uli tu. Tinggal potong2 jer.


Kalau buat inti curry puff aka inti karipap aka inti murtabak...haa.. kalau buat inti ni bebanyak, pastu kulitnya tu je lain2, dah dpt 3 jenis kuih...simpan dalam freezer, time nak makan je kita goreng... hidup biar mudah =)

Bahan-bahan:

  • Beberapa biji kentang
  • Semangkuk isi ayam / daging cincang
  • 2 biji bawang besar (didadu)
  • Secekak daun sup (hiris)
  • 3 sudu besar serbuk kari (bancuh ngan sedikit air jdkan pes)
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Garam dan gula Sedikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar
  2. Masukkan pes rempah kari
  3. Tumis hingga pecah minyak, then masukkan ayam/daging 
  4. Bila cam dah masak, masukkan kentang dan sedikit air 
  5. Masukkan sedikit garam dan gula 
  6. Masak hingga kentang empuk (mungkin perlu tambah air dari semasa ke semasa tp jgn byk2 sbb xnak inti ni basah sgt) 
  7. Tambahkan garam jika perlu 
  8. Bila dah empuk dan air dah kering, masukkan daun sup dan gaul rata 
  9. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam kulit pastry.

Tuesday 16 August 2011

Kuih Tiram / Lidah Buaya Kulit Popia

Sumber gambar: Lifepreetyshort
Dulu kecik2 selalu tolong umi buat kuih tiram or ada stgh orang panggil kuih lidah buaya. Susah gak nak buat dia. Macam buat karipap pusing tu. Kena uli2, canai2, potong2, canai2 lagi, pastu baru la boleh goreng2 dan tabur2 gula dan makan2.

Di satu hari yg hening beberapa tahun lepas, aku ada stock kulit popia yg agak byk dalam fridge. Kat sini, nak jumpa kulit popia, kena la menapak jauh ke kedai cina. Stakat kat supermarket depan rumah mmg x dpt la. Jadinya, aku bantai beli byk2. Dahtu, xtau nak buat apa dah. Mata pun dah naik juling makan popia.

So, aku google2 apa yg patut dibuat ngan kulit popia ni kan. Terjumpa satu resepi kuih tiram versi kulit popia. Sila la ke sini utk cara-cara membuat bergambar. Mudah dan lazat. Makan benda ni mmg ralit la org utara kata.


Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • Minyak utk deep fry
  • Gula icing
  • Bancuhan tepung dan air (utk buat gam) / air sahaja

Cara-cara:

  1. Gulung kulit popia mcm gulung kertas, tapi jgn gulung ketat sgt, cukup la saiz dia mcm sbtg pensel gitu
  2. Gam hujungnya dgn bancuhan tepung or air
  3. Gunting serong-serong
  4. Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan
  5. Angkat dan toskan
  6. Bila dah sejuk, sira dengan gula icing
  7. Then bleh la krup krap...

Friday 12 August 2011

Oreo Balls


Addict pada cream cheese belum habis lagi. Nak2 cream cheese tgh murah skrg. Balik Malaysia kempunan la nak makan cream cheese. Mau muflis kalau hari-hari nak makan cream cheese. Huhuhu.

Mcm2 resepi ada, tp ni yg paling mudah bg aku. Resepi Oreo Balls aku amik kat sini. Senang gile nak buat. Bahan pun senang. Takde nak bakar2. Kalau nak buat kat Malaysia, maybe kena hidang time tetamu dah datang, sebab coklat coating tu senang cair. Ataupun guna je coating sekut almond london tu, ok gak rasanya.

Ni resepi dari web yg aku amik tuh.

Bahan-bahan:
  • 1 pack biskut oreo
  • 1 pack (8 ounce) cream cheese (lembutkan pada suhu bilik)
  • 1 bar plain cooking chocolate
  • 1/4 bar white cooking chocolate
Cara-cara:
  1. Kisar oreo dalam blender hingga halus
  2. Gaulkan oreo dengan cream cheese
  3. Amik sikit adunan dan buat bulat2
  4. Letak atas tray/pinggan dan sejukkan dalam peti sebentar
  5. Sementara tu, cairkan plain cooking choc dalam mangkuk (guna double boil atau microwave jer)
  6. Dalam mangkuk yg lain, cairkan white choc
  7. Guna garfu or lidi utk celup bebola oreo dalam plain cooking choc
  8. Letak dalam casing pun ok gak, atau susun je atas tray, sejukkan
  9. Drizzle dengan white choc
  10. Boleh gak coat dengan white choc, drizzle ngan plain choc
Oreo balls in cute cake liners... (Source: Passion for Parties
Boleh buat sbg kuih raya gak kan?? nyum nyum!!!

Thursday 11 August 2011

Nasi Goreng USA


Hari tu aku p US, takde pulak jumpa nasi goreng USA nih. Huhuhu. Bila fikir2 balik, orang Malaysia ni memang kaya dengan macam jenis makanan, dan makanan2 tu pulak sgt special hingga takde kat 'tempat asal' makanan tu. Macam Almond London, Mee Bandung, sirap Bandung.... ade lagi ke contoh lain? Hehehe.

Nasi goreng USA ni nampak mcm leceh je kan. Sebab nak buat byk perkara. Tapi sebab masak ramai2, sorg masak nasi goreng, sorang masak daging, sorg goreng telur... mmg rasa mudah je nak buat dia. Resepi nasi goreng tu boleh la ikut suka hati perut masing2. Aku bagi resepi daging masak merah. Yang ni kawan aku ajar. Dia dapat dari mana pun aku tak tau.

Bahan-bahan:
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 kilo daging lembu (nak rebus dulu pun boleh)
  • 4 sudu sos tiram
  • 4 sudu sos cili
  • 4 sudu sos tomato (aku letak 2 1/2 jer sbb sos tomato sini masam sgt)
  • sedikit garam
  • 1 biji cili besar
  • 1 biji bawang besar hiris bulat
  • sedikit daun bawang
  • tomato dibelah 6 (aku tak letak, tp ganti dgn celeri)
  • sedikit air jika perlu

Cara-cara:
  1. Tumis bawang putih dan halia
  2. Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk (masukkan sedikit air jika kering sangat)
  3. Lepas dah empuk dan air pun dah bekurangan, masukkan semua sos
  4. Masukkan garam jika perlu, gaul rata
  5. Masukkan air sikit jika kering sgt
  6. Masukkan cili dan bawang, masak hingga layu
  7. Masukkan tomato dan daun bawang, kacau sebentar.
p/s: kalau nak merah, letak la pewarna kat daging tu dan perap sebentar. Aku tak letak sebab malas tak elok utk kesihatan.

Wednesday 10 August 2011

Biskut Bourbon

Biskut Bourbon hasil tahun lepas, tapi tahun ni baru nak masuk blog... huhu
Biskut ni wajib ada kat semua umah aku & aunty2 aku. Walaupun ada kat umah sendiri, kalau beraya ke umah aunty2, kuih ni gak yg kitorg bedal. Sama gak kalau kazen2 datang rumah aku. Rasa biskut ni seakan chipsmore, ada badam cincang, rangup. Buatnya pun mudah sangat.

Bahan-bahan:

  • 4 oz  (113gm) butter
  • 4 oz (113gm) gula icing
  • 2 oz (56gm) gula custor
  • 1 biji telur ayam
  • 8 oz (226gm) tepung naik sendiri*
  • 4 oz (113gm) tepung jagung* (ayak * bersama)
  • 3 sudu besar serbuk koko*
  • 1 cawan badam cincang
  • 1 1/4 sudu teh essen vanilla

hiasan

  • putih telur
  • chocolate rice


Cara-cara:

  1. pukul butter, gula icing dan gula custor hingga kembang
  2. masukkan telur dan esen vanilla
  3. masukkan tepung yg diayak, dan putar seketika (jgn lama2)
  4. Masukkan badam, gaul rata sampai jadi doh
  5. Bila dah jadi doh, dicanai dan diterap dengan acuan atau dipotong2
  6. Cucuk2 sket atas biskut dengan garfu
  7. Sapukan sedikit putih telur
  8. Tabur coklat rice
  9. Bakar 180 degree selama lebih kurang 30 minit (bergantung pada oven)
Selamat Mencuba!

Friday 5 August 2011

Nasi Carrot


Semalam malas nak masak beria2. Ada sebungkus ayam dalam freezer dah siap marinate dgn sos tiram, kicap & blackpepper, so, bakar yang tu je lah. Malas jugak nak buat acar ke apa. (apsal sume malas? huhuhu... keje byk sbnrnya, xde mood nak masak2). So, potong timun ngan tomato jer.

Nasi pulak, memulanya ingat nak masak nasi putih jer. Tapi cam teringin plak nak wat nasi carrot resepi kak liza.  Kak Liza makan ngan ayam bakar gak. So, apa lagi. Masak nasi carrot la.

Ehh... tadi kata malas? Ni rajin plak?

Malas mmg malas, tapi dah assistant2 chef sumenyer rajin nak menolong. Lagi satu...aku menderhaka kat resepi kak liza tu. Sebab rempah kurma dan bahan2 lain xde. Utk resepi asal, sila la click link blog kak liza. Yang aku tulis nih, nasi carrot versi "siti anggang".

Bahan-bahan (5-6 org mkn):

  • 4 pot beras
  • 4 pot air
  • 1 cawan carrot dadu
  • 3/4 pot susu sejat*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 3 biji cengkih*
  • 3 bunga lawang*
  • 1 inci kulit kayu manis*
  • 1/2 inci halia (hiris tebal)*
  • 1/2 biji bawang besar - dadu*
  • 3 ulas bawang putih (hiris nipis)*
  • 3 sudu besar butter
  • sedikit minyak
  • Sedikit perasa ayam


Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk
  2. Tumis bahan bertanda * hingga layu
  3. Masukkan butter, dan biarkan cair
  4. Masukkan carrot, air dan susu
  5. Masukkan perasa ayam (dan garam jika perlu)
  6. Masukkan ke dalam periuk nasi berisi beras yg dah dibasuh
  7. Masak nasi mcm biasa

p/s: aku masukkan dalam mangkuk tahan microwave berpenutup, set pada high dan masak selama 20 minit... senang sebab nasi masak dgn elok dan tak berkerak...

Thursday 4 August 2011

Sambal Telur Rebus Berkentang



Ni la juadah berbuka puasa dan juga juadah sahur. Simple. Tapi aku betambah 3x. Tak hengat betul. Lauk2 simple mcm ni memang membuka selera.

Resepi sambal telur ni aku belajar dari umi aku. Takde sukatan khusus, pepandai la ejas. Telur rebus tu pun digoreng dulu sekejap. Perrghh. Part ni la yg mencabar, sediakan tudung kuali sebagai perisai. Sebab malas nak masak lauk lain, aku tambah kentang sket. Sedap!

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur rebus
  • 1 1/2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 genggam ikan bilis*     (* dikisar halus dengan sedikit air)
  • 1 sudu kecil serbuk lada*
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • Beberapa biji kentang (kalau kentang tu besar, 1 biji pun cukup) - dihiris & gaul dgn sedikit garam
  • 3 sudu sos cili
  • 3 sudu sos tiram
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan goreng telur rebus sebentar, then ketepikan
  2. gorengkan pula kentang, ketepikan
  3. Tumis bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak
  4. Masukkan sedikit air, sos cili, sos tiram, gula dan garam
  5. Kalau rasa dah ok, masukkan bawang hiris, kentang dan telur
  6. Gaul rata dan masakkan sebentar
  7. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak

Tuesday 2 August 2011

Kuih Tepung Pelita

Lama pulak tak update blog nih. Sejak dua menjak ni takde masa nak memasak yg grand2 sket. Balik2 lauk yang sama je. So, selesai je submit 1 chapter ke supervisor tadi, terus rasa mcm telebih rajin.

Tadi bebuka puasa makan kuih tepung pelita. Buatnya pun senang bangat. Aku google2 resepi, ada yg jenis kukus ada yang tak. So, memandangkan peralatan pun xde, option tanpa pengukus la yg menjadi pilihan.


Aku amik resepi dari sini. Tapi sebab aku nak makan betiga je, aku buat 3/4 je dari resepi asal. Untuk resepi asal, boleh dapat 12 - 14 cup kecik. Kat bawah ni resepi asal. Cekidaot!

Bahan2:

Lapisan hijau
  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan air pandan
  • 3/4 cawan gula
  • sedikit warna hijau (optional)
Lapisan putih

  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • 1 sudu teh garam
Lapisan air gula
  • Gula custor / gula pasir yg dikisar halus secukupnya
Cara2:
  1. Isikan 3/4 sudu teh gula custor dalam cup 
  2. Then, satukan kesemua bahan lapisan hijau dalam periuk
  3. Masakkan dengan api sederhana sehingga memekat dan berkilat
  4. Tuangkan ke dalam cup yg telah berisi gula sehingga separuh cup
  5. Then, masukkan semua bahan lapisan atas dalam periuk
  6. Masak sehingga pekat dan bekilat
  7. Tuangkan ke atas lapisan hijau tadi
  8. Sejukkan sebelum dihidang

Monday 11 July 2011

Oreo Cream Cheese Swirl Brownies

Aku rasa aku dah addicted to cream cheese... mix cream cheese ngan gula pun aku rasa cam heaven dah...leh sapu kat roti dan ngap..ngap..ngap... rasa nak letak cream cheese dalam sume masakan... udang masak cream cheese ker... errkkk...

Dalam imaginasi aku, aku nak hasilkan ini

Ihsan dari Food Network.com
Malangnya...ini yang terjadi....


Tsk..tsk... byk kesilapan teknikal di situ. Ni sume malas punya pasal. Patut guna acuan yg lebih besar, supaya brownies tu rendah la sket. Tapi aku guna je apa yg ada. Pastu aku silap measure cream cheese. Sudahnyer, byk giler plak. Aku plak dah curah semua, pastu couldnt be bothered nak kaut2 balik. Sudahnyer, tepaksa membirukan sedikit cream cheese (gigih la plak nak marble2 bagai).

Moral of the story, kalau stress2 ngan writing, xyahla tambah stress dok dapur, pi je la town dan beli cis kek kat kedai...hohohoho. Sebelum terlupa, ni resepi Oreo Cream Cheese Swirl Brownies (yg aku dah modified sket)

Sumber: Annie's Eats

Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan melted salted butter
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan tepung naik sendiri* (* ayak)
  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1 1/2 cawan biskut Oreo (dicincang kasar)
  • 1 sudu kecil vanilla esen
  • 170 gm cream cheese
  • 3/4 cawan gula icing

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada 180 degree
  2. Cairkan gula dan butter dalam periuk, kacau sampai menggelegak sket (dalam 1 minit), then biarkan sejuk seketika
  3. Pukul telur, dan masukkan dalam periuk berisi butter yang telah sejuk
  4. Masukkan susu dan kacau rata
  5. Masukkan adunan butter ke dalam tepung, gaul rata
  6. Tuangkan ke dalam acuan 8" x 8" yg telah digris
  7. Dalam mangkuk lain, campurkan cream cheese, vanilla dan gula icing
  8. Putar dengan mixer sehingga sebati (dalam 2 minit mcm tu)
  9. Tuangkan adunan cream cheese esudu demi sesudu ke atas adunan brownies
  10. Pastu dengan pisau, lorekkan adunan cheese dan brownies utk bg marble effect
  11. Bakar selama 25 minit


Oh yer, ada cara yg lagi mudah. Guna brownies mix yg jual kat kedai tuh... leh tgk cara kat sini...senang giler, dan nmpk sgt nyummy!! (cara nak wat swirl tu pun ada)

Thursday 7 July 2011

No-Bake Oreo Cheesecake


Hari tu aku buat Chocolate Cheesecake sempena birthday kak ain, tapi tak sempat pulak nak amik gambar. Kebetulan cream cheese banyak lebih, so, tepaksala transform dia jadi makanan sebelum aku menjadi penternak fungi yang berjaya. Huhuhu. Japanese cotton cheesecake pun aku dah buat utk kali ke dua. Tapi ada 1 tub lagi utk dihabiskan.

So, terjumpa resepi yang senang, tak yah bakar2, main gaul2 jer... Oreo Cheesecake. Aku pernah buat gak dulu. Tapi masa tu zaman belum berblogging. Kalau sesapa nak makan cheesecake yang cepat dan best, leh try recipe ni yer....as usual, aku modify2 la sikit. Resepi asal utk pan saiz 13" x 9". Yang aku ada kecik sket, at the same time, aku nak habiskan cream cheese yang ada. So, resepi asal leh click link Kraft tu la yer.



Sumber: Kraft Food

Bahan-bahan:
  1. 15 keping oreo (kisar halus)
  2. 5 keping oreo (tumbuk kasar)
  3. 300g Philadelphia cream cheese
  4. 1 sudu kecil vanilla esen
  5. 1/4 cawan butter cair
  6. 3/4 cawan gula (aku letak 1/2 cawan jer)
  7. 300ml double cream (resepi asal - cool whipped cream)

Cara-cara:
  1. Alas acuan kek dengan aluminium foil, biarkan tepi kiri kanan dia belebih sket, supaya nanti senang nak angkat kuarkan kek dari acuan
  2. Campurkan butter pada oreo yang dikisar
  3. Ratakan atas acuan dan padat2 kan, simpan dalam fridge sementara membuat toppingnya
  4. Campurkan cream cheese, vanilla esen dan gula dalam mixing bowl, adun sebati (aku guna hand mixer)
  5. Campurkan double cream sedikit demi sedikit dan putar hingga adunan memekat
  6. Masukkan lebihan oreo dan gaul rata
  7. Tuang adunan cheese atas base oreo yang dah buat tadi
  8. Simpan dalam fridge sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dihidangkan

Senang je kan? Kalau sume bahan ada, masa yang diperlukan utk buat kek ni hanya dalam setengah jam mcm tu (temasukla masa utk mengemas dapur). Go easy on the sugar. Aku letak gula tu sikit2, lepas taruk double cream and oreo, aku rasa sket. Klu perlu, baru aku tambah lagi gula. Sebab ada review kata manis sgt kek nih.

p/s: kalau nak texture yg lebih pejal, kena la guna cool whip cream. Aku guna double cream, jadi mcm lembut sket la...tak kisah la, janji enak....hehehe

Apa-apa pun, selamat mencuba!

Wednesday 22 June 2011

Masak Lemak Cili Api Telur Itik


Semalam p tesco kononnya nak beli telur ayam. Pastu tepandang plak telur itik. Mahal gak la, dalam £2 untuk 6 bijik. Tapi tetibe jer rasa nak makan masak lomak sangat2. Terus la membeli.

Hari ni, call umi aku tanya resepi. Baru aku tau, kalau wat masak lomak ni ada la petua dia sket2. Kalau wat masak lomak telur itik, xyah letak bawang. Takut pecah minyak. Pastu, jangan pedas2 sangat.

Okla...aku cam ngantuk ni pas membedal nasi putih, masak lomak telur itik, ikan goreng dan sambal belacan mangga. Ni resepinyer:

Bahan-bahan:
  • 4 biji telur itik
  • 1 tin santan (or semangkuk)
  • 1/2 tin air (jika perlu)
  • 5 batang cili api (kisar)
  • Sejemput ikan bilis (tumbuk2 sket) / kiub perasa ikan bilis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 batang serai
  • Asam keping
  • Garam secukupnya
Cara-cara:
  1. Masukkan santan dan air ke dalam periuk (air tu ikut suka nak letak byk mana, begantung pada kepekatan kuah yang diingini)
  2. Masukkan cili api dan ikan bilis, kunyit dan serai dalam periuk, kacau rata dan letakkan periuk atas dapur
  3. Masakkan kuah santan dengan api sederhana, kacau selalu
  4. Bila dah menggelegak sket, masukkan telur itik satu persatu
  5. Jangan kacau, biarkan telur mengeras
  6. Masukkan asam keping, dan masukkan garam jika perlu
  7. Bila telur dah mengeras, bolehla kacau dan sedia untuk dihidang.
p/s: boleh gak letak daun kunyit yang diracik2...nyum..nyum...

Monday 20 June 2011

Raisin and almond shortbreads

Dalam operasi mengosongkan cabinet dapur, aku tejumpa beberapa bahan yang perlu ditukar menjadi makanan dengan segara. Ada gula icing, badam dan raisin. So, aku google ingredients ni dan aku tertarik nak buat raisin shortbreads sebab method dia cam senang jer.

Sebelum dipotong

Selepas dipotong
Resepi asal aku amik dari Joy of Baking. Tapi aku tambah badam. As usual, kawan2 aku jadi mangsa experiment... sorang kawan aku ckp "alaa....kenapa buat sikit sangat??" Haaa....sedap la tu...hehehe. Rasa dia mcm shortbread biasa tu, tp less rasa 'susu tepung' tu. Texture mcm biskut sket, mungkin sebab aku tambah badam, dia jd extra rangup.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan (226gms) unsalted butter - aku guna salted butter
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan (120gm) gula icing
  • 2 1/2 cawan (325 grams) all-purpose flour
  • 1/2 sudu kecil garam - aku x letak sbb dah pakai salted butter
  • 2 cups (260 grams) raisins
  • 1/2 cawan flake almond
Utk glaze:
  • 1 biji telur - dipukul sedikit

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada 180 darjah celcius
  2. Sapukan loyang pembakar 9 x 13 inch dengan sedikit butter
  3. Putarkan butter dan vanila esen hingga rata dan creamy (dlm 1minit)
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar hingga ringan dan fluffy
  5. Dalam mangkuk lain, gaulkan tepung dan garam (skip step ni kalau guna salted butter)
  6. Masukkan tepung dan putar hingga adunan membentuk doh
  7. Bahagikan doh kepada 2 bahagian (1 bahagian lebih kecil)
  8. Ratakan bahagian yang kecil di atas loyang, dan tekan perlahan2 dengan jari atau belakang sudu utk membentuk lapisan yang rata
  9. Taburkan raisin dan badam
  10. Taburkan (crumble) doh selebihnya dan tekan perlahan2 dgn jari atau sudu
  11. Sapukan telur di atas permukaan sebelum dibakar selama 30 - 40 minit atau sehingga perang keemasan
  12. Keluarkan dr oven dan sejukkan. Potong 4 segi
p/s: arahan soh potong shortbread lepas dah sejuk, tapi aku suggest potong masa panas2 sebab masa tu shortbread masih lembut. Bila dia dah sejuk, dia mengeras, pastu susah nak potong

p/s: best jd kuih raya nih, senang, xyah nak terap2. pas dah bakar, potong je to bite size.

Ada masa, aku akan buat lagi. Nyum..nyum...

Sunday 12 June 2011

Japanese Cotton Cheesecake


Today is my birthday! Yeay!! Hopefully, a year older a year wiser.... So, for this very special date in my life, I baked a cake for myself. Yes, I deserve a reward for being mature.... hahaha.

I was longing to eat Japanese Cotton Cheesecake for quite a long time, so, I decided to bake this cake. Luckily the recipe is easy. Here goes the recipe:

Source: Bisous A Toi (Kak Rima)

Ingredients:

  • 250g Cream Cheese (softened)
  • 60g Butter (softened)
  • 120ml Fresh Milk
  • 1tbsp Lemon Juice (omitted)
  • 60g Plain Flour
  • 30g Corn flour
  • 6 Yolks (lightly beaten)
  • 6 Whites
  • 1/4 tsp Cream of tartar
  • 120g Caster Sugar


Method:
  1. Preheat oven at 160degrees 
  2. Place the softened cream cheese, butter and fresh milk in mixing bowl and stir over double-boiler until melt and mixture is thick and creamy. 
  3. Let it cool, then add 6 yolks gradually and mix until well combined. 
  4. Sieve in the plain flour and corn flour to the batter and stir till mixed. Set aside. 
  5. In another bowl, whip the egg whites in till foamy, add in cream of tartar, continue to whisk. Gradually add in the caster sugar, whisk till stiff and peak. 
  6. Add one-third of whites into the cheese mixture and fold till incorporated. Continue with the balance. 
  7. Grease a 8" pan and wrap around the outside of the pan with aluminium foil.
  8. Pour the batter onto the pan. Bake in water bath for about 1 hour or until firm and golden brown (bake the cake by placing it on top of a tray of water)
  9. Turn off the oven. Leave cake in the oven and leave the oven door ajar to cool cake.
Verdict: This recipe is a keeper! Nyum..nyum... except that next time I'm gonna use 8" cake pan as recommended... huhuhu... kek ni sedikit rendah...huhuhu

Thursday 19 May 2011

Telur bungkus

Dah bosan makan telur dadar, hari ni masak telur bungkus plak. Leceh sket la kan, sbb kena buat inti dia. Tapi takde la seleceh wat rendang kamben.

Bahan-bahan yang aku guna, ikut apa yang ada kat dapur je. Resepi pun main ikut suka. So, sesiapa yang nak try, leh la try. Resepi ni cam anggaran je la....utk 1 telur bungkus.

Bahan-bahan:

Inti
  • Isi ayam *
  • Setengah biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • Sebatang carrot *
  • Sebiji tomato * (bahan2 bertanda * - potong dadu)
  • Beberapa batang kacang buncis - hiris nipis
  • Beberapa sudu sos tiram
  • Beberapa sudu sos cili
  • Sedikit garam jika perlu
  • Sedikit serbuk lada hitam

Kulit
  • 3 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit dried parsley (optional)
  • 3 sudu besar susu segar (optional)

Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
  2. Masukkan isi ayam dan tumis sebentar
  3. Masukkan carrot, tomato dan kacang buncis, gaulkan
  4. Masukkan sos tiram dan lada hitam, gaul dan tutup kuali sebentar
  5. Masukkan sos cili dan garam jika perlu
  6. Rasakan masin manis masamnyer, angkat dan ketepikan
  7. Satukan bahan-bahan utk kulit dalam 1 mangkuk
  8. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak dan ratakan minyak ke seluruh permukaan kuali
  9. Masukkan adunan telur dan ratakan ke sekeliling kuali
  10. Masukkan inti di tengah2 telur, lipat telur dan tangkupkan piring diatasnya
  11. Tebalikkan kuali, dan telur bungkus siap utk dihidang.
Memang cam leceh sket kan? Tapi utk kelainan, memang patut buat resepi ni.


Friday 13 May 2011

Congo Bars


Time2 tgh writing thesis nih, mmg best kalau ada jajan kat tepi meja. Tapi kalau hari2 dok makan pringles, walkers sume tu, mau botak kepala pas habis PhD nanti. So, konon2 nak healthy eating, aku buat snack aku sendiri. Yang bagus, makan fruit salad ke kan? Tapi, aku nak buat congo bars. Cam sedap jer. Walaupun ingredient tidaklah sihat sgt, tp x kisah la...hahahah...janji xde MSG.

Menurut review org2 yg penah buat congo bars ni rasa dia mcm makan biskut chocolate chips versi brownies. Ni kali kedua aku buat congo bars. Kali pertama x sempat snap gambar. Pastukan, bagi aku macam manis sgt2. Masa tu aku guna chocolate chip dan tak letak kacang. Ingatkan nak kurangkan gula, tapi risau gak kang tak jadi ke ape ke kan. So, utk kali kedua ni, aku guna dark chocolate yg 75% (agak pahit utk dimakan begitu saja), dan aku tambah kacang.

Resepi aku cedok dari blog kak Rima. Utk resepi asal dan cara buat congo bars pakai mixer, boleh la ke blog dia. Yang aku tepek kat sini, cara yg guna tangan jer. Tulisan merah tu ialah apa yg aku ubah.


Sumber: Kak Rima 

Bahan-bahan:
  • 2 3/4 cup all purpose flour (self raising flour)
  • 2 1/2 tsp baking powder 
  • 1/2 teaspoon salt (tak letak sbb dah guna salted butter)
  • 2/3 cup butter, letak pada suhu bilik - (150g Lurpak butter)
  • 1 lb. light brown sugar - (2 cawan light brown sugar)
  • 3 eggs 
  • 1 tsp vanilla 
  • 11.5 ounce package milk chocolate chips - (1 bar dark chocolate 55% - dicincang2)
  • 1 cup chopped pecans (100g chop hazelnut) - optional

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius
  2. Ayak tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk besar- ketepikan
  3. Dalam mangkuk lain, satukan gula dan butter. Gaul sehingga sebati (x nampak dah butter tu)
  4. Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati
  5. Masukkan vanilla, chocolate dan kacang, gaul sebati
  6. Masukkan tepung dan gaul sebati.
  7. Adunan memang mcm pekat, mcm nak buat biskut tuh.
  8. Masukkan adunan ke dalam bekas pembakar bersaiz 13 x 9 yg telah digris dengan butter
  9. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak dan lapisan atas perang keemasan.
  10. Jangan bakar lama2 sangat, nanti congo bars jd keras bila sejuk.
  11. Biarkan sejuk sebentar sebelum dipotong.
Alhamdulillah sedap! Tak manis sgt. Rasa2 pahit chocolate dan kacang tu overcome rasa manis.

p/s: kalau ada bekas pembakar mengikut saiz yg dicadangkan, lagi best, congo bars akan nipis sket. Aku guna bekas yg ada kat dapur, so, jd tebal dan x mcm brownies, mcm kek jer. Tapi still enak!

Try la.

Sunday 8 May 2011

Blended Orange Kek

Aku paling suka resepi kek yang x payah pakai mixer. Kalau teringin nak makan kek, aku akan guna cara buat muffin, tp aku kek kan dia.

Hari ni aku jumpa resepi Kek Orange yang x payah pakai mixer. Hanya perlu blender sahaja. Senang sangat2. Sedap plak tu. Resepi asal dari Fida@MyResepi. Tapi aku dah olah2 la sikit. Aku ni memang bukan 'by the book' punya orang. Hehehe. Sebab aku suka baca review2 orang yang dah try resepi ni. Ada yang kata manis sgt. So, utk resepi asal, leh la klik myresepi tu. Resepi kat bawah ni yang aku dah olah.

Bahan-bahan:

  • 2 biji buah limau (aku guna tangerine, mcm limau gong xi fa cai tu)
  • 1/2 cawan butter cair + 1/2 cawan minyak
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung naik sendiri*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius
  2. Sagat kulit limau (amik kulit yang oren jer, jgn sagat smpai kulit putih tu, utk elak pahit)
  3. Kemudian, kupas limau buang urat2 limau dan biji
  4. Masukkan kulit limau yang dah disagat dan isi limau ke dalam blender
  5. Masukkan butter, minyak, telur dan gula ke dalam blender dan kisar hingga halus
  6. Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk dan masukkan tepung sedikit demi sedikit
  7. Gaul rata dan curahkan adunan ke dalam acuan yang telah dioles dgn butter
  8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau hingga masak
p/s: begantung pada jenis limau, kalau limau tu dah memang manis, mungkin boleh kurangkan gula (resepi asal 2 cawan)
p/s: aku guna tangerine, sebab tu aku buat 2 biji. maybe kalau guna orange, mungkin perlu 1 biji jer
p/s: kalau limau korang tu tawar or tak kuat rasa limau, boleh la tambah sesudu sunquick.

Rasa kek ni sedang2 je manisnya. Memang sesuaila kalau nak letak frosting atau cream kat atas kek.

Monday 2 May 2011

Sri Kaya


Bosan betul makan roti sapu butter. Hari ni tekak meronta2 nak makan roti sapu kaya. Kalau kat Malaysia, dah lama p carik kaya kat kedai. Dulu, masa collect data kat Cardiff, rajin gak singgah kedai cina beli kaya Yoe's. Sekarang ni, xkan nak p Cardiff semata-mata nak beli kaya kan?

So, google punya google, jumpa satu resepi kaya yang mudah. Bahan-bahan pun memang ada kat dapur. Apa lagi, mula la project sri kaya nih.

Sumber: My Resepi

Bahan-bahan (Boleh dapat dalam 2-3 cawan kaya):
  • 2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 500gm santan pekat (aku guna santan dalam kotak)
  • 5 biji kuning telur
  • 2 sudu besar tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
  • 1 helai daun pandan 
Cara-cara:
  1. Campur gula dan air dlm periuk, masakkan hingga jadi keperangan.
  2. Bila gula keperangan, masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut.
  3. Biarkan adunan betul-betul sejuk.
  4. Bila adunan dah sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. Kacau rata, then letak diatas api yg sederhana hingga mendidih. (kacau selalu sebab takut bawah dia hangit)
  5. Bila dah mendidih, tutup api dan masukkan dalam bekas yang sesuai.
  6. Bila sejuk kaya ni akan memekat. 
Memang best la kaya ni. Dah la nak buat senang je. Tolak masa menunggu adunan jadi sejuk, kira2 dalam 1/2 jam je nak buat kaya nih. Kalau rajin dan teringin sangat nak makan kaya, sile la cuba resepi nih.

Monday 25 April 2011

Cendol in Fresh Milk

Dah berapa hari mengidam nak makan cendol. Tambah pulak cuaca semakin panas sekarang. Mula la tebayang mcm2 air yang lazat kat Malaysia tu. So, disebabkan ada sket tepung beras nih, so, kitorg pun memulakan project cendol.

Sumber resepi cendol: MyResepi

Bahan-bahan utk cendol (utk 5 org):
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • sedikit air perahan daun pandan
  • sedikit pewarna hijau (optional)
  • Semangkuk air + ais

Bahan-bahan utk gula:
  • Beberapa ketul gula melaka
  • 1 cawan air

Bahan-bahan utk susu:
  • Susu segar secukupnya
  • Ais kiub

Cara-cara:

Cendol:
  1. Campurkan semua bahan kecuali air ais dalam periuk dan kacau sebati
  2. Kemudian, buka api kecil dan masak sehingga adunan agak kental dan bekilat
  3. Cedukkan sedikit adunan ke acuan cendol (aku guna tapis sayur tu jer) dan tekan ke dalam semangkuk air ais
  4. Biarkan cendol mengeras dalam air ais tersebut, boleh juga disimpan terus dalam peti ais

Gula
  1. Cairkan gula dengan semangkuk air

Cara menghidang:
  1. Curahkan air gula di dasar mangkuk/gelas
  2. Masukkan cendol
  3. Masukkan air susu (dan air jika perlu)
p/s: aku guna susu segar utk version yg lebih healthy, sedap, kurang muak =)

Saturday 16 April 2011

Banana and Bread Pudding


Sejak kegawatan ekonomi nih, aku akan cari barang2 yg 'reduce' price je la. Klu kat sini, barang-barang makanan yang tarikh expired nyer hari ni atau esok, barang-barang tu akan di letakkan kat rak2 reduce. So, kalau harga barang tu £1, dptla dgn harga 20p.

Semalam aku beli roti saiz jumbo tu dgn harga 20p. Sudahnya, juling gak bijik mata nak mengabihkan. So, mcm biasa, aku akan transform jd puding roti. Kebetulan ada pisang, so, aku tambah pisang dlm puding nih. Resepi ni kira mcm try2 je la. Alhamdulillah menjadi. Cuma mungkin perlu pengubahsuaian bahan.

Bahan-bahan:
  • 12 keping roti, disapu butter 1 permukaan dan potong menyerong serta buang tepi
  • 5 biji telur
  • 4 biji pisang (2 bijik lenyek 2 biji hiris nipis)
  • 2  3/4 cawan susu segar
  • 3/4 cawan gula (yg ni kena pandai2 adjust, klu pisang tu manis, kurangkan la gula)
  • 1 sudu teh essen vanila
  • secubit garam
  • sedikit serbuk kulit kayu manis

Cara-cara:
  1. Sapukan acuan dengan sedikit butter
  2. Susun roti dgn bucu segi 3 tu ke atas
  3. Dalam mangkuk, pecahkan telur dan kacau hingga sebati
  4. Masukkan gula, garam, pisang lenyek, susu dan esen vanila dan kacau sebati
  5. Curahkan adunan ke dalam bekas acuan berisi roti itu td
  6. Tekan-tekan sikit roti dgn sudu biar terendam
  7. Taburkan sedikit serbuk kayu manis di atas roti dan tutup dgn aluminium foil
  8. Biarkan roti terendam selama 15-20 minit
  9. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius
  10. Masak pudding dgn cara 'Water Bath" iaitu isikan dulang pembakar dengan sedikit air, then letak acuan berisi roti di tgh2
  11. Bakar selama 30 minit dan bukak foil, bakar lagi hingga 15 minit atau hingga masak
ps: Roti, pisang dan gula tu anggaran saje. Boleh tambah atau kurangkan ikut kesesuaian.

Bagi aku dan mangsa2 experimen, semuanya bersetuju bahawa puding roti berpisang ni lebih enak dari puding roti biasa tu. Macam bingka pisang pun ada gak. Hehehe.

Bagi yang suka pisang, boleh la try yer.

Thursday 14 April 2011

Ice Cream Waffle


Sekarang patutnya dah spring. Dah mula panas. So, keinginan nak makan ice cream mula kembali. Sebelum ni makan banana split. So, dessert hari kena la buat lain sket. Ice cream waffle. Bukan buat pun. Kira satukan bahan2 yang sedia ada...then....makan!

Bahan-bahan:
  • Waffle (aku beli yg dah siap)
  • Ice cream (suka hati perisa apa)
  • Chocolate sauce
  • Buah-buahan pilihan (aku guna strawberry dan pisang)

Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan, ikut suka nak susun mcmne.
  2. Boleh juga tambah bahan-bahan lain mcm kacang ke, coklat chip ker...

Sunday 27 March 2011

Crumpet Mini Pizza




Aku ni seorang yg senang bosan ngan makanan. Nak2 kalau bukan makanan fevret. Tak boleh mkn benda yang sama hari2. Mengada2 kan? Huhuhu.

Jadi, utk memvariasikan pengambilan mknn harian, aku telah membeli crumpet. Apa tu crumpet? Nak tau apa tu Crumpet sila click sini. Nak buat sendiri, ni resepinyer. Rasanya mcm cucur tepung tu gak...cume bentuk je lain.

Selalunya crumpet ni orang makan ngan butter, honey, golden syrup atau mermite. Tapi sebab aku nak wat crumpet ni sebagai makanan pagi dan tengahari (mls punya pasal)...aku telah mempizakan dia.

Bahan-bahan:
  • Crumpet secukupnya
  • Sedikit tomato puree / pizza topping sauce
  • Sosej
  • Sedikit grated cheese
  • button mushroom / capsicum / nenas (apa2 je la ikut suka)

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah
  2. Sapukan crumpet dgn tomato puree
  3. taburkan sedikit cheese
  4. susun sosej yg telah dipotong menyerong dan bahan2 lain
  5. taburkan cheese lagi dan bakar selama 10 mnt lebih kurang

Aku makan 1 je dah kenyang....huhuhu....
bakar atas jaringan besi, baru dia garing...klu x bawah dia mcm basah2 gitu
xde crumpet, roti keping tu pun boleh....

Sunday 20 March 2011

Oreo Muffins



Muffins lagi? Hehehe. Lepas dah beberapa kali buat muffin pisang, terasa nak pelbagaikan pulak resepi. Resepi oreo cupcakes ni aku dpt dr blog kak Rima. Memula mcm takut2 gak nak try. Sebab I dont know what to expect. Takut tak jadi, takut manis sgt. Penakut sungguh. Huhuhu. Bukan apa, skrg ekonomi merosot, I cant effort to waste my food. So, I made half of the recipe. For full recipe, please refer Kak Rima's Blog ok. Her cupcakes looks so yummy!!!

Btw, my bad, masa copy the recipe tak perasan yang resepi ni utk cupcakes. So, bila buat separuh dr resepi, dan masuk dlm muffin cases, terus rasa mcm sikit. Dapat buat dlm 8 muffins je. Okla for a beginner, tp tak ok bila ada 2 org ni berebut2 muffins! Hahahaha....So, guys, you all should try this simple yet delicious recipe!

Note: Resepi asal suruh guna mixer to mix the ingredient. Since I dont have one, I just melted the butter in the microwave for 1 minute.

Sumber: Bisous A Toi

Bahan-bahan:
  • 125gm butter - cairkan*
  • 1/2 cwn gula*
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla*
  • 2 biji telur*

  • 1 cwn tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 4-5 biskut Oreo dgn krim - ditumbuk / dikisar

Cara-cara:
  1. Butter cair disejukkan dahulu
  2. Kemudian msukkan semua bahan betanda *, kacau hingga sebati
  3. Dalam mangkuk lain, ayak tepung dan baking powder
  4. Masukkan biskut oreo yang dah ditumbuk (aku letak 6 keping biskut sbnrnya, 4 kisar halus, 2 ditumbuk)
  5. Kacau sebati lepas tu buat mcm lubang kat tengah mangkuk, tuang adunan basah (yang betanda * tadi tu)
  6. Kacau sebati tapi jangan over kacau
  7. Masukkan adunan ke dalam cawan muffins / cupcakes
  8. Bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 10 - 15 minit

Sunday 6 March 2011

Puding Kastad Berkuah


Lama betul teringin nak makan puding castard berkuah. Last aku buat, raya 3 tahun lepas. Perrghh. Lama betul. Bahan pun senang je nak dpt kat sini. Yang ni versi mak angkat aku kat Teluk Ramonia. Tengs mak for the delicious recipe.

Bahan-bahan:

Puding Castard
  • 1 cawan tepung castard
  • 1 cawan susu ideal/evaporated
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan gula (lebih kurang)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata
  2. Letakkan atas dapur dan pasang api perlahan
  3. Kacau selalu sehingga hampir pekat dan bekilat
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga ke tahap manis yang diingini
  5. Bila dah pekat dan likat, tutup api dan terus masukkan kedalam bekas utk disejukkan


Kuah
  • 2 tin buah-buahan
  • 1 liter air
  • 1 tin besar susu ideal / evaporated
  • Beberapa sudu gula
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 3 sudu castard
Cara-cara:
  1. Panaskan air dalam periuk
  2. Masukkan air buah (buah tu jgn masuk skali)
  3. Masukkan castard dan kacau rata
  4. Bila dah menggelegak, masukkan esen vanila, susu dan gula secukupnya
  5. Kalau rasa dah ok, tutup api dan sejukkan
  6. Bila nak makan, masukkan puding castard, buah-buahan dalam tin dan kuah dalam 1 bekas...

Selamat mencuba!

p/s: Utk kuah, aku ganti air & susu ideal tu ngan freshmilk...patut nmpk kuah tu kekuningan, tp sbb aku dah kehabisan stock castard...huhu



Saturday 5 March 2011

Steamed Pak Choy with Oyster Sauce


Sekali sekala beli pak choy. Bosan dah mengunyah carrot. Pak choy kat sini bleh bleh jumpa kat Tesco. Takyah jalan jauh2 ke kedai cina. Sepeket ada 3 pokok kecik, £1. Utk 3 orang, aku beli 2 peket. Tapi mcm x cukup je td. Mesti sedap nih *padahal diorg kebulur*...huhu

Resepi mudah je. Ramai yang tau kot. Pada yang tak tau, boleh la cuba resepi ringkas nih. Sukatan tu sbg panduan je, bleh oter2 ikut brapa byk yg kita nak buat.

Bahan-bahan:
  • Isi ayam dipotong dadu
  • 5 sudu sos tiram
  • Beberapa ulas bawang putih (kisar halus)
  • Sedikit air / stock ayam
  • 2 sudu tepung jagung + 3 sudu air (bancuh)
  • Sayur pak choy

Cara-cara:
  1. Panaskan pengukus, sementara tu, buat kuahnyer dulu
  2. Tumis bawang putih hingga naik bau
  3. Masukkan isi ayam dan gorengkan sebentar
  4. Masukkan air dan sos tiram
  5. Tambahkan garam/ serbuk perasa jika perlu
  6. Kalau rasa tu dah ok, masukkan air bancuhan tepung jagung
  7. Masakkan seketika hingga ke kepekatan yg diingini (aku wat berkuah sket)
  8. Ketepikan....
  9. Susun pak choi yang telah dibersihkan dan dipotong pangkalnyer (xyah potong kecik2, biarkan dia panjang2 mcm tuh) atas pinggan tahan panas / atas pengukus
  10. Kukus dlm 5 minit atau sehingga batang lembut
  11. Bila dah lembut, keluarkan dari pengukus, siram dengan kuah yang dibuat tadi
  12. Sedia dihidang (boleh tabur dgn bawang goreng jika suka)

p/s: Sedap makan pak choy ni bila kita ada main dish yg pedas2 mcm ayam masak sambal ke, ayam masak merah ke

p/s: boleh ganti isi ayam dgn ikan bilis atau udang kering

p/s: kalau nak pedas, boleh masukkan blackpepper sikit, atau cili

Monday 28 February 2011

Homemade Garlic Bread

Ececece...nama mcm buat garlic bread dari part menguli tepung je. Oh tidak. Tak kuasa mak!

Aku suka makan garlic bread atas roti biasa. Kat sini klu nak beli garlic bread, selalunya yang jenis bagguette tu. Sedap memang sedap. Tapi lepas makan mesti mcm sakit gusi. Ada jugak garlic bread yang guna roti naan. Sedap gak. Tapi kalau nak makan sorang, juling jugak bijik mata aku ni nak mengabiskannya.

So, aku buat garlic bread sendiri. Skip part buat roti, hanya buat garlic spread. *Mungkin patut tuka tajuk entry kpd - Homemade Garlic Spread for Bread*. Tapi xpelah, biar nampak lebih hebat dgn tajuk sediada.

Bahan-bahan:
  • Roti kesukaan anda - aku pakai roti keping tu jer
  • Beberapa sudu marjerin / butter
  • Sedikit serbuk garlic / garlic fresh yang ditumbuk lumat
  • Sedikit dried parsley (takde pun xpe)

Cara-cara:
  1. Cairkan marjerin dalam microwave
  2. Campurkan garlic dan parsley
  3. Sapukan atas roti pilihan
  4. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 10

p/s: klu xde microwave, cairkan je atas dapur
p/s2: klu ada toaster, bakar guna toaster pun ok gak

Saturday 26 February 2011

Lepat Pisang Perantau

Futuristic banana leaves....

Selain kelapa, pisang pun salah satu tumbuhan yang serba guna. Buahnya boleh dimakan, daunnya boleh dibuat pinggan, batangnya boleh ditebas2 dan buat cop2 [ni aktiviti pendidikan seni sekolah rendah aku dulu].


Kat sini aku tak penah nampak pun pokok pisang. Teringin gila nak makan lepat pisang. Namun, ketiadaan daun pisang tak mematahkan misi membuat lepat pisang.

Daun epal x cukup lebar. Apatah lagi daun pear. So, aluminium foil jadi pilihan. Alhamdulillah, menjadi! Walaupun kurang keharuman daun pisang, tapi rasa tu dah iras2 dah. Bolehla layan sambil2 menulis tesis yang x siap2 nih....adehh...

Bahan-bahan
  1. 5 biji pisang
  2. 1/2 cawan tepung gandum
  3. 1 sudu tepung jagung
  4. Sedikit garam
  5. 1/2 cawan gula
  6. 3 sudu gula molasses or brown sugar
  7. 3 sudu santan pekat

Cara-cara
  1. Lenyek pisang hingga hancur
  2. Masukkan semua bahan yang lain
  3. Sambil2 tu, panaskan pengukus
  4. Letakkan dalam 1.5 sudu makan adunan ke atas aluminium foil yang telah dipotong2
  5. Bungkus dan kukus selama 20 minit
Sedikit keras, next time aku nak letak 1/2 cawan je tepung
p/s: aku tambah gula molasses tu utk bg rasa menyengat & masam2 sket. Kira mcm makan pisang nangka gitew.

Wednesday 23 February 2011

Baked Tuna & Bread

Tak tau la kenapa, kadang-kadang je rasa nak makan roti tu melonjak2. Bila dah makan dua tiga keping, mula la bosan. Sudahnya, roti tu tunggu masa je nak bekulat.

Sayang pulak kalau biarkan bekulat mcm tu je, klu kat kampung, boleh jugak bagi ayam makan. Kat sini, mau kena saman kalau aku sedekah kat seagull yg suka betenggek kat tepi tingkap aku nih.

So, hari ni aku telah mengodeh satu resepi. Maybe ada orang penah buat, ntah la. Yang pasti, resepi ni adalah hasil idea yg bercampur baur dr macam2 resepi. Aku namakan Baked Tuna & Bread.

Bahan-bahan:
  • 1 botol sos spagetti
  • 1 tin tuna chunk
  • 1 biji bawang besar
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit blackpepper
  • sedikit serbuk lada (jika mahu pedas)
  • 8 keping roti (buang tepi)
  • grated cheese utk topping (optional)

  • 1 cawan susu segar
  • 3 sudu margerin
  • 3 sudu tepung gandum
  • 1 cawan grated cheese

Cara-cara:
  1. Tumis bawang dengan sedikit minyak
  2. Masukkan tuna yg telah ditoskan
  3. Tumis sebentar sebelum masukkan sos spagetti
  4. Masukkan blackpepper dan serbuk lada
  5. Tambah gula dan garam jika perlu
  6. Dalam periuk lain, cairkan margerin
  7. Alihkan dari dapur (atau tutup api) kemudian masukkan tepung gandum, kacau rata
  8. Hidupkan api semula dan masukkan susu, kacau rata
  9. Masukkan cheese dan kacau hingga memekat
  10. Tutup api dan masukkan adunan tuna dan roti kedalam adunan cheese
  11. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk tahan panas yang telah disapu sedikit minyak/margerin
  12. Taburkan sedikit cheese di atas
  13. Bakar pada suhu 180 darjah selama 15-20 minit atau sehingga cheese kekuningan
Rasa iras2 pasta baked. Yummy! ;p

Wednesday 9 February 2011

Sup Ayam Minyak Bijan

 

Serius tak tau nak bg nama apa kat menu ni. Kawan aku yg bagi, katanya kawan dia, org cina sabah yang share resepi ni dgn dia. Mudah dan lazat. Sekali sekala kita tukar selera dari sup ayam biasa tu.

Bahan-bahan:
  • Beberapa ketul ayam dipotong kecil*
  • Beberapa ulas bawang putih - dicincang*
  • Beberapa sudu sos tiram*
  • Beberapa sudu minyak bijan*
  • Sedikit serbuk perasa ayam*

  • Sayur2an - tomato, celeri, carrot
  • 2 batang cili padi - dihiris *optional, xyah letak klu xmo pedas*
  • 2 inci halia dihiris nipis
  • sedikit minyak bijan utk menumis
  • 2 cawan air

Cara-cara:
  1. Perap ayam dengan bahan2 bertanda * selama sekurang2nya setengah jam
  2. Panaskan minyak bijan dalam periuk
  3. Tumis halia
  4. Masukkan ayam yang telah diperap
  5. Gaulkan seketika dan tutup periuk
  6. Biarkan ayam tu 'kecut' sekejap dlm periuk
  7. Tambahkan 2 cawan air (atau ikut brapa byk ayam)
  8. Biarkan ayam empuk
  9. Masukkan kentang, bila hampir empuk, masukkan carrot
  10. Tambah garam jika perlu, kemudian masukkan celeri dan cili padi
  11. Jika dah masak, masukkan tomato dan sedia utk dihidang

Tuesday 8 February 2011

Kuah Ayam Percik

Ni resepi kuah percik ringkas yang aku dapat dari Kak Zairus. Resepi ni rasa dia sama mcm kuah budu tumis yang orang makan dengan nasi kerabu.

Utk sesiapa yang terasa nak makan ayam percik diperantauan, boleh la guna resepi ni yer

Bahan-bahan:
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih* (kisar bahan bertanda *)
  • 1 inci halia*
  • 1 batang serai*
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1-2 asam keping
  • 2 tin santan
  • 2 sudu cili kisar (atau serbuk cili + air)
  • garam dan gula
  • minyak utk menumis
Cara-cara:
  1. Tumis bahan kisar
  2. Dah naik bau, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan serai dan santan
  4. Masak hingga kepekatan yang diingini
  5. Masukkan asam keping, gula dan garam
Ayam yang dah dibersihkan, digaram kunyit dan dipanggang dalam oven
Bila dah hampir masak, renjis2kan kuah ke atas ayam dan panggang lagi
Buatla beberapa kali hingga ayam masak

Aku ni kan malas, so aku goreng je ayam tu, then curah kuah time nak makan ngan nasi...nyum nyum...

Sunday 6 February 2011

Ayam Masak Kicap Blackpepper

Resepi asal dari Blog Kak Hana. Tapi aku modified ikut bahan yang ada kat dapur. Resepi asal takde letak sayur mayur, aku letak, sebab kemalasan dan kebizian tahap tinggi nak goreng sayur utk menu no 2.

So, ni resepi hasil modified. Utk resepi asal, click blog k.Hana yer.

Bahan-bahan:

  • beberapa ketul ayam - pastu dipotong kecil 
  • 2 inci halia muda - hiris halus 
  • 3 ulas bawang putih - parut 
  • 2 sudu besar kicap manis 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/2 cawan air 
  • Sedikit serbuk perasa ayam
  • garam jika perlu 
  • carrot
  • tomato - potong 6
  • celeri
  • beberapa tangkai cili kering dipotong 2
  • lada besar *optional


Cara-cara 

  1. Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. 
  2. Perap sebentar 10-20min. 
  3. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. 
  4. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. 
  5. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky.
  6. Masukkan lebihan air tadi, dan masukkan carrot.
  7. Masakkan hingga ayam dan carrot empuk (kalau belum, tambah sedikit air lagi)
  8. Bila dah masak dan air hampir kering, tutup api, masukkan tomato, cili kering dan celeri.
  9. Gaulkan dah tutup kuali sebentar.
  10. Sedia utk dihidang.

Friday 4 February 2011

Kuih Keria

Amacam? Cantik tak keria ni posing??
Kuih ni mmg mudah. Mudah dari segi bahannya. Tapi dari segi mengulinya, adoii. Agak leceh. Sepanjang duduk kat sini, dah berapa kali buat, tapi asyik gagal je. Bukan gagal sampai takleh makan, cuma dari segi presentation tu, hancus.

Jalan punya jalan ke blog orang demi mencari petua buat keria supaya x melekat2 dan senang diuli, aku masuk blog Kak Hana. Siapa tak kenal Kak Hana yang terer masak tu. Aku pun tanya dia apa petua. Dia bg petua no 1 & 2, yang selebihnya aku dapat dari kwn aku. Ni dia petua tu utk rujukan masa hadapan :

1. Ubi direbus, tapi jgn terlebih air, jadi klu tak kompiden nak agak brapa byk air, kukus ubi lebih baik
2. Sapukan tepung atau minyak pada tangan semasa menguli
3. Letak sedikit mentega dalam adunan
4. Pastikan adunan betul2 sejuk sebelum masukkan tepung

So, ni resepinya, aku amik dari blog Kak Hana.

Bahan2:

  • 500gm ubi keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 2 sudu besar gula
  • 1/4 cawan air


Cara-cara:

  1. Rebus / Kukus ubi keledek  
  2. Semasa masih panas, kupas kulit dan lenyekkan, kemudian biarkan sejuk sebentar
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
  4. Masukkan marjerin dan uli rasa
  5. Sapukan tangan dengan sedikit minyak, amik sedikit adunan dan buatlah mcm bentuk kuih keria tuh
  6. Buat sehingga habis, kemudian goreng dengan minyak yg banyak
  7. Lepas dah masak, toskan dan biarkan sejuk sebentar
  8. Dalam kuali yang lain, panaskan air dan gula
  9. Bila dah berbuih2, masukkan keria
  10. Bila air gula dah menyaluti keria, tutupkan api
  11. Gaul keria berulang kali sehingga air gula menjadi sira


Alhamdulillah, bentuk mengikut piawaian sirim...hahhaa
p/s: aku cucuk keledek tu dgn pisau, then masukkan dlm bekas tahan microwave berpenutup dan masak dalam microwave dgn suhu tinggi selama lebih kurang 10 minit - tak yah letak air tau!

Alhamdulillah, petua2 yang diberikan sangat2 bagus. Rasa senang je menguli, dapur pun tak sepah. Kalau tak tu, tepung betebaran sana sini. Lepas ni, kalau rajin bleh buat lagi =)

Thursday 3 February 2011

Tenggiri masak merah


Ini la lauk tengahari semalam. Ikutkan nak makan ngan nasi lemak, tapi santan plak takde. Lagipun skrg ni tgh bz tahap cipanzi. Tepaksa masak benda-benda ringkas je. Letak sayur mayur skali, senang, xyah nak masak sayur lain...takpun makan je la ngan ulam-ulam. Sini takde pucuk paku sume tu, pucuk epal ada la...huhuhu

Bahan-bahan:

  • Beberapa keping ikan tenggiri
  • Sedikit garam & kunyit
  • Sebiji bawang besar - dadu
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 2 sudu besar serbuk cili (bancuh dgn sedikit air - jadi pes) / cili kisar
  • 5 sudu besar tomato puree
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu gula
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air
  • carrot, tomato dan daun bawang


Cara-cara:

  1. Gaulkan ikan tenggiri dengan garam & kunyit, goreng hingga masak
  2. Dalam kuali lain, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau
  3. Masukkan cili, goreng hingga pecah minyak
  4. Masukkan tomato puree, kacau seketika dan masukkan pula air
  5. Masukkan carrot, gula dan sos tiram 
  6. Bila carrot dah empuk, masukkan ikan yang telah digoreng
  7. Rasakan masin manisnya, kalau dah ok, tutup api dan masukkan daun bawang dan tomato
  8. Kacau seketika, sedia utk dihidang.