Hari ni kazen2 belah ayah aku sume nak dtg umah. Pagi2 lagi kitorg dah bersilat kat dapur buat sup daging. Makan ngan nasi impit. Soto la dalam erti nama lain. ;p
Pastu, kakak ipar aku nak wat molten lava cake. Tapi buat kiut2 je dalam muffin tray. Senang, ramai leh makan. Banyak resepi molten lava cake ni kat internet. Tapi kakak ipar ubah2 sket mengikut apa yg ada di dapur. Alhamdulillah, rasa dia memang enak sekali. Aku suka sebab rasa dia mcm manis2 pahit gitu. Okla, sila la try this recipe (at your own risk k)...hahaha
Bahan-bahan (utk 18 mini cakes):
- 1 bar semi sweet baking chocolate (200gm)
- 200 gm butter
- 4 biji telur (kecil)
- 1 1/3 cawan brown sugar
- 3/4 cawan tepung
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2/3 cawan serbuk koko
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 180darjah
- Cairkan coklat dalam double boiler atau microwave
- Dalam mangkuk lain, pukul gula dan telur hingga ringan dan kembang
- Bila coklat dah cair, masukkan butter dan kacau hingga butter cair
- Masukkan adunan coklat ke dalam adunan telur tadi dan masukkan tepung, kacau sebati
- Oleskan butter pada acuan muffin dan sendukkan adunan hingga 1/2 atau 3/4 penuh
- Bakar selama 8-10 minit. (bergantung pada oven/selera masing2, kalau nak tgh dia cair, kurangkan masa memasak, klu nak keras, tambah masa, kitorg bakar 8 minit, just nice)
- Hidangkan dengan ice cream atau gula icing & fresh fruits
p/s: cake ni sedap di makan ngan ice cream, sebab tu guna semi-sweet choc, atau bleh gak guna dark choc (75% cocoa)
No comments:
Post a Comment