Friday 24 December 2010

Bihun Goreng Tomyam

Kalau agak-agak dah bosan dengan bihun makcik kantin, atau bihun singapore, bleh la try resepi mudah nih. Resepi ni aku amik dari Kak Ain. Kak Ain plak katanya amik dari Kak Ani yang katanya amik dari kakak lain. Okla, cut the story short, ni la antara bihun yang senang nak dimasak sebab tak perlu nak buat cili blend =)

Macam tak biasa, sukatan ikut suka la yer.

Bahan-bahan:
  • Bihun (dicelur sekejap dalam air panas)
  • kiub perencah tomyam
  • isi ayam dipotong dadu
  • bawang besar dipotong dadu
  • sebiji telur
  • sehelai daun limau purut
  • sayur-sayuran (tomato cherry, daun ketumbar, celery, kobis)

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga naik bau
  2. Masukkan ayam dan goreng seketika
  3. Masukkan perencah tomyam
  4. Dengan segera, masukkan bihun dan gaul rata
  5. Masukkan daun limau purut, celery dan kobis, gaul rata dan tutupkan kuali sebentar
  6. Kemudian, pecahkan telur dan gaul rata
  7. Rasakan masinnya, tambah garam jika perlu
  8. Taburkan daun ketumbar dan tomato cherry, gaul sebentar dan tutup api
*since resepi ini agak 'kering', disarankan guna sayur-sayuran yang lembut, tapi kalau nak guna carrot, silalah hiris nipis ataupun stim terlebih dahulu

*kalau2 kurang rasa tomyam, bolehlah tambah perencah lagi, caranya dengan ketepikan bihun ke 1 bahagian kuali, kemudian, masukkan sedikit minyak dan tumis perencah yang ditambah tu seketika dan gaulkan dgn bihun td ATAU larutkan saje perencah tu dgn beberapa sudu air dan jirus atas bihun

*resepi ini sedap dibuat dgn kiub tomyam, experiment pernah dilakukan dgn tomyam pes, rasanya agak pelik. huhuhu

Sunday 19 December 2010

Ayam Sambal Tomato

Menu hari ni berkonsepkan all-in-one blender. Macam hari2 je konsep macam tu kan? Huhuhu.

Resepi ni hasil cedok2 idea orang sana sini. Resepi mudah, mcm ayam goreng sambal tu, tapi cuma tambah tomato sajer. Kuang..kuang..kuang.

Bahan-bahan:
  • Ayam (dipotong kecil)
  • Kunyit
  • Garam
  • Sos tiram
  • Gula
  • 1 asam keping

Bahan kisar:
  • Beberapa tangkai cili padi (ikut skala kepedasan masing2 la yer)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 biji tomato

Cara-cara
  1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit
  2. Goreng sehingga masak tapi jangan garing sangat
  3. Dah masak, angkat dan ketepikan
  4. Kurangkan minyak dalam kuali yang goreng ayam tadi
  5. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak
  6. Masukkan sedikit sos tiram, asam keping, gula dan garam jika perlu
  7. Kalau rasa dia dah ok, masukkan ayam yang dah goreng tadi, dan gaulkan seketika

Friday 17 December 2010

Quick & Easy Fried Tagliatelle


Kebosanan, rasa mcm nak makan pasta.

Resepi ni simple jer. Resepi main campak2, bubuh apa yang ada kat dapur tuh.

Bahan-bahan:
  • Tagliattele
  • Beberapa batang sosej (hiris)
  • Beberapa batang carrot (hiris memanjang)
  • beberapa ulas bawang putih (diketuk)
  • Sedikit oregano
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit dried parsley
  • Sedikit serbuk ayam
  • Beberapa sudu tomato puree
Cara-cara:
  1. Rebus tagliatelle dgn sedikit minyak dan serbuk perisa ayam
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak utk menumis
  3. Masukkan sosej
  4. Masukkan sedikit oregano & bawang putih
  5. Goreng seketika, kemudian masukkan carrot
  6. Masukkan sedikit air & tomato puree
  7. Masukkan tagliatelle yg telah empuk
  8. Rasakan masinnya, dan letak sedikit serbuk lada hitam
  9. Gaul rata & tabur dried parsley sebelum dihidang

Thursday 16 December 2010

Nasi Kerabu


Sila abaikan nasi impit kuah kacang tuh, ni gambar recycle dari album raya haji hari tuh


As usual, ni nasi kerabu Bristol style since byk bahan takde. Nak buat macam mana kan, daun kantan sume tu xde, takkan nak ganti dgn daun epal kot. Huhu.

So, ni resepi nasi kerabu ala Bristol yang sempoi. Kalau teringin-teringin nak makan nasi kerabu, boleh la buat sendiri, mudah dan yang penting, rasa tu mmg dah iras-iras dah mcm makan nasi kerabu kat Kelantan =p

Bahan Kuah Budu Tumis
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia* (*kisar halus)
  • 3 sudu cili kisar (letak lebih kalau nak pedas)
  • 1 tin santan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam keping
  • 3 sudu budu
  • sedikit gula melaka / gula pasir
Bahan Sambal Ikan Kelapa
  • 2 tin ikan mackeral in water or in oil (kalau nak buat byk, tambah la bilangan tinnyerr)
  • secawan kelapa parut
  • 3 ulas bawang merah
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 2 batang serai
Bahan-bahan sampingan
  • Ulam-ulaman (Kacang panjang, timun, taugeh)
  • Keropok ikan
  • Daging bakar
  • Ayam goreng
  • Ikan goreng tepung
  • Solok Lada
  • Sambal belacan
  • Telur masin
Cara buat kuah budu tumis
  1. Tumis bahan kisar & cili kisar hingga pecah minyak
  2. Masukkan santan, kunyit dan serai
  3. Masak hingga menggelegak, masukkan asam keping
  4. Masukkan budu
  5. Masukkan gula
  6. Masak hingga mengikut kepekatan yg dikehendaki

Cara buat sambal ikan kelapa
  1. Tumis tanpa minyak (sangai) kelapa parut dalam kuali hingga perang
  2. Asingkan, kemudian sangai ikan makeral
  3. Kemudian masukkan bawang yg dihiris halus (atau tumbuk lumat) dan serai yg diketuk
  4. Masukkan sedikit gula dan garam
  5. Masak hingga agak garing
Utk nasi kerabu nih, aku makan dengan nasi yang diletakkan sedikit kunyit dan daun pandan. Pastu ulam pulak, timun, kacang panjang dan taugeh. Tambah dengan keropok ikan, ayam goreng dan sambal belacan.

Tuesday 14 December 2010

Kuah Kacang Bristol

Set Nasi Impit - Nasi impit, kuah kacang & satay daging goreng

Demi memenuhi pemintaan Pn Hyda kita, aku letakla resepi kuah kacang kat sini. Bahan-bahannya mudah, cuma kadar memasaknya agak lama. Standard la kan kuah kacang, lagi lama masak, lagi ada uummpphh!

Kalau ikut cara orang2 tua, kita goreng dulu kacang tanpa minyak, buang kulit, tumbuk / blend... baru buat kuah dia.... tapi, sebagai wanita yang perasan busy, aku telah cut proses itu semua dengan membeli kacang yang dah siap2 goreng & xde kulit tuh...Ala...yang dah siap2 ade letak garam tu. Seperti ini:


Ok...jom tgk resepi. As usual, aku takde sukatan tepat. Pepandaila agak2 ikut selera masing2 yer. Cuma bedasarkan pengalaman, kalau kacang tu hampir 1 kg (dlm 800+gram), boleh dalam 12 - 15 orang makan. Sukatan yang aku bg as guideline, kalau nak lebihkan / kurangkan mana2 bahan, ok jer.

Bahan-bahan:
  • kacang tanah dalam paket (aku guna ready roasted-salted peanuts)
  • 3 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih* (* dikisar besama2 mcm nak buat cili blend tuh)
  • 20 tangkai lada kering*
  • 1 batang serai*
  • 1 inci halia*
  • gula merah &/gula pasir
  • garam
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 cawan air
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2/3 cawan minyak utk menumis

Cara-cara:
  1. Kisar kacang dalam blender (ada orang suka kisar halus semua, ada orang suka 4/5 halus, 1/5 kisar kasar)
  2. Panaskan minyak dalam periuk besar
  3. Tumis bahan kisar hingga garing & pecah minyak
  4. Masukkan serai yang dah diketuk
  5. Masukkan air asam jawa dan air
  6. Masukkan kacang dan kacau seketika
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  8. Masak dengan api yang perlahan hingga naik minyak

p/s: guna minyak yang banyak masa menumis tu, kalau kering sangat nanti tak best
p/s: kalau nak best, masak tu lama2, dlm sejam mcm tuh...
p/s: sebelum hidang, selalunya aku buang dulu minyak kat permukaan kuah kacang tu, tglkan sedikit jer, demi kesihatan badan...
p/s: kalau nak warna kuah kacang tu cam cantik, kemerah2an, pakai cili serbuk instead of cili kering

Selamat mencuba!

Sunday 5 December 2010

Bubur Jagung




Ni first time aku buat bubur jagung. Resepinyer mudah, dalam less than 10 minutes dah siap dan boleh makan. Kebanyakkan resepi yang aku jumpa di internet, pakai santan. Tapi santan kat sini macam avocado di Malaysia, jadi, aku telah menggantikan santan dengan susu.

Jagung pulak, mmg susahla nak cari jagung tongkol. So, aku guna jagung dalam tin. Macam biasa, resepi aku ni resepi campak2. Agak2 la sendiri sukatan bahan-bahan tu mengikut banyak bubur jagung yang kita nak buat. Resepi yang aku tulis ni utk lebih kurang 5 orang.

Bahan-bahan:
  • 2 tin besar jagung dalam air
  • 1 tin kecil susu sejat
  • 2 gelas susu segar
  • beberapa sudu gula
  • secubit garam
  • sehelai daun pandan

Cara-cara:
  1. Ambil 1/2 tin jagung dan kisar kasar
  2. Dalam periuk, didihkan susu sejat, susu segar, sedikit gula dan garam
  3. Masukkan jagung dan jagung yg telah dikisar
  4. Masak seketika, kemudian campakkan daun pandan yang telah disimpulkan
  5. Tambah gula jika perlu, padamkan api dan hidangkan.

Friday 19 November 2010

Kuih Bom Atom! & Kuih Rengas

Tu dia...bulat2 rasa hebat! =p

Aku takde la gemar sgt kuih nih. Sebenarnya, kalau p pasar malam, kuih ni takkan menarik perhatian aku. Dan aku tak tau pun namanya kuih bom. Bagi aku, kuih bom ialah yg mcm jemput2 pisang, tp versi XXL dgn tepungnya mcm lebih banyak dari pisang.

Jadi, ini ialah percubaan pertama membuat kuih bom. Resepi sangatlah mudah. Ada 2-3 bahan je yang diperlukan. Tapi proses menggorengnyerrrr....masyaAllah!!!!! Susah giler....asyik meletup jer. Kalau meletup lite2 tu bleh la diterima lagi. Ni siap meletup dgn percikkan (or sepatutnya simbahan) minyak panas! Pastu bila dah letak dalam pinggan tu kot2 tau nak dok diam, tak pe gak. Ni dia meletup lagi sampai tegolek2 ke lantai. Gile la!! *Aku rasa omputih sure takut nak try kuih aku nih, maunyer aku dicop terorist*

Setelah byk bom yang meletup, ini je lah hasil yg tinggal. Dapat la merasa seketul dua sorg. Patut boleh je bancuh doh tu lagi sebab inti byk. Tapi tak kuasa mak! Inti kacang yg belen tu aku buat kuih rengas. Enak!

So, bleh try resepi ni sbb boleh dpt kuih 2 in 1 =)

Inti
  • 1 cawan kacang hijau
  • 1 ketul gula melaka
  • 2 sudu gula pasir (tambah jika perlu)
  • sedikit garam
  • setengah cawan susu cair/santan
  • 2 sudu tepung gandum
  • air secukupnya utk merebus
  1. Rebus kacang hijau sehingga empuk (letak 1 batang sudu besi - petua kacang cepat empuk)
  2. bila dah empuk, air pun dah hampir kering, masukkan gula melaka, gula pasir, garam, susu cair
  3. masak hingga kering, dan taburkan gandum, kacau rata
  4. ketepikan dan biarkan sejuk
Doh kuih bom
  • 1 cawan tepungpulut
  • 3 sudu tepung gandum
  • sedikit air + garam
  1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum
  2. masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tak lembut sangat, x keras sgt
  3. buatkan bulat2, leperkan dan isi inti kacang & bulat2 kan balik
  4. golek2 atas bijan
  5. buatkan hingga siap, boh dalam tupperware dan simpan seketika dalam peti ais
  6. panaskan minyak dgn api perlahan, gorengkan kuih bom dlm minyak sgt banyak dan api perlahan (mcm goreng karipap)
  7. Petua xnak meletup - kuih bom tu kena sejuk sket (jgn goreng dlm suhu bilik), minyak kena banyak sampai terendam kuih tuh & minyak jgn panas sgt, kena masak slow & steady la nih
Kuih rengas
  • beberapa sudu tepung beras
  • beberapa sudu tepung gandum (tp x sebanyak tepung beras)
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit
  • air secukupnya
  1. satukan kesemua bahan kecuali air
  2. masukkan air sedikit demi sedikit hingga kepekatan adunan sama mcm tepung goreng pisang
  3. inti kacang tadi buat bulat2 dan leperkan sedikit
  4. celup dalam tepung
  5. goreng hingga kuning keperangan
Itu sajer...mudah kan?!

Tuesday 9 November 2010

Kek Setan Bertatah Strawberry


Hari tu kitorg buat kek nih...sedap!!! Tapi takleh letak resepi...sebabnyer... kitorg guna....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
hohohoho... "Hidup biar mudah" ;p

Btw, dlm family aku, tiap2 kali raya, mmg akan buat kek setan nih (tp from scratch la..bukan instant mcm yg kat atas tuh...) ...teringat time kecik2, aku dgn kazen2 akan jerit ramai2 "Naaakk laagiii kek seettaaannn!!!!" Hahaha...

Sunday 31 October 2010

Ikan Kukus Ekspress

Aku memang sangat sukakan makanan yang lazat, tapi mudah disediakan. Bunyi macam Maggi je kan? Huhuhu. Apa nak buat, nama pun student, klu dok berejam kat dapur tuh, mau supervisor aku tanya "nak wat PhD in Cooking ke?"

OKla, terus pada objective sebenar, hari ni aku nak share satu resepi mudah dan lazat. Lazat kat tekak aku la, klu kat tekak org lain, tak tau la kan. Resepi ni aku main taram jer, berpandukan memori rasa yg aku dpt masa makan kat satu restoren thai kat sini.
So, ni resepi ikan kukus ekspress. AKu guna fish fillet jer, tu je yang aku jumpa, ikan2 lain yang cukup sifat susah betul nak nmpk kat supermarket.

Ikan aku dah hancur :(

Bahan-bahan:
  • Ikan (brapa ekor, jenis apa, begantung pada korang la yer...)
  • Sos tiram
  • Bawang merah*
  • Bawang putih* (* hiris nipis)
  • Halia*
  • serai*
  • daun ketumbar (hiris kasar)
  • tomato ceri (dibelah dua, tapi kalau guna tomato biasa, belah 6 la kot)
  • air perahan limau nipis/lemon
  • 1/5 cawan air
  • garam jika perlu
Cara-cara:
  1. Bersihkan ikan, dan letak dalam bekas tahan microwave yang berpenutup
  2. gaulkan dengan sos tiram (dan garam jika perlu)
  3. taburkan bawang merah, bawang putih, halia, serai yang telah dihiris, air perahan limau dan air
  4. tutup bekas dan masukkan dalam microwave
  5. masak pada suhu tinggi selama 3-5 minit atau sehingga separuh masak (begantung pada saiz ikan)
  6. keluarkan dan masukkan daun ketumbar dan tomato ceri, masak lagi selama 3 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.

Haaa...kan senang tu. Kejap je dah boleh makan ikan tuh.

Tips:
  1. Aku letak air sikit sebab nak bg effect mcm kukus, takmau la kering sgt. Tp kalau ikan tu jenis mmg byk keluarkan air, takyah la letak
  2. Untuk yang takde pengukus, boleh cuba cara masak guna microwave, lebih mudah dan cepat
  3. Bagi yang takde pengukus dan microwave, boleh letak dalam aluminium foil, kemudian bungkus ikan tu longgar2 sket, biar ada ruang udara antara ikan dan foil, dan bakar dalam oven atau dalam kuali berpenutup (jgn lupa letak air sikit kat ikan tu, klu tak jd ikan bakar nnti
  4. Bagi yang takde pengukus, microwave dan oven, bolehla letak pesanan anda di kedai makan ;p

Friday 24 September 2010

Easy Chocolate Cake

Semalam kebizian di tahap maksima. Tekejar2 nak siapkan kerja, lepas tu jumpa supervisor, habis meeting tghari, settlekan benda2 sepatutnya kat school, on d way balik umah petang tu singgah kedai pulak beli2 barang.

Hari ni besday Eric. Kalau kek yang nak kena pakai mixer tu mcm payah la pulak. Masa tak cukup, cita2 aku pulak besar, nak masak sizzling mee ngan nasi tomato. Makanya, haruslah cari resepi kek yg lazat dan mudah. Takyah pakai mixer, penimbang sume.

Kak Ani suggest kek nih... sedap katanya. So, aku try la. Mudah sgt2, mcm buat muffins jugak. Tak yah guna mixer. Bahan-bahan tu pun semua yang ada kat dapur.

Resepi asal banana chocolate cake. Tapi aku tak letak banana. Since banana tu menambah moisture dlm kek, klu tak letak, kek jd dry la pulak. So, aku gantikan 1 cup banana dengan 1/2 cup susu. Aku gantikan minyak tu dgn melted butter.

Utk topping, aku tak ikut mcm website tu. Aku buat topping yg umi aku ajar. Lepas tu hias dengan chocolate rice. Since Eric suke chess, so aku deco dgn chocolate bentuk chess.

Best kek nih, moist je rasanya...butter beri rasa lemak sket. Boleh la buat lagi lepas nih =)



Bahan-bahan (Kek): 

  • 2 cups (400 grams) granulated white sugar (boleh kurangkan sket)
  • 1 3/4 cups (245 grams) all-purpose flour 
  • 3/4 cup (75 grams) unsweetened cocoa powder 
  • 1 1/2 teaspoons baking powder 
  • 1 1/2 teaspoons baking soda 
  • 1/2 teaspoon salt (omitted, sbb aku guna salted butter)
  • 2 large eggs* (dipukul sikit)
  • 1 cup (240 ml) warm water* 
  • 1 cup (240 ml) fresh milk* 
  • 1/2 cup (120 ml) corn, safflower or canola oil (aku guna salted melted butter)*
  • 1 1/2 teaspoons pure vanilla extract*


Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada 180 darjah celcius
  2. Sapukan sedikit butter/minyak  pada acuan kek (alas dasar acuan kek ngan kertas minyak jika perlu)
  3. Satukan bahan2 bertanda * dalam 1 mangkuk
  4. Satukan bahan2 yg TAK bertanda * dalam 1 mangkuk yg lain (yg lebih besar)
  5. Curahkan separuh adunan basah ke dalam mangkuk berisi adunan kering, kacau sikit, dan tuang adunan basah selebihnya
  6. Kacau rata (tapi jgn over mix pulak)
  7. Masukkan dalam acuan kek
  8. Bakar 30 - 45 minit (atau hingga kek masak)


Oh ye, klu nak cuba topping version umi aku, ni resepinya

Bahan-bahan:
  • Susu pekat manis
  • Cocoa powder
  • Butter

Cara-cara:
  1. Panaskan periuk kecil di atas dapur dgn api perlahan
  2. Cairkan butter (utk kek ni aku guna dlm 100gm), dah mcm menggelegak skit, padamkan api
  3. Masukkan beberapa sudu cocoa, kacau
  4. Masukkan beberapa sudu susu pekat manis, kacau
  5. Kacau sampai rata & bekilat.
  6. Kalau rasa topping cair sgt, tambah susu, kalau manis sgt tambah cocoa, kalau pekat sangat tambah butter.
  7. Sapu atas kek, dan hias mengikut suka
Selamat mencuba!

Sunday 19 September 2010

Banana Chocolate Chip Muffins




Ada jemputan open house hari nih. Ingat nak pegi makan jer, tapi macam tak best pulak kalau datang bawak perut je. So, google2 la cari resepi yang mudah tapi lazat. Nampak resepi banana muffins dari CatCanCook. Resepi nih dpt 500+ positive responses. Waahhh...patut cuba nih. Memandangkan casing muffin pun banyak, pisang pun ada, apa lagi...layannnn.....

Resepi asal tak letak choc chip pun, tapi x salah la klu nak letak pun...kalau tak suka choc chip, leh la letak almond flakes ke, or apa2 je la yg sesuai...

Ni resepinya...(mcm biasa, resepi asal bleh tgk blog tadi tu la yer)

Bahan-bahan (12 muffins):
Bahan Kering
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicabonate soda
1/2 sudu kecil garam

******
Bahan basah

4 biji pisang
1/3 cawan butter cair
1 biji telur
1/2 cawan gula (adjust sukatan bedasarkan kemanisan pisang)

******
Hiasan
Chocolate chip

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180 oC
  2. Satukan bahan-bahan kering dalam satu mangkuk, ketepikan.
  3. Lenyek pisang, kemudian masukkan telur yang telah dipukul sedikit dan bahan basah yang lain
  4. Tuangkan bahan basah ke dalam bekas bahan kering
  5. Gaul rata, tapi jgn over gaul. Ketepikan seketika (dlm 5 minit).
  6. Sendukkan adunan ke dalam acuan muffins. Tabur choc chip.
  7. Masukkan dalam oven, letak semangkuk air dalam oven tu sekali (aku letak dulang pembakar muffins kat rak tengah oven, mangkuk berisi air di rak bawah)
  8. Bakar selama 20 ke 25 minit, begantung pada oven yang digunakan.
  9. Cucuk dengan lidi, kalau xde adunan meleka di lidi, maknanya dah masak la tuh.
  10. Keluarkan dari oven, dah susun atas jaring utk sejukkan.
aku letak semangkuk air sbb nak bg muffins tu lembab2 sket, sebab kelembapan muffins ni dtg dari pisang ngan butter jer, xde air...

aku biarkan seketika sebelum bakar muffins sbb nak bg adunan tu mesra dan baking & bicarb soda tu betindak balas dulu...baru muffin naik cantik... yg gmba atas tu yg batch petama aku buat, x naik sgt...yg second trial tu naik tinggi...

masa kat open house tadi, ramai ckp muffins tu sedap, sebab manis sedang2 elok dan taklah berminyak sangat...so, nnti aku nak buat muffin nih utk besday seseorg... ;p

Sunday 22 August 2010

Ayam Goreng Berempah


Hari tu berbuka makan nasi lemak. Nak bagi special sikit, kitorg buat ayam goreng berempah. Seperti biasa, resepi aku ni takde sukatan yang tepat. Sebab bagi aku, kek dan biskut jer yang perlu ada sukatan, kalau lauk pauk nih, kena pandai2 anggar sendiri. Begantung jugak kepada brapa byk kita nak masak. Pastu, kalau suka, tambah, kalau tak suka kurangkan or takyah masukkan bahan tuh...tu jer konsepnya.

Jadi, resepi yang aku tulis utk ayam goreng berempah ni adalah agak2 jer, berdasarkan ayam yang aku guna. So, boleh modify ikut selera masing2 yer.

Bahan-bahan:
  • Ayam yang dipotong kecil (masa aku buat nih, ada dlm 20 ketul)
  • 10 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci Halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 5 sudu besar ketumbar biji*
  • 5 batang serai dihiris*
  • 3 sudu serbuk kari*
  • 2 sudu teh jintan putih*
  • 1 sudu teh jintan manis*
  • sedikit garam*
  • setengah cawan daun kari
  • 3 sudu besar tepung beras

Cara-cara:
  1. Kisar bahan yang bertanda *
  2. Kemudian, lumurkan pada ayam, masukkan daun kari dan tepung beras, gaul sekata
  3. Perap ayam selama sejam atau lebih (lagi lama lagi best)
  4. Deep fry ayam tersebut dengan api yang sederhana besar, masukkan jugak bahan2 perap tu sikit
  5. Enak di makan dengan nasi putih atau nasi lemak.

p/s: tepung beras tu nak bagi ayam tu mcm rangup sikit, kalau tak letak pun takpe.

Friday 20 August 2010

Tom Yam Darurat

Aku namakan tom yam ni tomyam darurat sebab ketiadaan paste tom yam. Merata jugak aku mencari paste tom yam kat kedai cina, sampai ke Cardiff aku cari, tak jumpa jugak. Maksud aku, tom yam paste jenama adabi tu. Yang jenama lain ada, tapi aku tak yakin dengan tahap halalnya. Ada satu tu jenama apa ntah, dia dalam botol. Kitorg penah try hari tu, tak best langsung! Rasa apa ntah.

Sudahnya, aku cuba2 buat tom yam merah sendiri, tanpa paste. Aku google resepi tom yam putih sebab setahu aku, tom yam putih xde pakai paste, tapi ada yang letak santan. Aku kalau boleh nak elak benda besantan buat beberapa hari. So, berbekalkan memory rasa tom yam merah, boleh agak apa yang diorang bubuh dalam paste tom yam tu kan (sebenarnya aku baca ingredient kat blakang botol tom yam paste tuh....hahaha)

So, ni resepi eksperimen tom yam darurat. Boleh dibuat di kala darurat mcm aku, or utk versi yang lebih sihat ;p

Resepi ni aku main agak2 jer, nama pun eksperimen kan, boleh adjust ikut suka. Cara penyediaan paste tu aku main taram jer, ikut style Chef Jamie Oliver buat paste. Rasa sedap juga. Pasni boleh la buat tom yam tanpa paste lagi.

Bahan-bahan paste tom yam:
  • Beberapa batang cili kering (klu nak pedas, letak banyak)
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit lengkuas
  • 2 sudu minyak masak

Bahan-bahan tom yam:
  • 1 biji bawang besar (potong baji)
  • 2-3 biji tomato ( potong 4/6)
  • Cili padi
  • beberapa batang serai (diketuk)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 biji lime
  • beberapa helai daun limau purut
  • gula dan garam secukup rasa
  • ayam (atau isi ayam), daging, seafood (salah satu atau campur2 ikut suka)
  • sayur-sayuran kegemaran (cendawan, carrot, ketiak jagung dsbgnya)
  • daun ketumbar (optional, tp kalau nak ada rasa 'kick' letak la sikit)

Cara-cara utk paste tom yam:
  1. cara 1 (jamie's style): bakar cili kering, bawang merah dan bawang putih dlm oven, tumbuk bahan bakar dan masukkan lengkuas dan letak minyak sedikit demi sedikit semasa menumbuk tu, tumbuk hingga lumat
  2. cara 2 (aku punya style) : goreng bahan2 tu tanpa minyak dalam kuali (tp kena tahan la sbb bau cili tebakar sgt menusuk hidung)
  3. cara 3 (aku yg malas punya style): lebih mudah, tumbuk atau kisar semua bahan hingga lumat, tapi rebus cili kering terlebih dahulu)

Cara-cara memasak tom yam
  1. Sekiranya guna cara 1 & 2, aku rasa takyah tumis paste, terlebih dahulu, boleh masuk paste bila dah masuk air, sebab proses membakar tadi dah memasakkan bahan2 paste
  2. Tapi sekiranya guna cara 3, tumis paste sehingga agak garing
  3. Masukkan air secukupnya
  4. Masukkan ayam, daging atau seafood
  5. Masukkan cili padi, serai, daun limau purut, sos ikan, air perahan lime, halia, gula dan garam
  6. Masak hingga mendidih, bila ayam or daging dah empuk, bolehla masukkan tomato dan sayur sayuran

Tips:
  1. Kalau guna seafood, masukkan akhir sekali, terutamanya selepas carrot or sayur2 keras lain empuk, elak dari kacau banyak kali sebab boleh menyebabkan kuah jadi hanyir (ni petua Chef Wan)
  2. Kalau nak kuah tu pekat, boleh tumis bawang merah & bawang putih yang ditumbuk bersama buah tomato yang dipotong dadu kecil.

Selamat Mencuba!

Thursday 19 August 2010

Sira Pisang

Sila abaikan rumput rampai kat tengah2 tuh...huhu

Pencuci mulut ni popular kat Kelantan kot. Sebab aku mula tau pasal sira pisang sejak bekawan dengan orang kelantan. Tapi bagi aku ni bukan pencuci mulut, tapi 'pemotong kaki'. Huhuhu. Kandungan gulanya sangat tinggi ok. Sekali sekala tu boleh la makan. Tapi kalau selalu sangat...hmmm...

Cara nak buat sangatlah senang. Ni resepinya:

Bahan-bahan:
  • Pisang (jenis yang orang selalu buat goreng tuh)
  • Gula
  • Air
  • Daun pandan
  • 3 biji bunga cengkih
  • Pewarna kuning (optional)

Cara-cara:
  1. Potong pisang saiz sederhana (jgn kecik or besar sgt...)
  2. Masukkan dalam periuk yang diisi air
  3. Masakkan diatas api sederhana
  4. Masukkan gula, pewarna, daun pandan dan cengkih
  5. Berapa banyak gula tu begantung lah, seelok2nya kuah dia tu mcm pekat sket.
  6. Masak sehingga pisang empuk

Selalunya sira pisang ni di makan sejuk. Lepas dah masak, tunggu hingga suhu bilik, kemudian simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru hidangkan.

Saturday 14 August 2010

Buah Melaka

Nama lain: Bola2 Api Cinta (Eric) or Bebola Salju (Cikgu)

Siapa tak tau buah melaka? Antara kuih tradisional yang memang ramai yang tau buat. Kalau kat bazar ramadhan tu memang senang nak jumpa. Mana tak senangnya, bahan-bahan nak buat buah melaka ni sangat senang dan murah pulak tu. Cuma, antara sedap dengan tak jer. Selalu jugak aku jumpa buah melaka yang dijual tu keras, pastu gulanya pun sikit jer.

Kalau ada masa tu, buat sendiri lagi best kan, boleh letak gula banyak2 ;p

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung pulut
  • 3 sudu tepung beras
  • Sedikit jus pandan (kisar daun pandan tapis airnya)
  • Gula melaka (dipotong dadu kecil)
  • Kelapa parut
  • Garam
  • Air

Cara-cara:
  1. Campurkan tepung pulut dan tepung beras
  2. Masukkan jus pandan
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli tepung
  4. Agak-agak adunan tu boleh dibuat bulat2, maknanya dah ok la tu. Kalau rasa keras sgt, tambah tepung pulut atau tambah air. Kalau lembik sangat pulak, tambah tepung beras sikit.
  5. Buat bola2 kecil, kemudian leperkan dan masukkan gula melaka, kemudian bulatkan balik, terus campakkan ke dalam periuk yang berisi air mendidih.
  6. Bila buah melaka tu dah timbul, bolehlah angkat dan golekkan ke atas kelapa parut yang dah digaulkan dengan sedikit garam.
  7. Tunggu buah melaka sejuk sedikit baru boleh ngap. Kang tak pasal melecur sebab gula melaka yang panas tu.

p/s: tepung beras tu tak letak pun takpe, tp petua orang tua kata nak bagi adunan tu keras sedikit, senang nak uli, so tepung beras tu jangan letak banyak2, nanti buah melaka keras sangat pulak.

Friday 13 August 2010

Cendol MilkShake

Bila bulan ramadhan ni mcm2 benda pulak la aku nak makan. Yang the latest, nak makan cendol. Tak ada jual kat sini, so, kena la buat sendiri. Google punya google, mcm2 version ada. Ada guna tepung beras, ada guna tepung huen kwee, ada guna tepung jagung dan sebagainya.

Konsepnya semua sama jer, 1 tepung : 3 air. Beberapa hari sebelum tu dah membedal seri muka dan nasi lemak. So, aku rasa hari ni tak patut la pulak nak makan benda besantan. Jadi, aku tukar la santan tu kepada susu. Sedap gak! Pernah jumpa yang diorg ganti santan dengan air soya bean. Kira healthy version la ni.

Bahan-bahan utk cendol:
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan air
  • sedikit air perahan daun pandan
  • sedikit pewarna hijau (optional)
  • Semangkuk air + ais

Bahan-bahan utk gula:
  • Setengah cawan gula pasir (kalau ada gula melaka lagi best, tp aku xde)
  • 1 cawan air

Bahan-bahan utk susu:
  • Susu segar secukupnya
  • Ais kiub

Cara-cara:

Cendol:
  1. Campurkan semua bahan kecuali air ais dalam periuk dan kacau sebati
  2. Kemudian, buka api kecil dan masak sehingga adunan agak kental dan bekilat
  3. Cedukkan sedikit adunan ke acuan cendol (aku guna tapis sayur tu jer) dan tekan ke dalam semangkuk air ais
  4. Biarkan cendol mengeras dalam air ais tersebut, boleh juga disimpan terus dalam peti ais sejuk beku

Gula
  1. Perangkan gula dalam kuali (kalau guna gula melaka, cairkan gula melaka dgn air terus)
  2. Curahkan air setelah gula perang (hati2 sebab wat dia sangat panas)

Susu
  1. Masukkan susu dan ais kedalam blender
  2. Blend sehingga ais separa hancur

Cara menghidang:
  1. Curahkan air gula di dasar mangkuk/gelas
  2. Masukkan cendol
  3. Masukkan air susu.

P/s: Gambar takde, sebab lupa nak bawak kamera ke dapur, time ingat tu plak, semua cendol dah kena bedal. Nanti la yer...

Saturday 31 July 2010

Popia Ketam


Resepi popia nih aku dapat dari sorang adik nih. Dia buat PhD kat sini jugak. Satu hari ada makan2 berkonsepkan potluck, adik nih bawak popia ketam. Lazat! Resepi pun ringkas jer. Kalau tetibe ada jamuan ad-hoc, resepi ni memang sesuai.

Bahan2:
  • Kulit popia saiz besar (dipotong 4)
  • Crabsticks
  • Daun bawang
  • Mayonis

Cara2:
  1. Rebus crabstick sekejap dgn air yg cukup2 jer (sebab xnak rasa crabstick tu hilang)
  2. dah rebus, tapis airnya dan masukkan dalam mangkuk
  3. dengan sudu/garfu, tekan2 crabstick tu bagi dia hancur sket
  4. masukkan daun bawang yang dah dihiris halus
  5. masukkan sedikit mayonis (jangan byk sgt, elok2 jer utk adunan tu, mcm x brapa basah sgt)
  6. bila adunan dah sejuk, bolehla dimasukkan ke dalam kulit popia & gulung
  7. goreng dgn minyak yang banyak
  8. tapi kalau xnak goreng, boleh la susun atas dulang pembakar yang dah disapu minyak
  9. kemudian, sapu sikit minyak ke atas setiap popia dan bakar pada suhu 180 darjah, selama 15 minit atau sehingga keperangan
Boleh dihidangkan dgn sos cili atau sos thai. Selamat mencuba!

Tuesday 27 July 2010

Spaghetti Meatballs



Hari ni masak spagetti meatballs jer. Dah habis idea nak masak lauk apa, so layan spaghetti meatballs. Express punya resepi, sesuai utk org malas busy mcm aku ;p

Bahan2:

Meatballs
  • 250 gram daging kisar
  • 6 keping biskut cream cracker
  • 1 sudu teh oregano
  • 1 sudu teh dried parsley
  • 1/2 sudu teh serbuk blackpepper
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
Sos Spaghetti
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 botol sos spaghetti bolognese
  • cendawan butang (hiris nipis)
  • 1 sudu teh oregano
  • garam & gula jika perlu
  • sedikit minyak masak / zaitun utk menumis
  • sedikit grated cheese

Cara2:

  1. bersihkan daging kisar & toskan hingga kering
  2. masukkan cream cracker yg telah ditumbuk hancur
  3. masukkan oregano, parsley, blackpepper & garam
  4. masukkan telur
  5. gaul sebati
  6. buatkan bulat2 hingga adunan habis
  7. renjiskan minyak masak / zaitun ke atas meatballs & goncang2 sket bekas berisi meatballs tu supaya meatballs tu besalut minyak
  8. panaskan kuali
  9. masukkan meatballs dan goreng hingga masak
  10. dalam periuk, panaskan minyak masak & tumis bwg besar & bawang putih
  11. masukkan sos spaghetti dan cendawan butang
  12. rasakan masin manis nyer, tambah garam gula jika perlu
  13. Kemudian, masukkan meatballs yg telah digoreng & padamkan api
  14. Bolehlah dihidangkan di atas spaghetti yang telah direbus
p/s: resepi meatballs tu aku amik dari website jamie oliver, tp aku dah modify sket2. ada resepi2 lain yang guna tepung, tp aku rasa guna biskut ni lebih sedap

Tuesday 20 July 2010

Kerabu Mangga ala Bristol



Sekarang nih buah-buahan tropica tgh murah. Kebetulan, mangga pun tgh sale sekarang. Terus tebayang kerabu mangga yang lazat kat Istana Budaya tuh. Tapi biasa la kat sini bahan-bahan nak buat kerabu mangga yg authentic punya tu xde, jadi aku ngan kawan2 aku buat kerabu mangga sempoi. Janji rasa tu ada iras2. Boleh la klu nak lepaskan kempunan tu kan.

Bahan2:
  • Sebiji mangga
  • Sebiji bawang merah
  • Beberapa batang carrot
  • Sebatang cili merah & hijau
  • Segenggam ikan bilis
  • Dua sudu sos ikan
  • Garam & gula jika perlu

Cara2:

  1. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan
  2. Kupas mangga dan hiris halus-halus
  3. Hiris bawang merah, carrot dan cili merah
  4. Satukan bahan hiris dalam mangkuk
  5. Masukkan sos ikan
  6. Bila dah nak makan tu baru masukkan ikan bilis goreng (supaya ikan bilis kekal rangup)

Itu saje, senang kan? ;p

Friday 9 July 2010

Vadey


Vadey antara kuih kegemaran aku. Kalau kat Malaysia, pi je la mana-mana gerai mamak, insyaAllah dapat la beli kuih nih. Kat sini, huhu...vadey xde, Darth Vader ade...hohoho.

Ni resepi Vadey yang Eliz, kawan aku ajar...

Bahan-bahan:
  • 250gm split pea
  • Bawang besar
  • Sedikit cili hijau
  • Sedikit cili merah
  • Sedikit daun kari
  • Sedikit garam
  • Minyak utk menggoreng (deep fry)

Cara-cara:
  1. Rendam split pea semalaman (lagi lama lagi bagus supaya senang nak blend)
  2. Toskan split pea dan masukkan dalam blender
  3. Masukkan sedikit saja air, dan blend.
  4. Blend seketika, kemudian kacau2 sket adunan tu, kemudian blend lagi
  5. Ulang proses tu sehingga kacang semua tu dah dikisar
  6. Masukkan bahan kisar tu dalam mangkuk dan campurkan bawang, cili merah dan cili hijau yg dah dihiris halus
  7. Masukkan daun kari (gunting kasar)
  8. Masukkan garam secukup rasa
  9. Panaskan minyak untuk menggoreng
  10. Ambil adunan dan buatkan bulat2 dan leperkan sedikit
  11. Gorengkan dengan api sederhana

p/s: masa blend kacang tu, pastikan air tu sedikit, sebab kalau byk nnti dia berair dan akan pecah bila digoreng. Jadi, letak je air sedikit, blend utk seminit, kemudian kacau2 adunan dgn sudu, kemudian blend lagi...part ni je la yang nak kena sabar sikit, kalau tak...tak jadi.

Selamat Mencuba!

Sunday 4 July 2010

Swiss roll ice cream cake


Hari nih hari jadi Kak Ain. Yus mintak aku buatkan kek harijadi. Tapi aku plak dah bungkus sume pekakas baking aku sbb nak shipping. Sbb nanti pun nak pindah rumah, senang sket pindah dgn barang sikit. Tambah pulak malas nak selongkar pekakas sume tuh, jadi aku pun carik idea nak buat kek tanpa bakar.

Kebetulan sekarang ni musim panas. Memang enak la kalau pekena ice cream. Sudahnya, aku buat kek ice cream jer utk kek harijadi tuh. Resepi tu aku cilok sket2 dr website Nigella. Tapi aku modify sket2 la. Nigella tak pakai swiss roll. Hanya ice cream semata campur ngan bahan2 lain. Senang sangat nak buat kek nih. Yang penting ada swiss roll & ice cream. Bahan2 tambahan yang lain tu leh la diubahsuai ikut suka.

Ni bahan2 yang diperlukan:

  • Swiss roll (ikut suka la nak perisa apa pun, aku guna tripple chocolate dari Cadbury)
  • Ice cream (aku guna vanilla)
  • Biskut oreo (aku buang cream tengah dia tu sbb takmo manis sgt)
  • Dark chocolate chip
  • Crunchie Bar Cadbury

Cara2:

  1. Alaskan bekas kek dgn plastik (supaya senang nak keluarkan kek)
  2. Potong swiss roll dan susun dalam bekas, tutup bekas & masukkan dalam freezer
  3. Sementara tuh, campurkan ice cream dgn biskut oreo dan Crunchie Bar yg dah ditumbuk kasar
  4. Masukkan dark chocolate chip
  5. Keluarkan swiss roll dr dlm freezer (nak bg kek keras sket supaya senang nak masukkan ice cream, xde la kek hancur nanti)
  6. Sendukkan ice cream ke dalam bekas belapis swiss roll tu
  7. Masukkan semula ke dalam freezer
  8. Masa nak makan tuh, keluarkan ice cream ke suhu bilik dlm 5 minit supaya dia lembut sket, senang nak potong.
p/s: Leh la nak tambah apa2 bahan yang rasa sesuai, macam kacang or melt chocolate

Monday 24 May 2010

Spaghetti with crab meat



Sejak dua menjak ni memang busy. Kalau sekali masak tuh, memang masak utk 3-4 hari terus. Muak pun muak la. Janji perut diisi. Kang lapar, asyik teringat makanan jer, keje pun tak jalan jugak.

Masa pegi supermarket dekat2 sini, tejumpa plak crab sticks. Lama betul tak makan ketam, ketam yg cukup sifat tu pun x penah nampak kat sini. So, memandangkan hari tu ade tgk rancangan Chef Gordon Ramsay, aku pun nak try la salah satu resepi dia iaitu "Angel hair pasta with crab, chilli and lime recipe". Utk resepi asal, leh click sini

Macam biasa, aku masak ikut apa yg ada di dapur la. Pastu, Chef Ramsay ade letak wine, aku tak letak la kan. So, ni aku nyer version:

Bahan-bahan:
  • 100gm spaghetti
  • 1 biji cili besar
  • 3 pokok spring onion
  • 3 ulas bwg putih
  • stock ayam (perisa ayam + 1/4 cawan air)
  • semangkuk isi ketam (aku pakai crabstick jer)
  • secekak parsley
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit air perahan limau nipis
  • sedikit olive oil (jika suka atau gantikan dgn butter or minyak biasa)

Cara-cara:
  1. Masak seperiuk air hingga menggelegak
  2. Masukkan sedikit garam dan spaghetti, masak ikut arahan pack
  3. Dalam kuali, panaskan minyak biasa
  4. Tumis cili dan spring onion
  5. Kemudian, masukkan bawang putih yang telah dicincang
  6. Masukkan ketam
  7. Masukkan sedikit stock ayam, biarkan seketika hingga agak kering
  8. Masukkan serbuk lada hitam dan garam
  9. Setelah masak, ketepikan, masukkan air perahan limau
  10. Toskan spaghetti & taburkan sedikit olive oil, garam & serbuk lada hitam, gaul
  11. Gaulkan spaghetti dengan adunan ketam & parsley yg telah dihiris
  12. Hidangkan
Makanan ni omputih makan as starter. Tapi ikut suka la nak makan bila pun kan. Bagi aku, ade la iras2 bihun goreng singapore. Cuma pakai spaghetti jer & ade lime. Bagi yang sukakan masakan western, boleh la cuba nih.

Friday 14 May 2010

Tuna Sandwich Bake


Sejak dua menjak ni asyik nak makan benda yang boleh dapat kat Malaysia je. Kat sini bukan tak boleh dapat, boleh, tapi kena la usaha gigih iaitu dengan membuatnya sendiri. Takde jual di pasar malam, pasar rabu, pasar raya dll.

Akibat nak makan yang bukan2 tuh, roti sebungkus langsung la tak terusik. Sekali tgk, esok tarikh luput dia. Alamak. Kena buat sesuatu. Walaupun kat sini, roti tu insyaAllah tahan dalam beberapa hari selepas expire date, tp baik betindak sekarang.

Aku pun dok google2 ape menu yg leh kita wat dgn sliced bread nih...kebanyakkan website suggest jadikan breadcrumb, stuffing dlm ayam or turkey bakar, jadikan sos mcm white sauce utk gravy, atau masuk je dlm freezer dan mkn bila2 nak nanti.

Resepi bread pudding pun banyak, tapi sebab bahan takde kat dapur dan aku sangat malas nak ke kedai so takleh la wat bread pudding. Bahan2 nak buat pasta bake adelah, jadi aku mencapur adukkan ilmu pasta bake dengan ilmu bread pudding. Terhasilah makanan yang aku namakan sebagai Tuna Sandwich Bake. Ala2 mcm sandwich tapi dibakar. Gitew la...

Jom tgk resepinya, tp tu semua anggaran, begantung kepada nak buat byk mana, dan saiz bekas besar mana. Utk resepi ni, aku guna bekas saiz 18cm x 23cm sesuai utk 4 - 5 org kot (tapi aku bedal sorg2...hahaha).

Bahan-bahan:
  • 1 tin tuna (in oil or brine)
  • seulas bawang besar (dihiris)
  • beberapa ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 tin sliced mushroom
  • 1 kotak chopped tomato (mcm sos spaghetti, dlm 400gm)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit gula & garam
  • 8 - 10 keping roti dipotong menyerong
  • 4 biji telur
  • suku cawan susu segar
  • sedikit cheese (aku guna mozzarella)
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah & tuna
  2. Masukkan mushroom yg telah ditoskan airnya
  3. masukkan chopped tomato
  4. masukkan serbuk lada hitam
  5. Kalau chopped tomatoes tu masam sgt, letak la gula dlm 1-2 sudu
  6. Masukkan garam jika perlu
  7. Masak sehingga airnya agak kering sedikit
  8. Dalam mangkuk, pukulkan telur bersama sedikit garam
  9. Rendamkan roti satu persatu dan susun dalam bekas pembakar yang telah disapu dengan mentega (jgn rendam lama2, nnti roti mcm soggy)
  10. Siap satu lapisan, ratakan tuna diatas roti tersebut dan tabur sedikit cheese
  11. ulang step 9 & 10 utk lapisan kedua.
  12. Bakar pada suhu 180 degree, selama 20 minit atau sehingga telur masak.
Tips:
  1. Boleh ganti tuna dengan daging, ayam, seafood atau apa saja yang anda suka
  2. Boleh tambah apa2 saja jenis sayuran
  3. Kalau tak jumpa chopped tomatoes, leh je pakai sos spaghetti tu
  4. Kalau tak nak cheese cepat hangus, bakar dulu adunan tu selama 10 - 15 minit, kemudian, keluarkan dari oven dan tabur cheese dipermukaan, kemudian bakar lagi utk beberapa minit
  5. Boleh dimakan sebagai sarapan pagi atau minum petang.
Selamat mencuba!

Wednesday 12 May 2010

Yong Tau Foo

Ntah ape kene ntah...tetibe mcm teringin sgt2 nak makan yong tau foo. Mane plak nak carik kat sini, bukannya ade pasar malam. Aku pun cari2 resepi kat internet, jumpa la beberapa resepi. Ada yang senang, ada yang susah. Seperti biasa, aku ni mmg susah sket nak ikut resepi tu 100%. Bahan kat sini bukannya ade. Tadi aku pi cari kangkung kat kedai cina pun xde. So, ni resepi versi aku la yer. Versi perantau. Tapi rasa tu dah iras-iras dah. Hehehe.

Bahan-bahan:

[Sos Hitam]
  • 400ml air
  • 10 batang cili kering
  • sedikit belacan
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos kacang hitam (black bean sauce)
  • 4 sudu besar Hoisin sauce
  • sedikit serbuk perisa ayam
  • sedikit bijan
  • sedikit air bancuhan tepung jagung
[Sup Rebusan]
  • Beberapa ulas bawang putih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 inci halia
  • air secukupnya
  • sedikit perisa ayam
[Bahan2 lain]
  • Sosej
  • Tahu
  • Fish balls
  • Fish cake
  • Sotong balls
  • Crabstick
  • Crab balls
  • Kang kung (aku takde nih...ganti dgn timun jer)
Cara-cara:

[Sos Hitam]
  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng cili kering hingga garing
  2. Blend cili kering dgn sedikit air
  3. Panaskan air dalam periuk
  4. Masukkan gula melaka & cili yang telah diblend
  5. masukkan sos hoisin, sos black bean, kicap, belacan dan serbuk perasa ayam
  6. masak hingga mendidih, kemudian masukkan air tepung jagung sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yang diingini
  7. setelah masak, taburkan bijan yang telah disangai terlebih dahulu (aku masuk microwave jer)
[Sup Rebusan]
  1. Panaskan air
  2. kemudian masukkan bawang putih & halia yang telah diketuk
  3. Masukkan bunga lawang dan serbuk perasa ayam
  4. Tunggu hingga mendidih
  5. Masukkan bahan2 yong tau foo dan masak
Dah masak semua tuh...ape lagi...gunting2...masuk dlm pinggan, curah la kuah...makan!!!!

Thursday 6 May 2010

Namtok Tuna

Namtok ni dalam bahasa Thai yg bermaksud 'air terjun'. Tapi makanan ni ala2 kerabu gitew. Tak tau la ape sejarah makanan ni smpai dinamakan 'air terjun'. Yang pasti, makanan ni mmg mudah nak disediakan. Semuanya main terjun2 campak2 dalam mangkuk.

Kat kedai cina kat sini, ada jual serbuk namtok nih. Utk penambah perisa mcm tu la. Tapi kalau takde, letak garam or serbuk perasa yg ada kat dapur tu pun dah ok. Namtok ni mcm kerabu juga. Leh wat guna mcm2 bahan, ikan, daging, ayam, seafood. Tapi yg ni Namtok versi Tuna.

Ok...ni resepi Namtok Tuna yg kawan Thai aku, Oui ajar.

Bahan2:

1 tin tuna (in brine/oil)
beberapa biji tomato cherry (tomato kecik2 tu, klu xde, tomato besar tu pun ok)
secekak daun ketumbar
separuh biji lime
beberapa ulas bawang merah
sedikit cili padi
garam / serbuk perasa / serbuk Namtok
suku sudu teh serbuk bawang putih (tak letak pun xpe)

Cara2:
  1. Toskan tuna dan buang minyak/air, masukkan dalam bekas tahan microwave
  2. Masukkan dalam microwave dan masak pada suhu tinggi dalam seminit dua
  3. Biarkan tuna sejuk sebentar sebelum dicampur dgn bahan2 lain
  4. Belah 2 atau 4 tomato cherry, hiris daun ketumbar, bawang merah dan cili padi, kemudian campurkan ke dalam mangkuk tuna tadi
  5. perahkan lime
  6. Masukkan garam / serbuk Namtok / serbuk bwg putih jika perlu
  7. Siap! Enak dimakan dengan nasi panas.
Ni la lauk dikala malas memuncak. Sedap jugak utk wat penaik selera.

Thursday 22 April 2010

Set Nasi Arab

Sebenarnya lama dah buat nasi arab nih. Masa kawan2 dari Leeds datang. Tapi baru hari ni rajin nak upload gamba. Resepi ni aku cilok kat blog Chef Hanieliza. Aku tak buat sebijik2 macam Chef Hanieliza nyer resepi. Seperti biasa ade benda yang aku modified. Ye la...kat sini yg serba kekurangan...so, ikut ape yg ade kat dapur je la...huhu..So, kat bawah ni aku paste resepi tuh...selamat mencuba...

NASI ARAB


Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori


AYAM TANDOORI GORENG


Bahan
1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 paket rempah tandoori MAGGI
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
5 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
2 inci halia ]
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.


SAMBAL MERAH



Bahan
200 gm cili kering ]
200 gm bawang merah ] mesin
3 ulas bawang putih ]
2 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
minyak
garam
gula

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.

DALCA

Bahan-Bahan:
600 gm daging
3 biji ubi kentang
5 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 cawan kacang dhal.....rebus lembut
6 biji buah belimbing buluh
4 biji cili hijau
2 biji mangga muda
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji terung bulat putih atau biru
4 cawan santan
1 bungkus rempah kari daging..
dibancuhkan dgn air asam jawa
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] hiriskan
3 cm halia ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minya
Garam secukup rasa

Cara:
1. Potong daging nipis dan kecil. Basuh dan toskan.
2. Belah 4 kentang, tomato, bawang besar dan terung.
3. Potong kecil mangga muda.
4. Potong kacang panjang sepanjang 2.5 cm.
5. Panaskan minyak sapi & minyak .
6. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.
7. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,
8. Masukkan daging dan santan secukup. Renehkan sehingga lembuk/empuk.
9. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.
10. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk.
11. Masukkan garam.
12. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.
13. Renehkan sehingga naik minyak lagi.
14. Siap untuk hidangan


Acar Timun



Bahan2:
Timun
Carrot
Nenas
Bawang merah
Lada besar
Garam
Gula

Cara2:
1. Hiriskan semua bahan di atas.
2. Masukkan sedikit gula & garam
3. Gaul rata

Boleh juga lengkapkan hidangan set nasi arab ini dengan papadom

Friday 9 April 2010

Tiramisu...


Fira.miss u... hahaha....Tiramisu. Antara kek kegemaran aku. Dulu, kalau nak makan, kena p secret recipe. Sekarang tidak lagi. Leh wat sendiri dah. Ni percubaan pertama. Resepi plak dari Lida, kazen aku yg skrg dok kat Glasgow. Dia dah cuba mcm2 resepi, dah ubah suai, so, tecipta lah yg ni...best tau. Senang, sbb tak pakai telur.

Kalau resepi authentic tiramisu, pakai telur. Pastu tiramisu ni mane ade bakar ke kukus ke. So, telur tu mentah2. Bahaya oo...takut ade salmonella. Kat bawah ni resepi yg Lida bagi. Tapi aku tak rendam dalam air kopi. Aku rendam dalam milo. Bukan ape, mangsa eksperimen masak memasak aku nih xleh minum kopi. Kang migraine plak. So, aku wat version milo.

Bahan-bahan
  • 284 mL double cream
  • 95g gula
  • 250g mascarpone cheese
  • biskut/sponge fingers
  • cocoa powder
  • coffee + water [aku ganti ngan Milo]
Cara-cara:

1. Pukul double cream dan gula sampai sebati & agak kembang sket
2. Masukkan mascarpone cheese dan gaul sampai sebati
3. Celup biskut/ sponge fingers dalam bancuhan air kopi (jangan pekat sangat, nanti pahit)
4. Susun lapisan biskut diselangi dengan lapisan cream.
5. 'Sprinkle' cocoa powder on top

Aku sprinkle milo je. Hehehe. Best!!!! Ni resepi terbaik bg aku. Rasa tak menyengit, manis pun sedang2 elok jer. Cuba lah!

Tuesday 30 March 2010

Bawal Goreng Ketumbar

Hari tu dah buat ikan bawal ala thai. Hari ni wat ikan bawal goreng ketumbar. Resepi dari umi. Kalau balik kampung Kuala Selangor, selalu gak jumpa lauk nih. Tapi guna ikan bawal kecik2 tuh...goreng garing...lazatnyerrr....

Resepi ni taklah jauh beza ngan resepi ikan ala thai yg aku reka2 tuh. Yang ini cuma tambah ketumbar biji banyak, pastu tak pakai serai dan bahan2 lada digoreng sekali dengan ikan. Ni resepinya...

Bahan2:
  • Ikan bawal
  • Bawang merah*
  • Bawang putih* [ditumbuk kasar]
  • Ketumbar biji*
  • Cili kisar
  • Serbuk kunyit
  • Garam
Cara2:
  1. Bersihkan ikan dan taburkan garam dan kunyit
  2. Ratakan cili kisar, dan bahan2 tumbuk pada badan ikan
  3. Perap ikan seketika
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng
  5. Goreng dengan api sederhana hingga ikan masak
Selamat mencuba!

Friday 26 March 2010

Bawal Goreng Berlada Ala Thai


Hari tu aku beli bawal hitam 2 ekor. Frozen punyer. Sini susah gak nak carik bawal fresh. Dah lama gak aku beli sebenarnya. Tapi hari ni baru ada mood nak masak bawal tu. So, aku nak buat bawal goreng berlada. Ikan goreng berlada memang favret aku sejak kecik. Gulai ikan aku tak suka sgt. Tapi, untuk resepi kali ini, aku ubah2 sikit. Saja bagi kelainan. Ade letak serai & daun ketumbar. So, aku namakan dia bawal goreng berlada ala thai.

Bahan-bahan:
  • Ikan bawal
  • Garam
  • Kunyit
  • Cili kering kisar
  • Bawang merah*
  • Bawang putih* [* didadukan]
  • Bawang besar [hiris tebal sket]
  • Serai
  • Air asam jawa
  • Sos tiram
  • Daun ketumbar
  • Gula
Cara-cara:
  1. Bersihkan ikan, garam kunyitkan dan goreng
  2. Panaskan minyak (guna minyak goreng ikan tu pun best), tumis bawang merah & putih.
  3. Masukkan cili kisar dan goreng hingga terbit minyak.
  4. Masukkan sedikit air asam jawa, serai, sos tiram & gula
  5. Rasakan masam manis masinnya. Tambah mane2 yg kurang
  6. Masukkan tomato & ikan
  7. Kacau seketika dan hidangkan dalam pinggan.
  8. Taburkan dengan daun ketumbar yang dihiris kasar.
  9. Enak dimakan dgn nasi panas.
p/s: aku makan dengan nasi lemak. Enak!! Pastu aku lupe letak daun ketumbar sblm snap gmba. =P

One-Eyed Monster Breakfast

Hehehe...don't be afraid of the menu's title.
It is not a breakfast for one-eyed monster,
or how to turn an one-eyed monster to be your breakfast.

Actually, it is an alternative name for the famous 'eggy in the basket'. If you watched V for Vendetta, you may find this menu being serve during breakfast. The recipe can come in so many versions. It depends on your creativity, and most importantly on your taste bud. Here goes my version of Eggy in the basket, or should I call it, One-Eyed Monster breakfast.

Ingredients:
  • Sliced bread
  • Egg
  • Black Pepper
  • Butter

Methods:
  1. Heat the frying pan
  2. Spread the butter on both sides of the bread
  3. Make a hole in the middle of the bread using cookie cutter (but if you don't have one, just use glass, mug or anything that you feel suitable, or just cut it using a knife)
  4. Put the bread on the hot pan
  5. Pour the egg in the hole
  6. Let fry for a couple of minutes
  7. Turn the bread over
  8. When it cooked, put in a plate, and serve with ketchup or mayonnaise and salad
Happy trying!

Thursday 25 March 2010

Kuih Kemboja


Kuih ni ade sesetengah tempat panggil kuih bakar. Semalam aku puasa, tetibe sorg kawan ni mention pasal kuih nih. Aku terus teruja nak buat. Sebab senang katanya. Aku pun try la. Bahan2 memang mudah. Aku pakai acuan kek jer. Takde acuan tembaga bentuk bunga kemboja tu. Sedap. Cuma kalau pakai jus pandan sebenar, tentu lagi sedap.

Aku dapat resepi ni dr sini. Leh la cuba:

Bahan-bahan:

  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 tin santan-450ml )
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • pewarna hijau
  • bijan (disangai sekejap)

Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan. kisar sampai sebati
  2. Masukkan 2 sudu besar minyak dlm loyang. Ratakan dipermukaan loyang
  3. Panaskan loyang dlm oven. Bila minyak dah panas, masukkan adunan, taburkan bijan.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah hingga keperangan atau garing.
Selamat mencuba!

Friday 19 March 2010

Prosperity Burger


Tahun ni tak sempat makan prosperity burger kat McD. Pastu ternampak lak Mamafami ade wat burger nih. Ape lagi...memandangkan beras ayam sume dah habis....burger adalah penyelamat dikala 'darurat' mcm ni...

Bahan2 utama:

Burger daging atau ayam
Sayur-sayuran ikut suka seperti tomato, bawang, timun, lettuce
Roti burger

Bahan2 Sos Posperity:

2 cwn stok ayam (aku guna air + serbuk perasa ayam)
1/4 cawan susu segar
1 - 2 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1/2 bawang besar - potong dadu
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar marjerin
3 sudu besar tepung jagung (bancuh ngan sedikit air)
gula & garam jika perlu

Cara2:
  1. Bakar burger & roti mcm biasa
  2. Panaskan minyak dalam kuali / periuk
  3. Tumis bawang hingga layu
  4. Masukkan stok ayam, lada hitam, kicap, sos tiram dan marjerin
  5. Masak hingga menggelegak
  6. Bila dah menggelegak, masukkan susu
  7. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga mencapai tahap kepekatan yg dikehendaki
  8. Celupkan daging burger yang dah masak tu tadi
  9. Susun daging burger ngan roti & sayur2 kesukaan
  10. Sedia dimakan!!
Pas amik2 gambar utk blog nih...aku terus ngap. Sedap you!! cuma kurang pedas la sebab takut gak nak letak blackpepper byk2. Apa2 pun...best jer...hehehe...thanks mamafami for the recipe!

Sunday 14 March 2010

Puding Roti ala Nda Wan

Decoration has been inspired by Chef Hotel Nikko... =P

Ok...Ni puding roti yg aku amik resepinya dari makcik aku, Nda Wan. Nda tu singkatan bg bonda. Family belah umi aku mmg panggil makcik2 Nda. Sedap ooo puding nih...aku makan betambah2 masa dia jamu aku hari tu. Cam nak hangkut je satu bekas besar yg dia buat tuh. Tapi cam buruk lantak la plak kan...Jadinya, sebagai anak dara yg besopan santun lgi bijaksana, aku mintak resepi sajalah....

Sebenarnya, ni kali kedua aku buat. Yang pertama kali menjadi, cuma aku tak snap gambar & tak update dlm blog. Busy sgt, busy makan....hehehehe

Ok...jom kita tgk ape resepinya.

Bahan2:

12 keping roti
1 tin besar susu pekat manis
1 liter air
6 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kismis
Sedikit butter

Cara2:
  1. Sapukan butter di satu bahagian permukaan roti, buat hingga habis
  2. Potong roti menyerong, so, roti jd 3 segi
  3. Sapukan sedikit butter pada bekas pembakar 12" x 12" (kalau xde, kecik sikit pun xpe)
  4. Susun roti pada dasar bekas tersebut, tabur kismis kemudian lapiskan dengan roti semula, buat hingga habis (jangan tabur kismis pada bahagian paling atas sbb nnti kismis hangus & pahit)
  5. Bancuhkan susu, air, telur dan esen vanilla dalam satu bekas
  6. Tuangkan bancuhan itu ke dalam bekas yg berisi roti
  7. Tekan2 sedikit roti supaya semua roti terendam
  8. Taburkan sedikit butter diatas roti tersebut dan tutup dengan penutup atau aluminium foil
  9. Letakkan satu loyang besar dari saiz bekas pembakar, isikan air & letak bekas pembakar ditengah2 loyang tersebut
  10. Bakar pada suhu sederhana lebih kurang 30 minit atau sehingga puding masak
  11. Buka penutup dan bakar lagi beberapa minit sehingga bahagian atas puding keperangan
  12. Dah masak tu, bolehlah keluarkan dan hidangkan.
Enak dimakan begitu saja atau kalau rajin, leh buat kuahnya. Cara2 buat kuah dia pula ialah:
  1. Masakkan susu evaporated dengan sedikit gula & tepung castard.
  2. Kacau hingga larut, tutupkan api.
  3. Tapis dan hidangkan.
Aku sgt malas nak buat kuah dia tuh. Jadinya, aku guna ais krim vanila jer...aku amik sket dan defrost dalam microwave supaya dia cair sket, then curah je atas puding tu. Leh gak hias dengan coklat parut atau kacang atau kismis atau ape2 je la ikut suka...

nota kaki ayam: aku ade jumpa resepi lebih kurang sama, tp guna roti bun kismis, croissant dan hot cross bun, so leh la pelbagaikan...jgn guna roti canai sudah...

nota kaki lima: klu xde tepung kastad kat umah, leh ganti dengan bancuh sket tepung jagung & air...

Selamat Mencuba!!!!

Roti Lapis berdaging


Banyak pulak stok roti kat umah nih. Mane tak banyak. Dah hari2 melantak nasi. Roti ni wat alas perut boleh la. Baik aku buat sesuatu dengan roti nih sblm dia 'berubah wajah'...huhu

Aku jumpa resepi roti lapis ni kat blog HomeSweetHome...so, jom cuba...

Bahan:- (6 - 8 orang)
3 biji kentang dipotong dadu
500 gm daging cincang
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar minyak untuk menumis
12 - 14 keping roti putih
500 ml susu segar
3 biji telor
garam secukup rasa
parutan cheese
marjerin untuk melenser loyang

Cara Menyediakan:-

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga layu dan naik bau. Masukkan serbuk kari, kacau sebentar.
  2. Masukkan daging cincang dan kentang. Masak hingga daging agak kering dan masukkan garam. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan. S
  3. Sementara itu, satukan telor, susu dan secubit garam. Pukul hingga sebati.
  4. Celupkan kesemua roti tadi dalam adunan susu. Ramas-ramaskan kesemua roti hingga hancur dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  5. Lenserkan margerin pada bekas tahan panas (*ummi guna loyang bulat 8 inci - agak penuh, elok guna yang besar sikit lagi).
  6. Masukkan 1/3 bahagian roti tadi, ratakan. Kemudian masukkan 1/2 inti daging tadi, ratakan.
  7. Kemudian masukkan lagi bahagian roti hancur tadi. Ratakan dan masukkan baki inti daging tadi dan ratakan jugak.
  8. Akhir sekali tutup dengan baki akhir 1/3 roti. Taburkan parutan cheese.
  9. Bakar dengan api sederhana (*ummi set 160C) selama 30 - 45 minit/hingga lidi yang dicucuk tidak melekat.
Resepi ni ok la...aku rasa klu nak sedap, letak daun sup or celeri yg dipotong2 halus...baru ade kick kot...hehehe