Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Saturday, 4 February 2012

Petua Menggoreng Ikan Bilis Garing


Sumber gambar: Let's get wokking


Dah lama tak update blog, sebelum penuh dengan sawang dan labah2, baik tulis sesuatu kat sini. Sebenarnya nak update gak hari tu, makanan pun dah siap posing. Tapi sejak dua menjak ni busy betul la. Nak upload photo pun punya la takde masa.

So, simpan dulu la entry yg tu. Hari ni saya nak share la petua menggoreng ikan bilis secara garing dan sihat. Sebenarnya, tak melibatkan aktiviti menggoreng pun. Haaa... habis tu mcmne? hehhee...caranya sangat mudah, cuma perlukan microwave. Bagi yg takde microwave, oven pun boleh kot? Tak tau plak, anda boleh try, nanti bgtau saya caranya yer.



Bahan / Peralatan:

  • Microwave
  • Pinggan tahan microwave
  • Segenggam ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
  • 2 sudu makan minyak masak

Cara-cara:

  1. Gaulkan ikan bilis dengan minyak masak
  2. Ratakan atas pinggan
  3. Masukkan dalam microwave, letak setting high, masak dalam 2 minit
  4. Buka microwave dan gaul2 sedikit ikan bilis
  5. Sekiranya ikan bilis telah garing, keluarkan dan hidangkan
  6. Sekiranya ikan bilis masih basah dan lembut, masakkan lagi selama 1 minit (atau mengikut keperluan)

Haa... senang kan? hasilnya ikan bilis yg garing dan tahan lama juga garingnya. Saya suka 'goreng' dengan cara mcm ni sebab tak menggunakan minyak yang banyak. Cara yang lebih sihat :) Selamat mencuba!

p/s: ikan bilis masa baru2 masak mmg akan mcm lembut sikit, kena tunggu dia sejuk sedikit baru test tahap kegaringannya.

p/s: boleh try kat bawang pulak lepas nih... hehehe

Wednesday, 23 February 2011

Baked Tuna & Bread

Tak tau la kenapa, kadang-kadang je rasa nak makan roti tu melonjak2. Bila dah makan dua tiga keping, mula la bosan. Sudahnya, roti tu tunggu masa je nak bekulat.

Sayang pulak kalau biarkan bekulat mcm tu je, klu kat kampung, boleh jugak bagi ayam makan. Kat sini, mau kena saman kalau aku sedekah kat seagull yg suka betenggek kat tepi tingkap aku nih.

So, hari ni aku telah mengodeh satu resepi. Maybe ada orang penah buat, ntah la. Yang pasti, resepi ni adalah hasil idea yg bercampur baur dr macam2 resepi. Aku namakan Baked Tuna & Bread.

Bahan-bahan:
  • 1 botol sos spagetti
  • 1 tin tuna chunk
  • 1 biji bawang besar
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit blackpepper
  • sedikit serbuk lada (jika mahu pedas)
  • 8 keping roti (buang tepi)
  • grated cheese utk topping (optional)

  • 1 cawan susu segar
  • 3 sudu margerin
  • 3 sudu tepung gandum
  • 1 cawan grated cheese

Cara-cara:
  1. Tumis bawang dengan sedikit minyak
  2. Masukkan tuna yg telah ditoskan
  3. Tumis sebentar sebelum masukkan sos spagetti
  4. Masukkan blackpepper dan serbuk lada
  5. Tambah gula dan garam jika perlu
  6. Dalam periuk lain, cairkan margerin
  7. Alihkan dari dapur (atau tutup api) kemudian masukkan tepung gandum, kacau rata
  8. Hidupkan api semula dan masukkan susu, kacau rata
  9. Masukkan cheese dan kacau hingga memekat
  10. Tutup api dan masukkan adunan tuna dan roti kedalam adunan cheese
  11. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk tahan panas yang telah disapu sedikit minyak/margerin
  12. Taburkan sedikit cheese di atas
  13. Bakar pada suhu 180 darjah selama 15-20 minit atau sehingga cheese kekuningan
Rasa iras2 pasta baked. Yummy! ;p

Thursday, 3 February 2011

Tenggiri masak merah


Ini la lauk tengahari semalam. Ikutkan nak makan ngan nasi lemak, tapi santan plak takde. Lagipun skrg ni tgh bz tahap cipanzi. Tepaksa masak benda-benda ringkas je. Letak sayur mayur skali, senang, xyah nak masak sayur lain...takpun makan je la ngan ulam-ulam. Sini takde pucuk paku sume tu, pucuk epal ada la...huhuhu

Bahan-bahan:

  • Beberapa keping ikan tenggiri
  • Sedikit garam & kunyit
  • Sebiji bawang besar - dadu
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 2 sudu besar serbuk cili (bancuh dgn sedikit air - jadi pes) / cili kisar
  • 5 sudu besar tomato puree
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu gula
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air
  • carrot, tomato dan daun bawang


Cara-cara:

  1. Gaulkan ikan tenggiri dengan garam & kunyit, goreng hingga masak
  2. Dalam kuali lain, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau
  3. Masukkan cili, goreng hingga pecah minyak
  4. Masukkan tomato puree, kacau seketika dan masukkan pula air
  5. Masukkan carrot, gula dan sos tiram 
  6. Bila carrot dah empuk, masukkan ikan yang telah digoreng
  7. Rasakan masin manisnya, kalau dah ok, tutup api dan masukkan daun bawang dan tomato
  8. Kacau seketika, sedia utk dihidang.

Sunday, 31 October 2010

Ikan Kukus Ekspress

Aku memang sangat sukakan makanan yang lazat, tapi mudah disediakan. Bunyi macam Maggi je kan? Huhuhu. Apa nak buat, nama pun student, klu dok berejam kat dapur tuh, mau supervisor aku tanya "nak wat PhD in Cooking ke?"

OKla, terus pada objective sebenar, hari ni aku nak share satu resepi mudah dan lazat. Lazat kat tekak aku la, klu kat tekak org lain, tak tau la kan. Resepi ni aku main taram jer, berpandukan memori rasa yg aku dpt masa makan kat satu restoren thai kat sini.
So, ni resepi ikan kukus ekspress. AKu guna fish fillet jer, tu je yang aku jumpa, ikan2 lain yang cukup sifat susah betul nak nmpk kat supermarket.

Ikan aku dah hancur :(

Bahan-bahan:
  • Ikan (brapa ekor, jenis apa, begantung pada korang la yer...)
  • Sos tiram
  • Bawang merah*
  • Bawang putih* (* hiris nipis)
  • Halia*
  • serai*
  • daun ketumbar (hiris kasar)
  • tomato ceri (dibelah dua, tapi kalau guna tomato biasa, belah 6 la kot)
  • air perahan limau nipis/lemon
  • 1/5 cawan air
  • garam jika perlu
Cara-cara:
  1. Bersihkan ikan, dan letak dalam bekas tahan microwave yang berpenutup
  2. gaulkan dengan sos tiram (dan garam jika perlu)
  3. taburkan bawang merah, bawang putih, halia, serai yang telah dihiris, air perahan limau dan air
  4. tutup bekas dan masukkan dalam microwave
  5. masak pada suhu tinggi selama 3-5 minit atau sehingga separuh masak (begantung pada saiz ikan)
  6. keluarkan dan masukkan daun ketumbar dan tomato ceri, masak lagi selama 3 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.

Haaa...kan senang tu. Kejap je dah boleh makan ikan tuh.

Tips:
  1. Aku letak air sikit sebab nak bg effect mcm kukus, takmau la kering sgt. Tp kalau ikan tu jenis mmg byk keluarkan air, takyah la letak
  2. Untuk yang takde pengukus, boleh cuba cara masak guna microwave, lebih mudah dan cepat
  3. Bagi yang takde pengukus dan microwave, boleh letak dalam aluminium foil, kemudian bungkus ikan tu longgar2 sket, biar ada ruang udara antara ikan dan foil, dan bakar dalam oven atau dalam kuali berpenutup (jgn lupa letak air sikit kat ikan tu, klu tak jd ikan bakar nnti
  4. Bagi yang takde pengukus, microwave dan oven, bolehla letak pesanan anda di kedai makan ;p

Thursday, 6 May 2010

Namtok Tuna

Namtok ni dalam bahasa Thai yg bermaksud 'air terjun'. Tapi makanan ni ala2 kerabu gitew. Tak tau la ape sejarah makanan ni smpai dinamakan 'air terjun'. Yang pasti, makanan ni mmg mudah nak disediakan. Semuanya main terjun2 campak2 dalam mangkuk.

Kat kedai cina kat sini, ada jual serbuk namtok nih. Utk penambah perisa mcm tu la. Tapi kalau takde, letak garam or serbuk perasa yg ada kat dapur tu pun dah ok. Namtok ni mcm kerabu juga. Leh wat guna mcm2 bahan, ikan, daging, ayam, seafood. Tapi yg ni Namtok versi Tuna.

Ok...ni resepi Namtok Tuna yg kawan Thai aku, Oui ajar.

Bahan2:

1 tin tuna (in brine/oil)
beberapa biji tomato cherry (tomato kecik2 tu, klu xde, tomato besar tu pun ok)
secekak daun ketumbar
separuh biji lime
beberapa ulas bawang merah
sedikit cili padi
garam / serbuk perasa / serbuk Namtok
suku sudu teh serbuk bawang putih (tak letak pun xpe)

Cara2:
  1. Toskan tuna dan buang minyak/air, masukkan dalam bekas tahan microwave
  2. Masukkan dalam microwave dan masak pada suhu tinggi dalam seminit dua
  3. Biarkan tuna sejuk sebentar sebelum dicampur dgn bahan2 lain
  4. Belah 2 atau 4 tomato cherry, hiris daun ketumbar, bawang merah dan cili padi, kemudian campurkan ke dalam mangkuk tuna tadi
  5. perahkan lime
  6. Masukkan garam / serbuk Namtok / serbuk bwg putih jika perlu
  7. Siap! Enak dimakan dengan nasi panas.
Ni la lauk dikala malas memuncak. Sedap jugak utk wat penaik selera.

Tuesday, 30 March 2010

Bawal Goreng Ketumbar

Hari tu dah buat ikan bawal ala thai. Hari ni wat ikan bawal goreng ketumbar. Resepi dari umi. Kalau balik kampung Kuala Selangor, selalu gak jumpa lauk nih. Tapi guna ikan bawal kecik2 tuh...goreng garing...lazatnyerrr....

Resepi ni taklah jauh beza ngan resepi ikan ala thai yg aku reka2 tuh. Yang ini cuma tambah ketumbar biji banyak, pastu tak pakai serai dan bahan2 lada digoreng sekali dengan ikan. Ni resepinya...

Bahan2:
  • Ikan bawal
  • Bawang merah*
  • Bawang putih* [ditumbuk kasar]
  • Ketumbar biji*
  • Cili kisar
  • Serbuk kunyit
  • Garam
Cara2:
  1. Bersihkan ikan dan taburkan garam dan kunyit
  2. Ratakan cili kisar, dan bahan2 tumbuk pada badan ikan
  3. Perap ikan seketika
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng
  5. Goreng dengan api sederhana hingga ikan masak
Selamat mencuba!

Friday, 26 March 2010

Bawal Goreng Berlada Ala Thai


Hari tu aku beli bawal hitam 2 ekor. Frozen punyer. Sini susah gak nak carik bawal fresh. Dah lama gak aku beli sebenarnya. Tapi hari ni baru ada mood nak masak bawal tu. So, aku nak buat bawal goreng berlada. Ikan goreng berlada memang favret aku sejak kecik. Gulai ikan aku tak suka sgt. Tapi, untuk resepi kali ini, aku ubah2 sikit. Saja bagi kelainan. Ade letak serai & daun ketumbar. So, aku namakan dia bawal goreng berlada ala thai.

Bahan-bahan:
  • Ikan bawal
  • Garam
  • Kunyit
  • Cili kering kisar
  • Bawang merah*
  • Bawang putih* [* didadukan]
  • Bawang besar [hiris tebal sket]
  • Serai
  • Air asam jawa
  • Sos tiram
  • Daun ketumbar
  • Gula
Cara-cara:
  1. Bersihkan ikan, garam kunyitkan dan goreng
  2. Panaskan minyak (guna minyak goreng ikan tu pun best), tumis bawang merah & putih.
  3. Masukkan cili kisar dan goreng hingga terbit minyak.
  4. Masukkan sedikit air asam jawa, serai, sos tiram & gula
  5. Rasakan masam manis masinnya. Tambah mane2 yg kurang
  6. Masukkan tomato & ikan
  7. Kacau seketika dan hidangkan dalam pinggan.
  8. Taburkan dengan daun ketumbar yang dihiris kasar.
  9. Enak dimakan dgn nasi panas.
p/s: aku makan dengan nasi lemak. Enak!! Pastu aku lupe letak daun ketumbar sblm snap gmba. =P