Saturday 4 October 2014

Daging dendeng

Fuuh...fuh...fuh...*tiup sawang*.

Lama betul tak update blog. Sebabnya, bahan untuk nak update takde. Jarang sangat-sangat memasak sekarang ni. Kalau memasak tu, mesti sebab ada occasion tertentu.

Esok kan Raya Haji. Abang aku dah siap-siap plan nak buat burger bakar. Umi aku macam biasalah, nak buat daging dendeng. So, hari ni aku nak share resepi daging dendeng. Daging dendeng ni macam menu wajib ada bila family belah umi aku berkumpul time raya puasa. Sangat sedap dimakan dengan lemang. Kalau takde lemang, pulut kuning pun jadilah. Takde pulut, nasi putih pun sodap!




So, ni resepinyer. Macam biasa,sukatan tu agak-agaklahnyer, lebih or kurangkan mana yang patut, ikut kuantiti daging, ikut selera masing-masing.

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging lembu (potong kiub besar)
  • Kicap manis
  • Air asam jawa
  • Beberapa ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 2 batang serai (dihiris nipis)
  • Minyak untuk menggoreng.
  • Kicap pekat, gula, garam (jika perlu)
Bahan kisar:
  • Segenggam cili kering*
  • 10 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 batang serai*


Cara-cara:

  1. Rebus daging sehingga empuk dengan sedikit air.
  2. Setelah empuk, keluarkan daging dan simpan air rebusan untuk digunakan semasa memasak dendeng nanti.
  3. Hiriskan daging dan tumbuk sedikit dengan lesung batu (jangan sampai hancur)
  4. Perapkan daging yang telah dihiris dan ditumbuk dengan kicap manis selama lebih kurang 2 jam - ketepikan
  5. Dalam kuali, gorengkan bawang merah dan serai yang telah dihiris secara berasingan (serai cepat hangus berbanding bawang) - ketepikan.
  6. Goreng daging yang telah diperap tadi - ketepikan.
  7. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak.
  8. Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging.
  9. Masukkan sedikit air asam jawa dan kicap. Tambah kicap pekat, gula dan garam jika perlu.
  10. Masak sehingga kering atau mengikut kepekatan yang anda suka.
  11. Setelah siap, taburkan bawang goreng dan serai.


Selalunya dendeng ni tak lah kering sangat. Biarkan basah-basah sedikit, baru sedap makan dengan lemang. Boleh tahan lama kalau letak dalam fridge. Selamat mencuba!


8 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete