Sumber gambar: Let's get wokking |
Dah lama tak update blog, sebelum penuh dengan sawang dan labah2, baik tulis sesuatu kat sini. Sebenarnya nak update gak hari tu, makanan pun dah siap posing. Tapi sejak dua menjak ni busy betul la. Nak upload photo pun punya la takde masa.
So, simpan dulu la entry yg tu. Hari ni saya nak share la petua menggoreng ikan bilis secara garing dan sihat. Sebenarnya, tak melibatkan aktiviti menggoreng pun. Haaa... habis tu mcmne? hehhee...caranya sangat mudah, cuma perlukan microwave. Bagi yg takde microwave, oven pun boleh kot? Tak tau plak, anda boleh try, nanti bgtau saya caranya yer.
Bahan / Peralatan:
- Microwave
- Pinggan tahan microwave
- Segenggam ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
- 2 sudu makan minyak masak
Cara-cara:
- Gaulkan ikan bilis dengan minyak masak
- Ratakan atas pinggan
- Masukkan dalam microwave, letak setting high, masak dalam 2 minit
- Buka microwave dan gaul2 sedikit ikan bilis
- Sekiranya ikan bilis telah garing, keluarkan dan hidangkan
- Sekiranya ikan bilis masih basah dan lembut, masakkan lagi selama 1 minit (atau mengikut keperluan)
Haa... senang kan? hasilnya ikan bilis yg garing dan tahan lama juga garingnya. Saya suka 'goreng' dengan cara mcm ni sebab tak menggunakan minyak yang banyak. Cara yang lebih sihat :) Selamat mencuba!
p/s: ikan bilis masa baru2 masak mmg akan mcm lembut sikit, kena tunggu dia sejuk sedikit baru test tahap kegaringannya.
p/s: boleh try kat bawang pulak lepas nih... hehehe
No comments:
Post a Comment