Friday, 19 November 2010

Kuih Bom Atom! & Kuih Rengas

Tu dia...bulat2 rasa hebat! =p

Aku takde la gemar sgt kuih nih. Sebenarnya, kalau p pasar malam, kuih ni takkan menarik perhatian aku. Dan aku tak tau pun namanya kuih bom. Bagi aku, kuih bom ialah yg mcm jemput2 pisang, tp versi XXL dgn tepungnya mcm lebih banyak dari pisang.

Jadi, ini ialah percubaan pertama membuat kuih bom. Resepi sangatlah mudah. Ada 2-3 bahan je yang diperlukan. Tapi proses menggorengnyerrrr....masyaAllah!!!!! Susah giler....asyik meletup jer. Kalau meletup lite2 tu bleh la diterima lagi. Ni siap meletup dgn percikkan (or sepatutnya simbahan) minyak panas! Pastu bila dah letak dalam pinggan tu kot2 tau nak dok diam, tak pe gak. Ni dia meletup lagi sampai tegolek2 ke lantai. Gile la!! *Aku rasa omputih sure takut nak try kuih aku nih, maunyer aku dicop terorist*

Setelah byk bom yang meletup, ini je lah hasil yg tinggal. Dapat la merasa seketul dua sorg. Patut boleh je bancuh doh tu lagi sebab inti byk. Tapi tak kuasa mak! Inti kacang yg belen tu aku buat kuih rengas. Enak!

So, bleh try resepi ni sbb boleh dpt kuih 2 in 1 =)

Inti
  • 1 cawan kacang hijau
  • 1 ketul gula melaka
  • 2 sudu gula pasir (tambah jika perlu)
  • sedikit garam
  • setengah cawan susu cair/santan
  • 2 sudu tepung gandum
  • air secukupnya utk merebus
  1. Rebus kacang hijau sehingga empuk (letak 1 batang sudu besi - petua kacang cepat empuk)
  2. bila dah empuk, air pun dah hampir kering, masukkan gula melaka, gula pasir, garam, susu cair
  3. masak hingga kering, dan taburkan gandum, kacau rata
  4. ketepikan dan biarkan sejuk
Doh kuih bom
  • 1 cawan tepungpulut
  • 3 sudu tepung gandum
  • sedikit air + garam
  1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum
  2. masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tak lembut sangat, x keras sgt
  3. buatkan bulat2, leperkan dan isi inti kacang & bulat2 kan balik
  4. golek2 atas bijan
  5. buatkan hingga siap, boh dalam tupperware dan simpan seketika dalam peti ais
  6. panaskan minyak dgn api perlahan, gorengkan kuih bom dlm minyak sgt banyak dan api perlahan (mcm goreng karipap)
  7. Petua xnak meletup - kuih bom tu kena sejuk sket (jgn goreng dlm suhu bilik), minyak kena banyak sampai terendam kuih tuh & minyak jgn panas sgt, kena masak slow & steady la nih
Kuih rengas
  • beberapa sudu tepung beras
  • beberapa sudu tepung gandum (tp x sebanyak tepung beras)
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit
  • air secukupnya
  1. satukan kesemua bahan kecuali air
  2. masukkan air sedikit demi sedikit hingga kepekatan adunan sama mcm tepung goreng pisang
  3. inti kacang tadi buat bulat2 dan leperkan sedikit
  4. celup dalam tepung
  5. goreng hingga kuning keperangan
Itu sajer...mudah kan?!

2 comments:

  1. salam tuan rumah:) cantiknya kuih bom ni.makcikmanggis pernag buat tapi memang 'bom' meletup letup:)

    ReplyDelete
  2. salam, terima kasih sbb singgah....huhu, kuih bom tu cantik slps di CGI kan...hehehe...tu la kan, patutla nama dia bom...tp yg dlm gmba tu x meletop, sbb guna minyak banyak & api perlahan ;p

    ReplyDelete