Sunday, 4 July 2010

Swiss roll ice cream cake


Hari nih hari jadi Kak Ain. Yus mintak aku buatkan kek harijadi. Tapi aku plak dah bungkus sume pekakas baking aku sbb nak shipping. Sbb nanti pun nak pindah rumah, senang sket pindah dgn barang sikit. Tambah pulak malas nak selongkar pekakas sume tuh, jadi aku pun carik idea nak buat kek tanpa bakar.

Kebetulan sekarang ni musim panas. Memang enak la kalau pekena ice cream. Sudahnya, aku buat kek ice cream jer utk kek harijadi tuh. Resepi tu aku cilok sket2 dr website Nigella. Tapi aku modify sket2 la. Nigella tak pakai swiss roll. Hanya ice cream semata campur ngan bahan2 lain. Senang sangat nak buat kek nih. Yang penting ada swiss roll & ice cream. Bahan2 tambahan yang lain tu leh la diubahsuai ikut suka.

Ni bahan2 yang diperlukan:

  • Swiss roll (ikut suka la nak perisa apa pun, aku guna tripple chocolate dari Cadbury)
  • Ice cream (aku guna vanilla)
  • Biskut oreo (aku buang cream tengah dia tu sbb takmo manis sgt)
  • Dark chocolate chip
  • Crunchie Bar Cadbury

Cara2:

  1. Alaskan bekas kek dgn plastik (supaya senang nak keluarkan kek)
  2. Potong swiss roll dan susun dalam bekas, tutup bekas & masukkan dalam freezer
  3. Sementara tuh, campurkan ice cream dgn biskut oreo dan Crunchie Bar yg dah ditumbuk kasar
  4. Masukkan dark chocolate chip
  5. Keluarkan swiss roll dr dlm freezer (nak bg kek keras sket supaya senang nak masukkan ice cream, xde la kek hancur nanti)
  6. Sendukkan ice cream ke dalam bekas belapis swiss roll tu
  7. Masukkan semula ke dalam freezer
  8. Masa nak makan tuh, keluarkan ice cream ke suhu bilik dlm 5 minit supaya dia lembut sket, senang nak potong.
p/s: Leh la nak tambah apa2 bahan yang rasa sesuai, macam kacang or melt chocolate

3 comments:

  1. rasa mcm dah lama giler tak mkn cake! huhuh.. wan, nanti letak resipi vadei!

    ni blog aku : http://charming-home-chef.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. liza...thanks for dropping by...lawa la blog ko...gmba2 pun lawa...

    nnti aku letak resepi vadei...aku belum buat pun lgi sbnrnya...dah rendam kacang dah smlm, tgu dia lembut sket...hehehe

    ReplyDelete
  3. xde apa yg lawa. guna template dr blogspot je.pastu tukar2 warna. haha.. gambar? ala ko ni. cam xtau je aku blajar kat online n edit sikit2.

    jgn tertipu la. satu gambar yg ko tgk tu terhasil selepas 5-10 kali snap. hahaha..

    ReplyDelete