Resepi mudah je. Ramai yang tau kot. Pada yang tak tau, boleh la cuba resepi ringkas nih. Sukatan tu sbg panduan je, bleh oter2 ikut brapa byk yg kita nak buat.
Bahan-bahan:
- Isi ayam dipotong dadu
- 5 sudu sos tiram
- Beberapa ulas bawang putih (kisar halus)
- Sedikit air / stock ayam
- 2 sudu tepung jagung + 3 sudu air (bancuh)
- Sayur pak choy
Cara-cara:
- Panaskan pengukus, sementara tu, buat kuahnyer dulu
- Tumis bawang putih hingga naik bau
- Masukkan isi ayam dan gorengkan sebentar
- Masukkan air dan sos tiram
- Tambahkan garam/ serbuk perasa jika perlu
- Kalau rasa tu dah ok, masukkan air bancuhan tepung jagung
- Masakkan seketika hingga ke kepekatan yg diingini (aku wat berkuah sket)
- Ketepikan....
- Susun pak choi yang telah dibersihkan dan dipotong pangkalnyer (xyah potong kecik2, biarkan dia panjang2 mcm tuh) atas pinggan tahan panas / atas pengukus
- Kukus dlm 5 minit atau sehingga batang lembut
- Bila dah lembut, keluarkan dari pengukus, siram dengan kuah yang dibuat tadi
- Sedia dihidang (boleh tabur dgn bawang goreng jika suka)
p/s: Sedap makan pak choy ni bila kita ada main dish yg pedas2 mcm ayam masak sambal ke, ayam masak merah ke
p/s: boleh ganti isi ayam dgn ikan bilis atau udang kering
p/s: kalau nak pedas, boleh masukkan blackpepper sikit, atau cili
No comments:
Post a Comment