Saturday, 4 October 2014

Daging dendeng

Fuuh...fuh...fuh...*tiup sawang*.

Lama betul tak update blog. Sebabnya, bahan untuk nak update takde. Jarang sangat-sangat memasak sekarang ni. Kalau memasak tu, mesti sebab ada occasion tertentu.

Esok kan Raya Haji. Abang aku dah siap-siap plan nak buat burger bakar. Umi aku macam biasalah, nak buat daging dendeng. So, hari ni aku nak share resepi daging dendeng. Daging dendeng ni macam menu wajib ada bila family belah umi aku berkumpul time raya puasa. Sangat sedap dimakan dengan lemang. Kalau takde lemang, pulut kuning pun jadilah. Takde pulut, nasi putih pun sodap!




So, ni resepinyer. Macam biasa,sukatan tu agak-agaklahnyer, lebih or kurangkan mana yang patut, ikut kuantiti daging, ikut selera masing-masing.

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging lembu (potong kiub besar)
  • Kicap manis
  • Air asam jawa
  • Beberapa ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 2 batang serai (dihiris nipis)
  • Minyak untuk menggoreng.
  • Kicap pekat, gula, garam (jika perlu)
Bahan kisar:
  • Segenggam cili kering*
  • 10 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 batang serai*


Cara-cara:

  1. Rebus daging sehingga empuk dengan sedikit air.
  2. Setelah empuk, keluarkan daging dan simpan air rebusan untuk digunakan semasa memasak dendeng nanti.
  3. Hiriskan daging dan tumbuk sedikit dengan lesung batu (jangan sampai hancur)
  4. Perapkan daging yang telah dihiris dan ditumbuk dengan kicap manis selama lebih kurang 2 jam - ketepikan
  5. Dalam kuali, gorengkan bawang merah dan serai yang telah dihiris secara berasingan (serai cepat hangus berbanding bawang) - ketepikan.
  6. Goreng daging yang telah diperap tadi - ketepikan.
  7. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak.
  8. Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging.
  9. Masukkan sedikit air asam jawa dan kicap. Tambah kicap pekat, gula dan garam jika perlu.
  10. Masak sehingga kering atau mengikut kepekatan yang anda suka.
  11. Setelah siap, taburkan bawang goreng dan serai.


Selalunya dendeng ni tak lah kering sangat. Biarkan basah-basah sedikit, baru sedap makan dengan lemang. Boleh tahan lama kalau letak dalam fridge. Selamat mencuba!


Tuesday, 31 July 2012

Daging Masak Merah

Segar dari kuali...
Lama betul tak update blog. Sejak dua menjak ni memang busy dengan kerja-kerja office. Students pun dah cuti skrg, lega la sikit buat seketika. Lauk daging masak merah ni dah lama dah sebenarnya terperam dalam blog nih. Tak terupload pulak resepinya. Daging ni tak semerah daging masak merah yg dijual di restoren tu. Sebab tak letak pewarna. Lebih healthy (la kononnya). So, hari ni saya nak share resepi daging masak merah. Sumbernye, hmmm...tak ingat plak amik dari mana. Tuan empunya resepi, mohon share la yer...

Bahan-bahan:

  • 1/2 kilo daging lembu (dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang merah* (*dicincang)
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1 batang carrot (dihiris panjang)
  • 1 biji cili besar
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 5 sudu sos cili
  • 5 sudu sos tiram
  • 3-5 sudu sos tomato (bergantung kepada tahap masam yg digemari)
  • sedikit garam & gula (jika perlu)
  • 1/4 cawan air

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau
  2. masukkan daging yang telah dihiris nipis
  3. gorengkan seketika
  4. masukkan air dan masak hingga daging empuk (lebihkan air jika daging jenis yg lambat empuk)
  5. setelah daging empuk, masukkan semua sos dan carrot
  6. gaul rata dan rasa masin manisnya, tambah garam & gula jika perlu
  7. masukkan bawang besar dan dan lada besar
  8. bila rasa dah ok, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih atau nasi goreng


Selamat mencuba!


Tuesday, 10 April 2012

Taufu lembut dan sos tiram


Weekend baru nih kitorg semua balik kampung. Nak celebrate birthday my sis in law. So, tengahari tu makan beria-ria sikit la. Tak boleh la beria2 sgt sbb masing2 dalam program diet. Ahakkss.

Antara menu yang dimasak pada hari itu ialah udang goreng oat, pak choy with oyster sauce dan soft tofu with oyster sauce.

Ni la rupa taufu nyer kalau nak beli di pasar

Sumber: Coretan Alkimia

Ni baru first time la aku makan taufu mcm ni. So, ni la hasilnya. Resepi tu kakak ipar aku amik dari mana ntah. Sgt simple. Boleh la cuba yer.


Bahan-bahan:

  • 2 pek taufu lembut
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji cili besar
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap
  • Sedikit air
  • 2 sudu tepung jagung



Cara-cara:

  1. Keluarkan taufu ke dalam bekas yang tahan panas/microwave
  2. Kukus taufu selama beberapa minit
  3. Dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia
  4. Masukkan sos tiram, kicap dan air yang telah dibancung dgn tepung jagung
  5. Masakkan seketika, rasakan manis masinnya
  6. Masukkan minyak bijan dan cili, kacau dan curahkan ke atas taufu tadi
  7. Taburkan dengan daun bawang dan bawang goreng.


Senang jer. Resepi tu sebagai panduan, spt biasa, ikut selera masing2 la yer nak tambah, nak kurangkan bahan. Kalau suka, boleh jugak tumis ikan bilis, isi ayam atau udang sekali, nak bg rasa pada kuah.

Saturday, 31 March 2012

Biskut Cornflakes

Raya lambat lagi, tapi apa salahnya kita buat biskut kan? Buat lebih sikit, simpan dalam balang kedap udara, letak riben, leh la jadi buah tangan bila kita p menziarah sesiapa. Ataupun boleh la letak kat office, bosan2, ada gak biskut buat pengalas perut.

Biskut ni rasanya semua tau mcmne nak buat. Tapi aku letak gak la, sebagai pedoman masa hadapan. Resepi ni aku dpt dari mak kawan aku. Sedap! Selamat mencuba!


Bahan-bahan:

  • 6oz butter
  • 7 oz gula custor
  • 2 biji telur
  • 10 oz tepung*
  • 1 sudu teh baking powder* (ayak bersama)
  • 150 gm kismis
  • Cornflakes secukupnya


Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius
  2. Putar gula dan butter hingga kembang
  3. masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul rata
  5. Masukkan kismis dan gaul
  6. Dengan sudu, kautkan sedikit adunan dan letak atas cornflakes yg dah diramas sedikit
  7. Gaul supaya conflakes menyaluti adunan
  8. Letakkan atas dulang pembakar
  9. Bakar biskut selama lebih kurang 20 minit
  10. Biskut akan sedikit lembut semasa panas, dan akan menjadi rangup bila sejuk...

Saturday, 4 February 2012

Petua Menggoreng Ikan Bilis Garing


Sumber gambar: Let's get wokking


Dah lama tak update blog, sebelum penuh dengan sawang dan labah2, baik tulis sesuatu kat sini. Sebenarnya nak update gak hari tu, makanan pun dah siap posing. Tapi sejak dua menjak ni busy betul la. Nak upload photo pun punya la takde masa.

So, simpan dulu la entry yg tu. Hari ni saya nak share la petua menggoreng ikan bilis secara garing dan sihat. Sebenarnya, tak melibatkan aktiviti menggoreng pun. Haaa... habis tu mcmne? hehhee...caranya sangat mudah, cuma perlukan microwave. Bagi yg takde microwave, oven pun boleh kot? Tak tau plak, anda boleh try, nanti bgtau saya caranya yer.



Bahan / Peralatan:

  • Microwave
  • Pinggan tahan microwave
  • Segenggam ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
  • 2 sudu makan minyak masak

Cara-cara:

  1. Gaulkan ikan bilis dengan minyak masak
  2. Ratakan atas pinggan
  3. Masukkan dalam microwave, letak setting high, masak dalam 2 minit
  4. Buka microwave dan gaul2 sedikit ikan bilis
  5. Sekiranya ikan bilis telah garing, keluarkan dan hidangkan
  6. Sekiranya ikan bilis masih basah dan lembut, masakkan lagi selama 1 minit (atau mengikut keperluan)

Haa... senang kan? hasilnya ikan bilis yg garing dan tahan lama juga garingnya. Saya suka 'goreng' dengan cara mcm ni sebab tak menggunakan minyak yang banyak. Cara yang lebih sihat :) Selamat mencuba!

p/s: ikan bilis masa baru2 masak mmg akan mcm lembut sikit, kena tunggu dia sejuk sedikit baru test tahap kegaringannya.

p/s: boleh try kat bawang pulak lepas nih... hehehe

Sunday, 1 January 2012

Nasi Goreng Hawaii (Hawaiian Fried Rice)


Ececece... nama ala2 pizza la plak kan. Sebenarnya menu ringkas je nih. Nasi goreng nenas. Buat cam nasi goreng biasa, tapi letak nenas. Siap! hehehe.

Oklah, ni resepinyer. Cam biasa, sukatan bahan2 tu agak2 je lah ye ikut kesesuaian nasi & selera masing2

Bahan-bahan:

  • Semangkuk nasi
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih* (tumbuk lumat bahan *)
  • 3 cili padi*
  • 1/2 cawan isi ayam / daging / udang
  • 2 sudu butter / marjerin
  • sedikit sos tiram
  • sedikit garam (jika perlu)
  • 1 biji telur
  • 1 cawan nenas (aku guna yg dlm tin jer)
  • 1/2 cawan carrot (dadu)
  • 1/2 cawan jagung




Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
  2. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau
  3. masukkan isi ayam / daging / udang
  4. masukkan carrot dan masak hingga carrot empuk
  5. masukkan nasi dan kacau rata
  6. Masukkan butter, sos tiram dan garam jika perlu
  7. masukkan nenas dan jagung, kacau rata
  8. buatkan lubang ditengah2 bahagian kuali, letakkan sedikit minyak dan masukkan telur
  9. biarkan telur mengeras sedikit dan kacau, kemudian gaul dengan nasi
  10. kalau dan cukup rasa garam (tambah serbuk perisa jika suka), boleh la dihidangkan


Monday, 7 November 2011

Molten Lava Cake


Hari ni kazen2 belah ayah aku sume nak dtg umah. Pagi2 lagi kitorg dah bersilat kat dapur buat sup daging. Makan ngan nasi impit. Soto la dalam erti nama lain. ;p

Pastu, kakak ipar aku nak wat molten lava cake. Tapi buat kiut2 je dalam muffin tray. Senang, ramai leh makan. Banyak resepi molten lava cake ni kat internet. Tapi kakak ipar ubah2 sket mengikut apa yg ada di dapur. Alhamdulillah, rasa dia memang enak sekali. Aku suka sebab rasa dia mcm manis2 pahit gitu. Okla, sila la try this recipe (at your own risk k)...hahaha


Bahan-bahan (utk 18 mini cakes):

  • 1 bar semi sweet baking chocolate (200gm)
  • 200 gm butter
  • 4 biji telur (kecil)
  • 1 1/3 cawan brown sugar
  • 3/4 cawan tepung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2/3 cawan serbuk koko 
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180darjah
  2. Cairkan coklat dalam double boiler atau microwave
  3. Dalam mangkuk lain, pukul gula dan telur hingga ringan dan kembang
  4. Bila coklat dah cair, masukkan butter dan kacau hingga butter cair
  5. Masukkan adunan coklat ke dalam adunan telur tadi dan masukkan tepung, kacau sebati
  6. Oleskan butter pada acuan muffin dan sendukkan adunan hingga 1/2 atau 3/4 penuh
  7. Bakar selama 8-10 minit. (bergantung pada oven/selera masing2, kalau nak tgh dia cair, kurangkan masa memasak, klu nak keras, tambah masa, kitorg bakar 8 minit, just nice)
  8. Hidangkan dengan ice cream atau gula icing & fresh fruits


p/s: cake ni sedap di makan ngan ice cream, sebab tu guna semi-sweet choc, atau bleh gak guna dark choc (75% cocoa)

Wednesday, 2 November 2011

Laksa Johor


Last weekend adik konvo kat Batu Pahat. So, kitorg tumpang tido umah makcik kat Kluang. Pagi sebelum balik KL, makcik buat Laksa Johor. Perrghh. Sungguh lazat. Aku ngan tak malunyabetambah bekali-kali. Resepi ni guna ikan sahaja, walaupun ada resepi-resepi lain yang letak udang, udang kering belacan etc. Resepi ni cam biasalah, anggaran2 saje. Boleh tambah kurang ikut selera masing-masing yer. Oklah, ni resepinya, cekidout.

Bahan-bahan (6 - 8 orang...kot..haha):

  • Spageti
  • Ikan kembong (dalam sekilo)
  • 3 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih* (kisar bahan bertanda *)
  • 2 inci halia*
  • 2 sudu besar cili kisar*
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 keping asam keping
  • 1 paket kecil kerisik
  • 1 paket kecil serbuk kari ikan (bancuh dengan sedikit air rebusan ikan)
  • 2 cawan santan pekat
  • ulam-ulam (timun, kacang panjang, limau nipis)
  • sambal belacan


Cara-cara:

  1. Rebus spageti dengan sedikit garam dan minyak, tos dan ketepikan
  2. Rebus ikan, asingkan tulang dan kisar isi ikan bersama sedikit air rebusan ikan
  3. Dalam periuk, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi
  4. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak
  5. Bila dah pecah minyak, masukkan isi ikan, 2 mangkuk air, asam keping
  6. Masukkan kerisik dan santan pekat, kacau seketika
  7. Masukkan garam gula secukup rasa
  8. Kacau rata dan masak dengan api perlahan sehingga kuah memekat
  9. Dalam pinggan, masukkan spagetti dan curah kuah yang dah masak, hiaskan dengan timun, limau kasturi, kacang panjang dan sambal belacan.


p/s: klu aku nak wat nanti, aku nak guna je mackeral dalam tin tuh, sonang kojo den ;p

Tuesday, 27 September 2011

"Office-made" Oregano Bread

sumber gambar: this week munchies

Last Thursday aku, Kak Yaz & Kak Akma makan2 kat Italiannies, The Curve. Lepas dah order menu, kami dihidangkan dengan beberapa keping roti oregano yang sangat enak. Makan cicah2 dengan olive oil. Tetiba, timbul idea utk membuat oregano bread di office. Balik kampung wiken tu, aku terus selongkar bread maker yang dah bersawang.

Sampai2 je office, aku, Kak Akma & Kak Yaz bergegas ke pantry. Ukur2, sukat2, timbang2, semua bahan dah masuk bread maker. Set timer, then aku pun terus ke clinic pagi tu sbb ada supervision. Tgh2 supervise students buat clinic, otak & perut aku dok tekenang2 keenakkan roti. Mesti bau roti tu semerbak satu office.

Lepas habis clinic, aku begegas ke office. Just in time roti tu masak. Kak Akma sibuk slice isi ayam bakar, kak yaz plak sibuk ngan salad. Wah2, fefiling british sgt masing2. Betul la orang kata, bila kat negara omputih, sibuk mengidam nak makan masakan Msia, bila dah kat Msia, sibuk ngidam nak makan makanan omputih.

Gambar roti tak sempat amik, masing2 rakus nak makan :)

Okla, ni resepinyer in case korang nak cuba.... sumber asal dari SINI. Tapi aku modified dgn omit cheese, italian seasoning, rosemary and black pepper, aku tambah oregano...

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 teaspoons active dry yeast
  • 1 1/2 teaspoons white sugar
  • 1 1/2 teaspoons salt
  • 1 teaspoon oregano
  • 2 1/2 cups bread flour
  • 1 cup water
  • 3 tablespoons olive oil


Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan dalam bread maker dan pilih setting mengikut arahan bread maker masing-masing

p/s:
Recipe ni menghasilkan roti saiz M
Sedap dimakan dengan tomato soup atau dengan isi ayam bakar & salad

Tuesday, 13 September 2011

Kek Coklat...lagi...

Mcm giant-size dorayaki...hihihi
Hari tu birthday sorang kawan aku. Lama dah, bln 8..cuma skrg baru nak update. Asalnya, aku nak beli je kek kat Pattiserie Valerie. Tapi, sebab ada kejadian rusuhan tu, aku batalkan niat suci murni aku tu. Kang tak pasal kek aku jadi habuan si perusuh2 itew.

Sudahnyer, godek2 dapur, bahan-bahan nak buat kek coklat semuanya ada. Cuma koko powder je xde. So, aku pun guna cooking chocolate je la sebagai ganti. Topping cake pun aku guna cooking chocolate gak. Untuk resepi kek, boleh rujuk sini.  Memandangkan yg nak makan tu tak ramai, so aku buat half dari resepi asal. Acuan kek pun xde, so aku guna mangkuk pyrex jer. Tu yg bentuk dia kiut gitu. huhuhu

Untuk topping, aku cairkan 1/2 bar cooking chocolate, campur dengan lebih kurang 50gm butter dan dalam beberapa sudu susu pekat manis. Aku tambah susu sebab chocolate bar yg aku guna tu byk koko (75%). Aku tambah butter sbb mcm nak bg dia cair sket, xde la pekat sgt. Ada resepi yg letak cream la apa la. Aku malas. Sekian.

Pastu curahla melted chocolate tu atas kek yg dah disejukkan. Boleh hias ikut suka. Aku tabur dengan wafer dari KitKat. Huhuhu.

Kat bawah ni hasil seni Chef Erik... perrghhh... terliur plak nak makan kek + aiskrim ni lagi...

Erik rajin plak nak menghias...kek coklat dgn ice cream, condensed milk dan gajus

Friday, 26 August 2011

Biskut Chocolate Chips

Cam chipsmore kan??
Ramai yg tau biskut choc chip ni kan? Aku kalau biskut2 yg base chocolate ni mmg aku suka. Cam lebih kurang je ngan biskut bourbon tu, cuma pakai gula perang ngan ada choc chip...

Hari tu, sambil2 memasak utk bebuka, Erik cakap dia nak buat biskut raya. Aku apa lagi, tolong bg sokongan padu la (padahal nak tolong makan jer). Resepi dia amik ngan mak dia. So aku tepek sini la sebab dia tulis resepi ngan cakar ayam. 10oz nampak mcm 100g  ... Tak ke bahaya tu. Pastu siap equation2 bagai. Ni nak wat kuih ke nak wat bangunan? Kompius2... /blur

Bahan-bahan:

  • 200 gm butter
  • 100 gm brown sugar
  • 100 gm gula halus
  • 300 gm tepung*
  • 1 sudu teh baking powder* (satukan bahan *)
  • 50 gm koko powder*
  • 100 gm badam cincang
  • 100 gm chocolate chips
  • 1 biji telur


Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah
  2. Putar gula halus, brown sugar dan butter hingga kembang
  3. masukkan telur, pukul sebati
  4. masukkan adunan tepung dan koko sedikit demi sedikit
  5. bila dah membentuk doh, masukkan chocolate chip dan badam, gaul rata
  6. dengan sudu, kaut sedikit adunan dan letak atas dulang pembakar
  7. Bakar selama 20-25 minit


Masa kita kuarkan dari oven, biskut ni mmg cam lembut2 sket. Tapi bila dah sejuk, dia akan mengeras dan rangup. Batch pertama yg kitorg bakar, kitorg p tunggu sampai biskut tu betul2 keras. Sudahnya, sedikit hangus dan bila dah sejuk, keras sgt plak. Tapi masih nyum..nyum... :p

Tuesday, 23 August 2011

Curry Puff


Hari tu buat inti murtabak. Ala, yg mcm inti karipap tu. Kulit popia takde, so aku guna paratha. Inti tu dah sedang2 elok je masinnya, tapi sebab kulit paratha tu pun dah masin, so dia jd mcm over masin la pulak. So, aku taknak la masak guna paratha lagi, nanti membazir je orang tak makan.

Sebab inti tu ada byk lagi, dan kebetulan pi tesco beli barang-barang dapur, aku beli kulit pastry yg dah siap2 uli tu. Tinggal potong2 jer.


Kalau buat inti curry puff aka inti karipap aka inti murtabak...haa.. kalau buat inti ni bebanyak, pastu kulitnya tu je lain2, dah dpt 3 jenis kuih...simpan dalam freezer, time nak makan je kita goreng... hidup biar mudah =)

Bahan-bahan:

  • Beberapa biji kentang
  • Semangkuk isi ayam / daging cincang
  • 2 biji bawang besar (didadu)
  • Secekak daun sup (hiris)
  • 3 sudu besar serbuk kari (bancuh ngan sedikit air jdkan pes)
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Garam dan gula Sedikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar
  2. Masukkan pes rempah kari
  3. Tumis hingga pecah minyak, then masukkan ayam/daging 
  4. Bila cam dah masak, masukkan kentang dan sedikit air 
  5. Masukkan sedikit garam dan gula 
  6. Masak hingga kentang empuk (mungkin perlu tambah air dari semasa ke semasa tp jgn byk2 sbb xnak inti ni basah sgt) 
  7. Tambahkan garam jika perlu 
  8. Bila dah empuk dan air dah kering, masukkan daun sup dan gaul rata 
  9. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam kulit pastry.

Tuesday, 16 August 2011

Kuih Tiram / Lidah Buaya Kulit Popia

Sumber gambar: Lifepreetyshort
Dulu kecik2 selalu tolong umi buat kuih tiram or ada stgh orang panggil kuih lidah buaya. Susah gak nak buat dia. Macam buat karipap pusing tu. Kena uli2, canai2, potong2, canai2 lagi, pastu baru la boleh goreng2 dan tabur2 gula dan makan2.

Di satu hari yg hening beberapa tahun lepas, aku ada stock kulit popia yg agak byk dalam fridge. Kat sini, nak jumpa kulit popia, kena la menapak jauh ke kedai cina. Stakat kat supermarket depan rumah mmg x dpt la. Jadinya, aku bantai beli byk2. Dahtu, xtau nak buat apa dah. Mata pun dah naik juling makan popia.

So, aku google2 apa yg patut dibuat ngan kulit popia ni kan. Terjumpa satu resepi kuih tiram versi kulit popia. Sila la ke sini utk cara-cara membuat bergambar. Mudah dan lazat. Makan benda ni mmg ralit la org utara kata.


Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • Minyak utk deep fry
  • Gula icing
  • Bancuhan tepung dan air (utk buat gam) / air sahaja

Cara-cara:

  1. Gulung kulit popia mcm gulung kertas, tapi jgn gulung ketat sgt, cukup la saiz dia mcm sbtg pensel gitu
  2. Gam hujungnya dgn bancuhan tepung or air
  3. Gunting serong-serong
  4. Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan
  5. Angkat dan toskan
  6. Bila dah sejuk, sira dengan gula icing
  7. Then bleh la krup krap...

Friday, 12 August 2011

Oreo Balls


Addict pada cream cheese belum habis lagi. Nak2 cream cheese tgh murah skrg. Balik Malaysia kempunan la nak makan cream cheese. Mau muflis kalau hari-hari nak makan cream cheese. Huhuhu.

Mcm2 resepi ada, tp ni yg paling mudah bg aku. Resepi Oreo Balls aku amik kat sini. Senang gile nak buat. Bahan pun senang. Takde nak bakar2. Kalau nak buat kat Malaysia, maybe kena hidang time tetamu dah datang, sebab coklat coating tu senang cair. Ataupun guna je coating sekut almond london tu, ok gak rasanya.

Ni resepi dari web yg aku amik tuh.

Bahan-bahan:
  • 1 pack biskut oreo
  • 1 pack (8 ounce) cream cheese (lembutkan pada suhu bilik)
  • 1 bar plain cooking chocolate
  • 1/4 bar white cooking chocolate
Cara-cara:
  1. Kisar oreo dalam blender hingga halus
  2. Gaulkan oreo dengan cream cheese
  3. Amik sikit adunan dan buat bulat2
  4. Letak atas tray/pinggan dan sejukkan dalam peti sebentar
  5. Sementara tu, cairkan plain cooking choc dalam mangkuk (guna double boil atau microwave jer)
  6. Dalam mangkuk yg lain, cairkan white choc
  7. Guna garfu or lidi utk celup bebola oreo dalam plain cooking choc
  8. Letak dalam casing pun ok gak, atau susun je atas tray, sejukkan
  9. Drizzle dengan white choc
  10. Boleh gak coat dengan white choc, drizzle ngan plain choc
Oreo balls in cute cake liners... (Source: Passion for Parties
Boleh buat sbg kuih raya gak kan?? nyum nyum!!!

Thursday, 11 August 2011

Nasi Goreng USA


Hari tu aku p US, takde pulak jumpa nasi goreng USA nih. Huhuhu. Bila fikir2 balik, orang Malaysia ni memang kaya dengan macam jenis makanan, dan makanan2 tu pulak sgt special hingga takde kat 'tempat asal' makanan tu. Macam Almond London, Mee Bandung, sirap Bandung.... ade lagi ke contoh lain? Hehehe.

Nasi goreng USA ni nampak mcm leceh je kan. Sebab nak buat byk perkara. Tapi sebab masak ramai2, sorg masak nasi goreng, sorang masak daging, sorg goreng telur... mmg rasa mudah je nak buat dia. Resepi nasi goreng tu boleh la ikut suka hati perut masing2. Aku bagi resepi daging masak merah. Yang ni kawan aku ajar. Dia dapat dari mana pun aku tak tau.

Bahan-bahan:
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 kilo daging lembu (nak rebus dulu pun boleh)
  • 4 sudu sos tiram
  • 4 sudu sos cili
  • 4 sudu sos tomato (aku letak 2 1/2 jer sbb sos tomato sini masam sgt)
  • sedikit garam
  • 1 biji cili besar
  • 1 biji bawang besar hiris bulat
  • sedikit daun bawang
  • tomato dibelah 6 (aku tak letak, tp ganti dgn celeri)
  • sedikit air jika perlu

Cara-cara:
  1. Tumis bawang putih dan halia
  2. Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk (masukkan sedikit air jika kering sangat)
  3. Lepas dah empuk dan air pun dah bekurangan, masukkan semua sos
  4. Masukkan garam jika perlu, gaul rata
  5. Masukkan air sikit jika kering sgt
  6. Masukkan cili dan bawang, masak hingga layu
  7. Masukkan tomato dan daun bawang, kacau sebentar.
p/s: kalau nak merah, letak la pewarna kat daging tu dan perap sebentar. Aku tak letak sebab malas tak elok utk kesihatan.

Wednesday, 10 August 2011

Biskut Bourbon

Biskut Bourbon hasil tahun lepas, tapi tahun ni baru nak masuk blog... huhu
Biskut ni wajib ada kat semua umah aku & aunty2 aku. Walaupun ada kat umah sendiri, kalau beraya ke umah aunty2, kuih ni gak yg kitorg bedal. Sama gak kalau kazen2 datang rumah aku. Rasa biskut ni seakan chipsmore, ada badam cincang, rangup. Buatnya pun mudah sangat.

Bahan-bahan:

  • 4 oz  (113gm) butter
  • 4 oz (113gm) gula icing
  • 2 oz (56gm) gula custor
  • 1 biji telur ayam
  • 8 oz (226gm) tepung naik sendiri*
  • 4 oz (113gm) tepung jagung* (ayak * bersama)
  • 3 sudu besar serbuk koko*
  • 1 cawan badam cincang
  • 1 1/4 sudu teh essen vanilla

hiasan

  • putih telur
  • chocolate rice


Cara-cara:

  1. pukul butter, gula icing dan gula custor hingga kembang
  2. masukkan telur dan esen vanilla
  3. masukkan tepung yg diayak, dan putar seketika (jgn lama2)
  4. Masukkan badam, gaul rata sampai jadi doh
  5. Bila dah jadi doh, dicanai dan diterap dengan acuan atau dipotong2
  6. Cucuk2 sket atas biskut dengan garfu
  7. Sapukan sedikit putih telur
  8. Tabur coklat rice
  9. Bakar 180 degree selama lebih kurang 30 minit (bergantung pada oven)
Selamat Mencuba!

Friday, 5 August 2011

Nasi Carrot


Semalam malas nak masak beria2. Ada sebungkus ayam dalam freezer dah siap marinate dgn sos tiram, kicap & blackpepper, so, bakar yang tu je lah. Malas jugak nak buat acar ke apa. (apsal sume malas? huhuhu... keje byk sbnrnya, xde mood nak masak2). So, potong timun ngan tomato jer.

Nasi pulak, memulanya ingat nak masak nasi putih jer. Tapi cam teringin plak nak wat nasi carrot resepi kak liza.  Kak Liza makan ngan ayam bakar gak. So, apa lagi. Masak nasi carrot la.

Ehh... tadi kata malas? Ni rajin plak?

Malas mmg malas, tapi dah assistant2 chef sumenyer rajin nak menolong. Lagi satu...aku menderhaka kat resepi kak liza tu. Sebab rempah kurma dan bahan2 lain xde. Utk resepi asal, sila la click link blog kak liza. Yang aku tulis nih, nasi carrot versi "siti anggang".

Bahan-bahan (5-6 org mkn):

  • 4 pot beras
  • 4 pot air
  • 1 cawan carrot dadu
  • 3/4 pot susu sejat*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 3 biji cengkih*
  • 3 bunga lawang*
  • 1 inci kulit kayu manis*
  • 1/2 inci halia (hiris tebal)*
  • 1/2 biji bawang besar - dadu*
  • 3 ulas bawang putih (hiris nipis)*
  • 3 sudu besar butter
  • sedikit minyak
  • Sedikit perasa ayam


Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk
  2. Tumis bahan bertanda * hingga layu
  3. Masukkan butter, dan biarkan cair
  4. Masukkan carrot, air dan susu
  5. Masukkan perasa ayam (dan garam jika perlu)
  6. Masukkan ke dalam periuk nasi berisi beras yg dah dibasuh
  7. Masak nasi mcm biasa

p/s: aku masukkan dalam mangkuk tahan microwave berpenutup, set pada high dan masak selama 20 minit... senang sebab nasi masak dgn elok dan tak berkerak...

Thursday, 4 August 2011

Sambal Telur Rebus Berkentang



Ni la juadah berbuka puasa dan juga juadah sahur. Simple. Tapi aku betambah 3x. Tak hengat betul. Lauk2 simple mcm ni memang membuka selera.

Resepi sambal telur ni aku belajar dari umi aku. Takde sukatan khusus, pepandai la ejas. Telur rebus tu pun digoreng dulu sekejap. Perrghh. Part ni la yg mencabar, sediakan tudung kuali sebagai perisai. Sebab malas nak masak lauk lain, aku tambah kentang sket. Sedap!

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur rebus
  • 1 1/2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 genggam ikan bilis*     (* dikisar halus dengan sedikit air)
  • 1 sudu kecil serbuk lada*
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • Beberapa biji kentang (kalau kentang tu besar, 1 biji pun cukup) - dihiris & gaul dgn sedikit garam
  • 3 sudu sos cili
  • 3 sudu sos tiram
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan goreng telur rebus sebentar, then ketepikan
  2. gorengkan pula kentang, ketepikan
  3. Tumis bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak
  4. Masukkan sedikit air, sos cili, sos tiram, gula dan garam
  5. Kalau rasa dah ok, masukkan bawang hiris, kentang dan telur
  6. Gaul rata dan masakkan sebentar
  7. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak

Tuesday, 2 August 2011

Kuih Tepung Pelita

Lama pulak tak update blog nih. Sejak dua menjak ni takde masa nak memasak yg grand2 sket. Balik2 lauk yang sama je. So, selesai je submit 1 chapter ke supervisor tadi, terus rasa mcm telebih rajin.

Tadi bebuka puasa makan kuih tepung pelita. Buatnya pun senang bangat. Aku google2 resepi, ada yg jenis kukus ada yang tak. So, memandangkan peralatan pun xde, option tanpa pengukus la yg menjadi pilihan.


Aku amik resepi dari sini. Tapi sebab aku nak makan betiga je, aku buat 3/4 je dari resepi asal. Untuk resepi asal, boleh dapat 12 - 14 cup kecik. Kat bawah ni resepi asal. Cekidaot!

Bahan2:

Lapisan hijau
  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan air pandan
  • 3/4 cawan gula
  • sedikit warna hijau (optional)
Lapisan putih

  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • 1 sudu teh garam
Lapisan air gula
  • Gula custor / gula pasir yg dikisar halus secukupnya
Cara2:
  1. Isikan 3/4 sudu teh gula custor dalam cup 
  2. Then, satukan kesemua bahan lapisan hijau dalam periuk
  3. Masakkan dengan api sederhana sehingga memekat dan berkilat
  4. Tuangkan ke dalam cup yg telah berisi gula sehingga separuh cup
  5. Then, masukkan semua bahan lapisan atas dalam periuk
  6. Masak sehingga pekat dan bekilat
  7. Tuangkan ke atas lapisan hijau tadi
  8. Sejukkan sebelum dihidang

Monday, 11 July 2011

Oreo Cream Cheese Swirl Brownies

Aku rasa aku dah addicted to cream cheese... mix cream cheese ngan gula pun aku rasa cam heaven dah...leh sapu kat roti dan ngap..ngap..ngap... rasa nak letak cream cheese dalam sume masakan... udang masak cream cheese ker... errkkk...

Dalam imaginasi aku, aku nak hasilkan ini

Ihsan dari Food Network.com
Malangnya...ini yang terjadi....


Tsk..tsk... byk kesilapan teknikal di situ. Ni sume malas punya pasal. Patut guna acuan yg lebih besar, supaya brownies tu rendah la sket. Tapi aku guna je apa yg ada. Pastu aku silap measure cream cheese. Sudahnyer, byk giler plak. Aku plak dah curah semua, pastu couldnt be bothered nak kaut2 balik. Sudahnyer, tepaksa membirukan sedikit cream cheese (gigih la plak nak marble2 bagai).

Moral of the story, kalau stress2 ngan writing, xyahla tambah stress dok dapur, pi je la town dan beli cis kek kat kedai...hohohoho. Sebelum terlupa, ni resepi Oreo Cream Cheese Swirl Brownies (yg aku dah modified sket)

Sumber: Annie's Eats

Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan melted salted butter
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan tepung naik sendiri* (* ayak)
  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1 1/2 cawan biskut Oreo (dicincang kasar)
  • 1 sudu kecil vanilla esen
  • 170 gm cream cheese
  • 3/4 cawan gula icing

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada 180 degree
  2. Cairkan gula dan butter dalam periuk, kacau sampai menggelegak sket (dalam 1 minit), then biarkan sejuk seketika
  3. Pukul telur, dan masukkan dalam periuk berisi butter yang telah sejuk
  4. Masukkan susu dan kacau rata
  5. Masukkan adunan butter ke dalam tepung, gaul rata
  6. Tuangkan ke dalam acuan 8" x 8" yg telah digris
  7. Dalam mangkuk lain, campurkan cream cheese, vanilla dan gula icing
  8. Putar dengan mixer sehingga sebati (dalam 2 minit mcm tu)
  9. Tuangkan adunan cream cheese esudu demi sesudu ke atas adunan brownies
  10. Pastu dengan pisau, lorekkan adunan cheese dan brownies utk bg marble effect
  11. Bakar selama 25 minit


Oh yer, ada cara yg lagi mudah. Guna brownies mix yg jual kat kedai tuh... leh tgk cara kat sini...senang giler, dan nmpk sgt nyummy!! (cara nak wat swirl tu pun ada)