Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Saturday, 16 April 2011

Banana and Bread Pudding


Sejak kegawatan ekonomi nih, aku akan cari barang2 yg 'reduce' price je la. Klu kat sini, barang-barang makanan yang tarikh expired nyer hari ni atau esok, barang-barang tu akan di letakkan kat rak2 reduce. So, kalau harga barang tu £1, dptla dgn harga 20p.

Semalam aku beli roti saiz jumbo tu dgn harga 20p. Sudahnya, juling gak bijik mata nak mengabihkan. So, mcm biasa, aku akan transform jd puding roti. Kebetulan ada pisang, so, aku tambah pisang dlm puding nih. Resepi ni kira mcm try2 je la. Alhamdulillah menjadi. Cuma mungkin perlu pengubahsuaian bahan.

Bahan-bahan:
  • 12 keping roti, disapu butter 1 permukaan dan potong menyerong serta buang tepi
  • 5 biji telur
  • 4 biji pisang (2 bijik lenyek 2 biji hiris nipis)
  • 2  3/4 cawan susu segar
  • 3/4 cawan gula (yg ni kena pandai2 adjust, klu pisang tu manis, kurangkan la gula)
  • 1 sudu teh essen vanila
  • secubit garam
  • sedikit serbuk kulit kayu manis

Cara-cara:
  1. Sapukan acuan dengan sedikit butter
  2. Susun roti dgn bucu segi 3 tu ke atas
  3. Dalam mangkuk, pecahkan telur dan kacau hingga sebati
  4. Masukkan gula, garam, pisang lenyek, susu dan esen vanila dan kacau sebati
  5. Curahkan adunan ke dalam bekas acuan berisi roti itu td
  6. Tekan-tekan sikit roti dgn sudu biar terendam
  7. Taburkan sedikit serbuk kayu manis di atas roti dan tutup dgn aluminium foil
  8. Biarkan roti terendam selama 15-20 minit
  9. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius
  10. Masak pudding dgn cara 'Water Bath" iaitu isikan dulang pembakar dengan sedikit air, then letak acuan berisi roti di tgh2
  11. Bakar selama 30 minit dan bukak foil, bakar lagi hingga 15 minit atau hingga masak
ps: Roti, pisang dan gula tu anggaran saje. Boleh tambah atau kurangkan ikut kesesuaian.

Bagi aku dan mangsa2 experimen, semuanya bersetuju bahawa puding roti berpisang ni lebih enak dari puding roti biasa tu. Macam bingka pisang pun ada gak. Hehehe.

Bagi yang suka pisang, boleh la try yer.

Sunday, 6 March 2011

Puding Kastad Berkuah


Lama betul teringin nak makan puding castard berkuah. Last aku buat, raya 3 tahun lepas. Perrghh. Lama betul. Bahan pun senang je nak dpt kat sini. Yang ni versi mak angkat aku kat Teluk Ramonia. Tengs mak for the delicious recipe.

Bahan-bahan:

Puding Castard
  • 1 cawan tepung castard
  • 1 cawan susu ideal/evaporated
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan gula (lebih kurang)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata
  2. Letakkan atas dapur dan pasang api perlahan
  3. Kacau selalu sehingga hampir pekat dan bekilat
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga ke tahap manis yang diingini
  5. Bila dah pekat dan likat, tutup api dan terus masukkan kedalam bekas utk disejukkan


Kuah
  • 2 tin buah-buahan
  • 1 liter air
  • 1 tin besar susu ideal / evaporated
  • Beberapa sudu gula
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 3 sudu castard
Cara-cara:
  1. Panaskan air dalam periuk
  2. Masukkan air buah (buah tu jgn masuk skali)
  3. Masukkan castard dan kacau rata
  4. Bila dah menggelegak, masukkan esen vanila, susu dan gula secukupnya
  5. Kalau rasa dah ok, tutup api dan sejukkan
  6. Bila nak makan, masukkan puding castard, buah-buahan dalam tin dan kuah dalam 1 bekas...

Selamat mencuba!

p/s: Utk kuah, aku ganti air & susu ideal tu ngan freshmilk...patut nmpk kuah tu kekuningan, tp sbb aku dah kehabisan stock castard...huhu



Tuesday, 18 January 2011

Puding Jagung

Tetibe tekak seakan meronta-ronta inginkan sesuatu yang manis lagi berlemak. Okla, to be exact, nak puding jagung. Aku ni bukan la suka sgt version of jagung. Macam bubur jagung, air jagung, aiskrim jagung. Tapi entah kenapa tetibe je rasa nak mkn puding jagung.

Resepi aku cilok dari F&N kat MyResepi.

So, aku salin kat sini utk rujukan.



Bahan-bahan (bleh utk 5-10 org mkn, begantung pada tahap kelaparan juga):
  • 1 cawan tepung custard
  • 3 cawan air
  • 1 cawan jagung manis (aku letak dlm 1 3/4 cwn)
  • 1 1/2 cawan susu cair (aku guna freshmilk)
  • 3/4 cawan gula (sukatan ikut kemanisan jagung)

Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk
  2. Kacau pada api sederhana sehingga likat & berkilat
  3. Tuang dalam bekas, dan sejukkan sebelum dipotong

p/s: Custard ni senang likat kalau guna api besar, tp x masak, so, aku guna api yang perlahan supaya custard tu masak betul2, then bila dah agak2 mcm dah nak melikat tu, baru aku kuatkan api sikit je lagi

Sunday, 14 March 2010

Puding Roti ala Nda Wan

Decoration has been inspired by Chef Hotel Nikko... =P

Ok...Ni puding roti yg aku amik resepinya dari makcik aku, Nda Wan. Nda tu singkatan bg bonda. Family belah umi aku mmg panggil makcik2 Nda. Sedap ooo puding nih...aku makan betambah2 masa dia jamu aku hari tu. Cam nak hangkut je satu bekas besar yg dia buat tuh. Tapi cam buruk lantak la plak kan...Jadinya, sebagai anak dara yg besopan santun lgi bijaksana, aku mintak resepi sajalah....

Sebenarnya, ni kali kedua aku buat. Yang pertama kali menjadi, cuma aku tak snap gambar & tak update dlm blog. Busy sgt, busy makan....hehehehe

Ok...jom kita tgk ape resepinya.

Bahan2:

12 keping roti
1 tin besar susu pekat manis
1 liter air
6 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kismis
Sedikit butter

Cara2:
  1. Sapukan butter di satu bahagian permukaan roti, buat hingga habis
  2. Potong roti menyerong, so, roti jd 3 segi
  3. Sapukan sedikit butter pada bekas pembakar 12" x 12" (kalau xde, kecik sikit pun xpe)
  4. Susun roti pada dasar bekas tersebut, tabur kismis kemudian lapiskan dengan roti semula, buat hingga habis (jangan tabur kismis pada bahagian paling atas sbb nnti kismis hangus & pahit)
  5. Bancuhkan susu, air, telur dan esen vanilla dalam satu bekas
  6. Tuangkan bancuhan itu ke dalam bekas yg berisi roti
  7. Tekan2 sedikit roti supaya semua roti terendam
  8. Taburkan sedikit butter diatas roti tersebut dan tutup dengan penutup atau aluminium foil
  9. Letakkan satu loyang besar dari saiz bekas pembakar, isikan air & letak bekas pembakar ditengah2 loyang tersebut
  10. Bakar pada suhu sederhana lebih kurang 30 minit atau sehingga puding masak
  11. Buka penutup dan bakar lagi beberapa minit sehingga bahagian atas puding keperangan
  12. Dah masak tu, bolehlah keluarkan dan hidangkan.
Enak dimakan begitu saja atau kalau rajin, leh buat kuahnya. Cara2 buat kuah dia pula ialah:
  1. Masakkan susu evaporated dengan sedikit gula & tepung castard.
  2. Kacau hingga larut, tutupkan api.
  3. Tapis dan hidangkan.
Aku sgt malas nak buat kuah dia tuh. Jadinya, aku guna ais krim vanila jer...aku amik sket dan defrost dalam microwave supaya dia cair sket, then curah je atas puding tu. Leh gak hias dengan coklat parut atau kacang atau kismis atau ape2 je la ikut suka...

nota kaki ayam: aku ade jumpa resepi lebih kurang sama, tp guna roti bun kismis, croissant dan hot cross bun, so leh la pelbagaikan...jgn guna roti canai sudah...

nota kaki lima: klu xde tepung kastad kat umah, leh ganti dengan bancuh sket tepung jagung & air...

Selamat Mencuba!!!!