Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Friday, 12 August 2011

Oreo Balls


Addict pada cream cheese belum habis lagi. Nak2 cream cheese tgh murah skrg. Balik Malaysia kempunan la nak makan cream cheese. Mau muflis kalau hari-hari nak makan cream cheese. Huhuhu.

Mcm2 resepi ada, tp ni yg paling mudah bg aku. Resepi Oreo Balls aku amik kat sini. Senang gile nak buat. Bahan pun senang. Takde nak bakar2. Kalau nak buat kat Malaysia, maybe kena hidang time tetamu dah datang, sebab coklat coating tu senang cair. Ataupun guna je coating sekut almond london tu, ok gak rasanya.

Ni resepi dari web yg aku amik tuh.

Bahan-bahan:
  • 1 pack biskut oreo
  • 1 pack (8 ounce) cream cheese (lembutkan pada suhu bilik)
  • 1 bar plain cooking chocolate
  • 1/4 bar white cooking chocolate
Cara-cara:
  1. Kisar oreo dalam blender hingga halus
  2. Gaulkan oreo dengan cream cheese
  3. Amik sikit adunan dan buat bulat2
  4. Letak atas tray/pinggan dan sejukkan dalam peti sebentar
  5. Sementara tu, cairkan plain cooking choc dalam mangkuk (guna double boil atau microwave jer)
  6. Dalam mangkuk yg lain, cairkan white choc
  7. Guna garfu or lidi utk celup bebola oreo dalam plain cooking choc
  8. Letak dalam casing pun ok gak, atau susun je atas tray, sejukkan
  9. Drizzle dengan white choc
  10. Boleh gak coat dengan white choc, drizzle ngan plain choc
Oreo balls in cute cake liners... (Source: Passion for Parties
Boleh buat sbg kuih raya gak kan?? nyum nyum!!!

Monday, 11 July 2011

Oreo Cream Cheese Swirl Brownies

Aku rasa aku dah addicted to cream cheese... mix cream cheese ngan gula pun aku rasa cam heaven dah...leh sapu kat roti dan ngap..ngap..ngap... rasa nak letak cream cheese dalam sume masakan... udang masak cream cheese ker... errkkk...

Dalam imaginasi aku, aku nak hasilkan ini

Ihsan dari Food Network.com
Malangnya...ini yang terjadi....


Tsk..tsk... byk kesilapan teknikal di situ. Ni sume malas punya pasal. Patut guna acuan yg lebih besar, supaya brownies tu rendah la sket. Tapi aku guna je apa yg ada. Pastu aku silap measure cream cheese. Sudahnyer, byk giler plak. Aku plak dah curah semua, pastu couldnt be bothered nak kaut2 balik. Sudahnyer, tepaksa membirukan sedikit cream cheese (gigih la plak nak marble2 bagai).

Moral of the story, kalau stress2 ngan writing, xyahla tambah stress dok dapur, pi je la town dan beli cis kek kat kedai...hohohoho. Sebelum terlupa, ni resepi Oreo Cream Cheese Swirl Brownies (yg aku dah modified sket)

Sumber: Annie's Eats

Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan melted salted butter
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan tepung naik sendiri* (* ayak)
  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1 1/2 cawan biskut Oreo (dicincang kasar)
  • 1 sudu kecil vanilla esen
  • 170 gm cream cheese
  • 3/4 cawan gula icing

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada 180 degree
  2. Cairkan gula dan butter dalam periuk, kacau sampai menggelegak sket (dalam 1 minit), then biarkan sejuk seketika
  3. Pukul telur, dan masukkan dalam periuk berisi butter yang telah sejuk
  4. Masukkan susu dan kacau rata
  5. Masukkan adunan butter ke dalam tepung, gaul rata
  6. Tuangkan ke dalam acuan 8" x 8" yg telah digris
  7. Dalam mangkuk lain, campurkan cream cheese, vanilla dan gula icing
  8. Putar dengan mixer sehingga sebati (dalam 2 minit mcm tu)
  9. Tuangkan adunan cream cheese esudu demi sesudu ke atas adunan brownies
  10. Pastu dengan pisau, lorekkan adunan cheese dan brownies utk bg marble effect
  11. Bakar selama 25 minit


Oh yer, ada cara yg lagi mudah. Guna brownies mix yg jual kat kedai tuh... leh tgk cara kat sini...senang giler, dan nmpk sgt nyummy!! (cara nak wat swirl tu pun ada)

Monday, 20 June 2011

Raisin and almond shortbreads

Dalam operasi mengosongkan cabinet dapur, aku tejumpa beberapa bahan yang perlu ditukar menjadi makanan dengan segara. Ada gula icing, badam dan raisin. So, aku google ingredients ni dan aku tertarik nak buat raisin shortbreads sebab method dia cam senang jer.

Sebelum dipotong

Selepas dipotong
Resepi asal aku amik dari Joy of Baking. Tapi aku tambah badam. As usual, kawan2 aku jadi mangsa experiment... sorang kawan aku ckp "alaa....kenapa buat sikit sangat??" Haaa....sedap la tu...hehehe. Rasa dia mcm shortbread biasa tu, tp less rasa 'susu tepung' tu. Texture mcm biskut sket, mungkin sebab aku tambah badam, dia jd extra rangup.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan (226gms) unsalted butter - aku guna salted butter
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan (120gm) gula icing
  • 2 1/2 cawan (325 grams) all-purpose flour
  • 1/2 sudu kecil garam - aku x letak sbb dah pakai salted butter
  • 2 cups (260 grams) raisins
  • 1/2 cawan flake almond
Utk glaze:
  • 1 biji telur - dipukul sedikit

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada 180 darjah celcius
  2. Sapukan loyang pembakar 9 x 13 inch dengan sedikit butter
  3. Putarkan butter dan vanila esen hingga rata dan creamy (dlm 1minit)
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar hingga ringan dan fluffy
  5. Dalam mangkuk lain, gaulkan tepung dan garam (skip step ni kalau guna salted butter)
  6. Masukkan tepung dan putar hingga adunan membentuk doh
  7. Bahagikan doh kepada 2 bahagian (1 bahagian lebih kecil)
  8. Ratakan bahagian yang kecil di atas loyang, dan tekan perlahan2 dengan jari atau belakang sudu utk membentuk lapisan yang rata
  9. Taburkan raisin dan badam
  10. Taburkan (crumble) doh selebihnya dan tekan perlahan2 dgn jari atau sudu
  11. Sapukan telur di atas permukaan sebelum dibakar selama 30 - 40 minit atau sehingga perang keemasan
  12. Keluarkan dr oven dan sejukkan. Potong 4 segi
p/s: arahan soh potong shortbread lepas dah sejuk, tapi aku suggest potong masa panas2 sebab masa tu shortbread masih lembut. Bila dia dah sejuk, dia mengeras, pastu susah nak potong

p/s: best jd kuih raya nih, senang, xyah nak terap2. pas dah bakar, potong je to bite size.

Ada masa, aku akan buat lagi. Nyum..nyum...

Friday, 13 May 2011

Congo Bars


Time2 tgh writing thesis nih, mmg best kalau ada jajan kat tepi meja. Tapi kalau hari2 dok makan pringles, walkers sume tu, mau botak kepala pas habis PhD nanti. So, konon2 nak healthy eating, aku buat snack aku sendiri. Yang bagus, makan fruit salad ke kan? Tapi, aku nak buat congo bars. Cam sedap jer. Walaupun ingredient tidaklah sihat sgt, tp x kisah la...hahahah...janji xde MSG.

Menurut review org2 yg penah buat congo bars ni rasa dia mcm makan biskut chocolate chips versi brownies. Ni kali kedua aku buat congo bars. Kali pertama x sempat snap gambar. Pastukan, bagi aku macam manis sgt2. Masa tu aku guna chocolate chip dan tak letak kacang. Ingatkan nak kurangkan gula, tapi risau gak kang tak jadi ke ape ke kan. So, utk kali kedua ni, aku guna dark chocolate yg 75% (agak pahit utk dimakan begitu saja), dan aku tambah kacang.

Resepi aku cedok dari blog kak Rima. Utk resepi asal dan cara buat congo bars pakai mixer, boleh la ke blog dia. Yang aku tepek kat sini, cara yg guna tangan jer. Tulisan merah tu ialah apa yg aku ubah.


Sumber: Kak Rima 

Bahan-bahan:
  • 2 3/4 cup all purpose flour (self raising flour)
  • 2 1/2 tsp baking powder 
  • 1/2 teaspoon salt (tak letak sbb dah guna salted butter)
  • 2/3 cup butter, letak pada suhu bilik - (150g Lurpak butter)
  • 1 lb. light brown sugar - (2 cawan light brown sugar)
  • 3 eggs 
  • 1 tsp vanilla 
  • 11.5 ounce package milk chocolate chips - (1 bar dark chocolate 55% - dicincang2)
  • 1 cup chopped pecans (100g chop hazelnut) - optional

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius
  2. Ayak tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk besar- ketepikan
  3. Dalam mangkuk lain, satukan gula dan butter. Gaul sehingga sebati (x nampak dah butter tu)
  4. Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati
  5. Masukkan vanilla, chocolate dan kacang, gaul sebati
  6. Masukkan tepung dan gaul sebati.
  7. Adunan memang mcm pekat, mcm nak buat biskut tuh.
  8. Masukkan adunan ke dalam bekas pembakar bersaiz 13 x 9 yg telah digris dengan butter
  9. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak dan lapisan atas perang keemasan.
  10. Jangan bakar lama2 sangat, nanti congo bars jd keras bila sejuk.
  11. Biarkan sejuk sebentar sebelum dipotong.
Alhamdulillah sedap! Tak manis sgt. Rasa2 pahit chocolate dan kacang tu overcome rasa manis.

p/s: kalau ada bekas pembakar mengikut saiz yg dicadangkan, lagi best, congo bars akan nipis sket. Aku guna bekas yg ada kat dapur, so, jd tebal dan x mcm brownies, mcm kek jer. Tapi still enak!

Try la.

Thursday, 14 April 2011

Ice Cream Waffle


Sekarang patutnya dah spring. Dah mula panas. So, keinginan nak makan ice cream mula kembali. Sebelum ni makan banana split. So, dessert hari kena la buat lain sket. Ice cream waffle. Bukan buat pun. Kira satukan bahan2 yang sedia ada...then....makan!

Bahan-bahan:
  • Waffle (aku beli yg dah siap)
  • Ice cream (suka hati perisa apa)
  • Chocolate sauce
  • Buah-buahan pilihan (aku guna strawberry dan pisang)

Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan, ikut suka nak susun mcmne.
  2. Boleh juga tambah bahan-bahan lain mcm kacang ke, coklat chip ker...

Sunday, 27 March 2011

Crumpet Mini Pizza




Aku ni seorang yg senang bosan ngan makanan. Nak2 kalau bukan makanan fevret. Tak boleh mkn benda yang sama hari2. Mengada2 kan? Huhuhu.

Jadi, utk memvariasikan pengambilan mknn harian, aku telah membeli crumpet. Apa tu crumpet? Nak tau apa tu Crumpet sila click sini. Nak buat sendiri, ni resepinyer. Rasanya mcm cucur tepung tu gak...cume bentuk je lain.

Selalunya crumpet ni orang makan ngan butter, honey, golden syrup atau mermite. Tapi sebab aku nak wat crumpet ni sebagai makanan pagi dan tengahari (mls punya pasal)...aku telah mempizakan dia.

Bahan-bahan:
  • Crumpet secukupnya
  • Sedikit tomato puree / pizza topping sauce
  • Sosej
  • Sedikit grated cheese
  • button mushroom / capsicum / nenas (apa2 je la ikut suka)

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah
  2. Sapukan crumpet dgn tomato puree
  3. taburkan sedikit cheese
  4. susun sosej yg telah dipotong menyerong dan bahan2 lain
  5. taburkan cheese lagi dan bakar selama 10 mnt lebih kurang

Aku makan 1 je dah kenyang....huhuhu....
bakar atas jaringan besi, baru dia garing...klu x bawah dia mcm basah2 gitu
xde crumpet, roti keping tu pun boleh....

Wednesday, 23 February 2011

Baked Tuna & Bread

Tak tau la kenapa, kadang-kadang je rasa nak makan roti tu melonjak2. Bila dah makan dua tiga keping, mula la bosan. Sudahnya, roti tu tunggu masa je nak bekulat.

Sayang pulak kalau biarkan bekulat mcm tu je, klu kat kampung, boleh jugak bagi ayam makan. Kat sini, mau kena saman kalau aku sedekah kat seagull yg suka betenggek kat tepi tingkap aku nih.

So, hari ni aku telah mengodeh satu resepi. Maybe ada orang penah buat, ntah la. Yang pasti, resepi ni adalah hasil idea yg bercampur baur dr macam2 resepi. Aku namakan Baked Tuna & Bread.

Bahan-bahan:
  • 1 botol sos spagetti
  • 1 tin tuna chunk
  • 1 biji bawang besar
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit blackpepper
  • sedikit serbuk lada (jika mahu pedas)
  • 8 keping roti (buang tepi)
  • grated cheese utk topping (optional)

  • 1 cawan susu segar
  • 3 sudu margerin
  • 3 sudu tepung gandum
  • 1 cawan grated cheese

Cara-cara:
  1. Tumis bawang dengan sedikit minyak
  2. Masukkan tuna yg telah ditoskan
  3. Tumis sebentar sebelum masukkan sos spagetti
  4. Masukkan blackpepper dan serbuk lada
  5. Tambah gula dan garam jika perlu
  6. Dalam periuk lain, cairkan margerin
  7. Alihkan dari dapur (atau tutup api) kemudian masukkan tepung gandum, kacau rata
  8. Hidupkan api semula dan masukkan susu, kacau rata
  9. Masukkan cheese dan kacau hingga memekat
  10. Tutup api dan masukkan adunan tuna dan roti kedalam adunan cheese
  11. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk tahan panas yang telah disapu sedikit minyak/margerin
  12. Taburkan sedikit cheese di atas
  13. Bakar pada suhu 180 darjah selama 15-20 minit atau sehingga cheese kekuningan
Rasa iras2 pasta baked. Yummy! ;p

Tuesday, 1 February 2011

Breakfast Casserole


Perlukan sarapan yang mudah, especially bila tetamu ramai tp masa tak cukup? Kalau kat Malaysia, mudah tu maksudnya beli la bebungkus2 nasi lemak ke mee goreng ke bihun goreng ke roti canai ke *sambil mengesat lelehan enzim atas keyboard*

Tapi klu kat UK nih, mane ada Makcik Melah jual nasi lemak tepi jln...huhu. So, boleh la try buat Breakfast Casserole ni. Breakfast Casserole ni kira makanan tradisi mat saleh. Selalunya diorg buat bila musim2 perayaan. Kaum kerabat ramai kat umah, jd kalau nak buat toast and sausages utk setiap org, mesti makan masa.

Breakfast casserole ni selalunya dibuat malam sebelumnya. Esok pagi2, kuar mulut fridge, masuk mulut oven. Resepi dia byk variety. Ada yang gunakan kentang, ada yang gunakan roti sebagai sumber kabohidrat. [Boleh guna nasi kalau brani...huhu].

Utk resepi yg variety, boleh la google ye, tp ikut creativity pun boleh juge.

Bahan2:
Bahan A

  • 8 keping roti (dibuang kulit tepi, disapu mentega 1 bahagian dan dipotong 4)
  • 8 batang sausages (dihiris)
  • Cendawan butang (dihiris)
  • 1 biji capsicum (dipotong dadu)
  • Beberapa batang daun bawang (dihiris)
  • 1 biji bawang (dipotong dadu)
  • 2 cawan grated cheese (aku guna mozarella)


Bahan B

  • 6 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • sedikit black pepper
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk perasa ayam
  • sedikit serbuk paprika


Cara-cara:

  1. Sapukan bekas casserole berukuran 9''x12'' dengan sedikit minyak
  2. Susunkan roti (bahagian yang disapu mentega di bawah)
  3. Taburkan sosej atas roti
  4. Gorengkan dahulu cendawan dgn 1 sudu teh minyak sehingga air cendawan agak kering
  5. Taburkan cendawan atas roti
  6. Ulang step 4 & 5 utk capsicum
  7. Taburkan daun bawang dan bawang
  8. Satukan bahan B dalam mangkuk hingga sebati
  9. Tuang ke dalam bekas casserole
  10. Taburkan dengan cheese
  11. Tutup bekas casserole dengan aluminium foil
  12. Simpan dalam fridge semalaman (atau sekurang2nya 4 jam)
  13. Bakar pada suhu 180 darjah selama 40 - 45 minit atau sehingga masak


p/s: boleh letak apa saja selain capsicum & mushroom, tapi kalau sayur tu jenis watery, elokla goreng dulu, kalau tak nnti breakfast casserole tu berair2, tak pejal

p/s 2: Bakar 30 minit pertama dengan aluminium, then bukak aluminium foil tu utk cairkan dan garingkan cheese kat atas

Kalau tak faham cara2, bleh tgk cara mat saleh wat breakfast casserole kat Youtube.

Friday, 17 December 2010

Quick & Easy Fried Tagliatelle


Kebosanan, rasa mcm nak makan pasta.

Resepi ni simple jer. Resepi main campak2, bubuh apa yang ada kat dapur tuh.

Bahan-bahan:
  • Tagliattele
  • Beberapa batang sosej (hiris)
  • Beberapa batang carrot (hiris memanjang)
  • beberapa ulas bawang putih (diketuk)
  • Sedikit oregano
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit dried parsley
  • Sedikit serbuk ayam
  • Beberapa sudu tomato puree
Cara-cara:
  1. Rebus tagliatelle dgn sedikit minyak dan serbuk perisa ayam
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak utk menumis
  3. Masukkan sosej
  4. Masukkan sedikit oregano & bawang putih
  5. Goreng seketika, kemudian masukkan carrot
  6. Masukkan sedikit air & tomato puree
  7. Masukkan tagliatelle yg telah empuk
  8. Rasakan masinnya, dan letak sedikit serbuk lada hitam
  9. Gaul rata & tabur dried parsley sebelum dihidang

Tuesday, 27 July 2010

Spaghetti Meatballs



Hari ni masak spagetti meatballs jer. Dah habis idea nak masak lauk apa, so layan spaghetti meatballs. Express punya resepi, sesuai utk org malas busy mcm aku ;p

Bahan2:

Meatballs
  • 250 gram daging kisar
  • 6 keping biskut cream cracker
  • 1 sudu teh oregano
  • 1 sudu teh dried parsley
  • 1/2 sudu teh serbuk blackpepper
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
Sos Spaghetti
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 botol sos spaghetti bolognese
  • cendawan butang (hiris nipis)
  • 1 sudu teh oregano
  • garam & gula jika perlu
  • sedikit minyak masak / zaitun utk menumis
  • sedikit grated cheese

Cara2:

  1. bersihkan daging kisar & toskan hingga kering
  2. masukkan cream cracker yg telah ditumbuk hancur
  3. masukkan oregano, parsley, blackpepper & garam
  4. masukkan telur
  5. gaul sebati
  6. buatkan bulat2 hingga adunan habis
  7. renjiskan minyak masak / zaitun ke atas meatballs & goncang2 sket bekas berisi meatballs tu supaya meatballs tu besalut minyak
  8. panaskan kuali
  9. masukkan meatballs dan goreng hingga masak
  10. dalam periuk, panaskan minyak masak & tumis bwg besar & bawang putih
  11. masukkan sos spaghetti dan cendawan butang
  12. rasakan masin manis nyer, tambah garam gula jika perlu
  13. Kemudian, masukkan meatballs yg telah digoreng & padamkan api
  14. Bolehlah dihidangkan di atas spaghetti yang telah direbus
p/s: resepi meatballs tu aku amik dari website jamie oliver, tp aku dah modify sket2. ada resepi2 lain yang guna tepung, tp aku rasa guna biskut ni lebih sedap

Monday, 24 May 2010

Spaghetti with crab meat



Sejak dua menjak ni memang busy. Kalau sekali masak tuh, memang masak utk 3-4 hari terus. Muak pun muak la. Janji perut diisi. Kang lapar, asyik teringat makanan jer, keje pun tak jalan jugak.

Masa pegi supermarket dekat2 sini, tejumpa plak crab sticks. Lama betul tak makan ketam, ketam yg cukup sifat tu pun x penah nampak kat sini. So, memandangkan hari tu ade tgk rancangan Chef Gordon Ramsay, aku pun nak try la salah satu resepi dia iaitu "Angel hair pasta with crab, chilli and lime recipe". Utk resepi asal, leh click sini

Macam biasa, aku masak ikut apa yg ada di dapur la. Pastu, Chef Ramsay ade letak wine, aku tak letak la kan. So, ni aku nyer version:

Bahan-bahan:
  • 100gm spaghetti
  • 1 biji cili besar
  • 3 pokok spring onion
  • 3 ulas bwg putih
  • stock ayam (perisa ayam + 1/4 cawan air)
  • semangkuk isi ketam (aku pakai crabstick jer)
  • secekak parsley
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit air perahan limau nipis
  • sedikit olive oil (jika suka atau gantikan dgn butter or minyak biasa)

Cara-cara:
  1. Masak seperiuk air hingga menggelegak
  2. Masukkan sedikit garam dan spaghetti, masak ikut arahan pack
  3. Dalam kuali, panaskan minyak biasa
  4. Tumis cili dan spring onion
  5. Kemudian, masukkan bawang putih yang telah dicincang
  6. Masukkan ketam
  7. Masukkan sedikit stock ayam, biarkan seketika hingga agak kering
  8. Masukkan serbuk lada hitam dan garam
  9. Setelah masak, ketepikan, masukkan air perahan limau
  10. Toskan spaghetti & taburkan sedikit olive oil, garam & serbuk lada hitam, gaul
  11. Gaulkan spaghetti dengan adunan ketam & parsley yg telah dihiris
  12. Hidangkan
Makanan ni omputih makan as starter. Tapi ikut suka la nak makan bila pun kan. Bagi aku, ade la iras2 bihun goreng singapore. Cuma pakai spaghetti jer & ade lime. Bagi yang sukakan masakan western, boleh la cuba nih.

Friday, 14 May 2010

Tuna Sandwich Bake


Sejak dua menjak ni asyik nak makan benda yang boleh dapat kat Malaysia je. Kat sini bukan tak boleh dapat, boleh, tapi kena la usaha gigih iaitu dengan membuatnya sendiri. Takde jual di pasar malam, pasar rabu, pasar raya dll.

Akibat nak makan yang bukan2 tuh, roti sebungkus langsung la tak terusik. Sekali tgk, esok tarikh luput dia. Alamak. Kena buat sesuatu. Walaupun kat sini, roti tu insyaAllah tahan dalam beberapa hari selepas expire date, tp baik betindak sekarang.

Aku pun dok google2 ape menu yg leh kita wat dgn sliced bread nih...kebanyakkan website suggest jadikan breadcrumb, stuffing dlm ayam or turkey bakar, jadikan sos mcm white sauce utk gravy, atau masuk je dlm freezer dan mkn bila2 nak nanti.

Resepi bread pudding pun banyak, tapi sebab bahan takde kat dapur dan aku sangat malas nak ke kedai so takleh la wat bread pudding. Bahan2 nak buat pasta bake adelah, jadi aku mencapur adukkan ilmu pasta bake dengan ilmu bread pudding. Terhasilah makanan yang aku namakan sebagai Tuna Sandwich Bake. Ala2 mcm sandwich tapi dibakar. Gitew la...

Jom tgk resepinya, tp tu semua anggaran, begantung kepada nak buat byk mana, dan saiz bekas besar mana. Utk resepi ni, aku guna bekas saiz 18cm x 23cm sesuai utk 4 - 5 org kot (tapi aku bedal sorg2...hahaha).

Bahan-bahan:
  • 1 tin tuna (in oil or brine)
  • seulas bawang besar (dihiris)
  • beberapa ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 tin sliced mushroom
  • 1 kotak chopped tomato (mcm sos spaghetti, dlm 400gm)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit gula & garam
  • 8 - 10 keping roti dipotong menyerong
  • 4 biji telur
  • suku cawan susu segar
  • sedikit cheese (aku guna mozzarella)
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah & tuna
  2. Masukkan mushroom yg telah ditoskan airnya
  3. masukkan chopped tomato
  4. masukkan serbuk lada hitam
  5. Kalau chopped tomatoes tu masam sgt, letak la gula dlm 1-2 sudu
  6. Masukkan garam jika perlu
  7. Masak sehingga airnya agak kering sedikit
  8. Dalam mangkuk, pukulkan telur bersama sedikit garam
  9. Rendamkan roti satu persatu dan susun dalam bekas pembakar yang telah disapu dengan mentega (jgn rendam lama2, nnti roti mcm soggy)
  10. Siap satu lapisan, ratakan tuna diatas roti tersebut dan tabur sedikit cheese
  11. ulang step 9 & 10 utk lapisan kedua.
  12. Bakar pada suhu 180 degree, selama 20 minit atau sehingga telur masak.
Tips:
  1. Boleh ganti tuna dengan daging, ayam, seafood atau apa saja yang anda suka
  2. Boleh tambah apa2 saja jenis sayuran
  3. Kalau tak jumpa chopped tomatoes, leh je pakai sos spaghetti tu
  4. Kalau tak nak cheese cepat hangus, bakar dulu adunan tu selama 10 - 15 minit, kemudian, keluarkan dari oven dan tabur cheese dipermukaan, kemudian bakar lagi utk beberapa minit
  5. Boleh dimakan sebagai sarapan pagi atau minum petang.
Selamat mencuba!

Saturday, 6 March 2010

Fried Tagliatelle

Bile dok sini, semua benda omputih aku melayukan... gambar kat atas nampak cam kueh teow goreng kan...hehehe...nampak je mcm...tp bukan. Tu ialah tagliatelle (tegeliat lidah menyebutnyer). Tagliatelle ni adik beradik pasta spaghetti semua tu. Bentuknya lebar2 mcm kueh teow.

Memandangkan kedai cina agak jauh untuk aku membeli kueh teow, so, aku guna tagliatelle sebagai ganti. Resepi mcm nak goreng kueh teow. Walaupun ramai dah tau, tapi aku tetap nak letak kat blog ni sbb ni blog aku, suke hati aku la kan sebagai rujukan masa akan dtg.

Bahan2:
  • Tagliatelle
  • Isi ayam
  • bwg merah*
  • bwg putih* [*dicincang]
  • cili kisar
  • kicap manis
  • sos tiram
  • minyak bijan
  • garam
  • sayur2an [cth: kobis, sawi, carrot]

Cara2:
  1. rebus tagliatelle dengan air, garam dan sedikit minyak masak sehingga lembut atau dlm bahasa italinya 'al dente'
  2. tumiskan bawang merah, bwg putih dan cili kisar sehingga terbit minyak
  3. masukkan ayam dan kacau seketika
  4. masukkan sos tiram, kicap manis dan sedikit air
  5. masukkan garam jika perlu
  6. masukkan carrot dan masak hingga carrot empuk
  7. masukkan tagliatelle, kacau rata
  8. masukkan dlm 2 sudu teh minyak bijan
  9. siap dimasak & boleh juga dihidang dengan telur dadar yg dihiris.... :P

Saturday, 13 February 2010

Makaroni 2 in 1

Seperti biasa, wiken adalah hari utk masak & makan.
Semalam, aku wat makaroni bakar.
Resepi, aku men buat ikut ilmu asas dalam memasak.
Ditambah sedikit pengubahsuaian bg mengikut bahan2 yg ada di dapur.

So, ni resepinyer kalau nak cuba. Tapi xde sukatan, sbb semuanya main campak jer, so, kena ikut 6th sense la, byk mane nak letak, mengikut kesuaian makaroni yg direbus.

Bahan A
Makaroni (ikutlah banyak mane nak)

Bahan B
bwg besar - potong dadu
bwg putih - cincang
lada kisar
isi ayam/daging - potong dadu
sayur2an - aku guna hirisan carrot & cendawan butang
sos tomato
sos tiram
garam

Bahan B (utk lebih kurang 250gm makaroni)
Susu segar
2 sudu tepung gandum
telur ayam
grated cheddar/mozarella cheese
oregano & dried parsley (optional)


Cara-cara:

Bahan A
Makaroni direbus dgn sedikit minyak & garam (aku letak kiub ayam), bile dah lembut, toskan

Bahan B
  1. tumis bwg besar & bwg putih
  2. masukkan lada, tumis hingga garing
  3. masukkan ayam/daging, tumis sampai empuk (klu kering sgt, letak air sket)
  4. masukkan sos tomato & sos tiram
  5. masukkan sayur2an
  6. rasakan kuahnnya, klu dah cukup masin manis sume, masukkan makaroni
  7. gaul sehingga sebati
Bahan C
satukan susu, telur & tepung gandum
letakkan serbuk oregano & parsley

***Letakkan separuh adunan makaroni dlm bekas
curahkan separuh bahan B, tabur ngan cheese
tuang adunan makaroni yg selebihnya
curahkan baki bahan B dan tabur cheese
bakar dengan suhu 200 darjah celcius (para oven yg bawah)
selama 20 - 30 minit atau sehingga bahan B masak

nota kaki: kalau malas nak wat makaroni bakar, wat je makaroni goreng....sedap jugak...senang, xyah buat bahan C...hehehe...kan ke 2 dlm 1 tuh...