Time2 tgh writing thesis nih, mmg best kalau ada jajan kat tepi meja. Tapi kalau hari2 dok makan pringles, walkers sume tu, mau botak kepala pas habis PhD nanti. So, konon2 nak healthy eating, aku buat snack aku sendiri. Yang bagus, makan fruit salad ke kan? Tapi, aku nak buat congo bars. Cam sedap jer. Walaupun ingredient tidaklah sihat sgt, tp x kisah la...hahahah...janji xde MSG.
Menurut review org2 yg penah buat congo bars ni rasa dia mcm makan biskut chocolate chips versi brownies. Ni kali kedua aku buat congo bars. Kali pertama x sempat snap gambar. Pastukan, bagi aku macam manis sgt2. Masa tu aku guna chocolate chip dan tak letak kacang. Ingatkan nak kurangkan gula, tapi risau gak kang tak jadi ke ape ke kan. So, utk kali kedua ni, aku guna dark chocolate yg 75% (agak pahit utk dimakan begitu saja), dan aku tambah kacang.
Resepi aku cedok dari blog kak Rima. Utk resepi asal dan cara buat congo bars pakai mixer, boleh la ke blog dia. Yang aku tepek kat sini, cara yg guna tangan jer. Tulisan merah tu ialah apa yg aku ubah.
Sumber: Kak Rima
Bahan-bahan:
- 2 3/4 cup all purpose flour (self raising flour)
- 2 1/2 tsp baking powder
- 1/2 teaspoon salt (tak letak sbb dah guna salted butter)
- 2/3 cup butter, letak pada suhu bilik - (150g Lurpak butter)
- 1 lb. light brown sugar - (2 cawan light brown sugar)
- 3 eggs
- 1 tsp vanilla
- 11.5 ounce package milk chocolate chips - (1 bar dark chocolate 55% - dicincang2)
- 1 cup chopped pecans (100g chop hazelnut) - optional
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius
- Ayak tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk besar- ketepikan
- Dalam mangkuk lain, satukan gula dan butter. Gaul sehingga sebati (x nampak dah butter tu)
- Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati
- Masukkan vanilla, chocolate dan kacang, gaul sebati
- Masukkan tepung dan gaul sebati.
- Adunan memang mcm pekat, mcm nak buat biskut tuh.
- Masukkan adunan ke dalam bekas pembakar bersaiz 13 x 9 yg telah digris dengan butter
- Bakar selama 30 minit atau sehingga masak dan lapisan atas perang keemasan.
- Jangan bakar lama2 sangat, nanti congo bars jd keras bila sejuk.
- Biarkan sejuk sebentar sebelum dipotong.
p/s: kalau ada bekas pembakar mengikut saiz yg dicadangkan, lagi best, congo bars akan nipis sket. Aku guna bekas yg ada kat dapur, so, jd tebal dan x mcm brownies, mcm kek jer. Tapi still enak!
Try la.
so congo bar ialah biskut kek? heheheee..konpius..takpe kang nk try gak
ReplyDeletetak kak....congo bars ni mcm brownies... try la kak....best...hehehe
ReplyDeletelapar aku baca blog ko tengah2 malam nih... huhuhuhu...
ReplyDeletep/s-ada org google nama ko n jumpa kat blog aku..