Showing posts with label Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Kudapan. Show all posts

Tuesday, 23 August 2011

Curry Puff


Hari tu buat inti murtabak. Ala, yg mcm inti karipap tu. Kulit popia takde, so aku guna paratha. Inti tu dah sedang2 elok je masinnya, tapi sebab kulit paratha tu pun dah masin, so dia jd mcm over masin la pulak. So, aku taknak la masak guna paratha lagi, nanti membazir je orang tak makan.

Sebab inti tu ada byk lagi, dan kebetulan pi tesco beli barang-barang dapur, aku beli kulit pastry yg dah siap2 uli tu. Tinggal potong2 jer.


Kalau buat inti curry puff aka inti karipap aka inti murtabak...haa.. kalau buat inti ni bebanyak, pastu kulitnya tu je lain2, dah dpt 3 jenis kuih...simpan dalam freezer, time nak makan je kita goreng... hidup biar mudah =)

Bahan-bahan:

  • Beberapa biji kentang
  • Semangkuk isi ayam / daging cincang
  • 2 biji bawang besar (didadu)
  • Secekak daun sup (hiris)
  • 3 sudu besar serbuk kari (bancuh ngan sedikit air jdkan pes)
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Garam dan gula Sedikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar
  2. Masukkan pes rempah kari
  3. Tumis hingga pecah minyak, then masukkan ayam/daging 
  4. Bila cam dah masak, masukkan kentang dan sedikit air 
  5. Masukkan sedikit garam dan gula 
  6. Masak hingga kentang empuk (mungkin perlu tambah air dari semasa ke semasa tp jgn byk2 sbb xnak inti ni basah sgt) 
  7. Tambahkan garam jika perlu 
  8. Bila dah empuk dan air dah kering, masukkan daun sup dan gaul rata 
  9. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam kulit pastry.

Tuesday, 16 August 2011

Kuih Tiram / Lidah Buaya Kulit Popia

Sumber gambar: Lifepreetyshort
Dulu kecik2 selalu tolong umi buat kuih tiram or ada stgh orang panggil kuih lidah buaya. Susah gak nak buat dia. Macam buat karipap pusing tu. Kena uli2, canai2, potong2, canai2 lagi, pastu baru la boleh goreng2 dan tabur2 gula dan makan2.

Di satu hari yg hening beberapa tahun lepas, aku ada stock kulit popia yg agak byk dalam fridge. Kat sini, nak jumpa kulit popia, kena la menapak jauh ke kedai cina. Stakat kat supermarket depan rumah mmg x dpt la. Jadinya, aku bantai beli byk2. Dahtu, xtau nak buat apa dah. Mata pun dah naik juling makan popia.

So, aku google2 apa yg patut dibuat ngan kulit popia ni kan. Terjumpa satu resepi kuih tiram versi kulit popia. Sila la ke sini utk cara-cara membuat bergambar. Mudah dan lazat. Makan benda ni mmg ralit la org utara kata.


Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • Minyak utk deep fry
  • Gula icing
  • Bancuhan tepung dan air (utk buat gam) / air sahaja

Cara-cara:

  1. Gulung kulit popia mcm gulung kertas, tapi jgn gulung ketat sgt, cukup la saiz dia mcm sbtg pensel gitu
  2. Gam hujungnya dgn bancuhan tepung or air
  3. Gunting serong-serong
  4. Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan
  5. Angkat dan toskan
  6. Bila dah sejuk, sira dengan gula icing
  7. Then bleh la krup krap...

Monday, 20 June 2011

Raisin and almond shortbreads

Dalam operasi mengosongkan cabinet dapur, aku tejumpa beberapa bahan yang perlu ditukar menjadi makanan dengan segara. Ada gula icing, badam dan raisin. So, aku google ingredients ni dan aku tertarik nak buat raisin shortbreads sebab method dia cam senang jer.

Sebelum dipotong

Selepas dipotong
Resepi asal aku amik dari Joy of Baking. Tapi aku tambah badam. As usual, kawan2 aku jadi mangsa experiment... sorang kawan aku ckp "alaa....kenapa buat sikit sangat??" Haaa....sedap la tu...hehehe. Rasa dia mcm shortbread biasa tu, tp less rasa 'susu tepung' tu. Texture mcm biskut sket, mungkin sebab aku tambah badam, dia jd extra rangup.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan (226gms) unsalted butter - aku guna salted butter
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan (120gm) gula icing
  • 2 1/2 cawan (325 grams) all-purpose flour
  • 1/2 sudu kecil garam - aku x letak sbb dah pakai salted butter
  • 2 cups (260 grams) raisins
  • 1/2 cawan flake almond
Utk glaze:
  • 1 biji telur - dipukul sedikit

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada 180 darjah celcius
  2. Sapukan loyang pembakar 9 x 13 inch dengan sedikit butter
  3. Putarkan butter dan vanila esen hingga rata dan creamy (dlm 1minit)
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar hingga ringan dan fluffy
  5. Dalam mangkuk lain, gaulkan tepung dan garam (skip step ni kalau guna salted butter)
  6. Masukkan tepung dan putar hingga adunan membentuk doh
  7. Bahagikan doh kepada 2 bahagian (1 bahagian lebih kecil)
  8. Ratakan bahagian yang kecil di atas loyang, dan tekan perlahan2 dengan jari atau belakang sudu utk membentuk lapisan yang rata
  9. Taburkan raisin dan badam
  10. Taburkan (crumble) doh selebihnya dan tekan perlahan2 dgn jari atau sudu
  11. Sapukan telur di atas permukaan sebelum dibakar selama 30 - 40 minit atau sehingga perang keemasan
  12. Keluarkan dr oven dan sejukkan. Potong 4 segi
p/s: arahan soh potong shortbread lepas dah sejuk, tapi aku suggest potong masa panas2 sebab masa tu shortbread masih lembut. Bila dia dah sejuk, dia mengeras, pastu susah nak potong

p/s: best jd kuih raya nih, senang, xyah nak terap2. pas dah bakar, potong je to bite size.

Ada masa, aku akan buat lagi. Nyum..nyum...

Tuesday, 1 February 2011

Breakfast Casserole


Perlukan sarapan yang mudah, especially bila tetamu ramai tp masa tak cukup? Kalau kat Malaysia, mudah tu maksudnya beli la bebungkus2 nasi lemak ke mee goreng ke bihun goreng ke roti canai ke *sambil mengesat lelehan enzim atas keyboard*

Tapi klu kat UK nih, mane ada Makcik Melah jual nasi lemak tepi jln...huhu. So, boleh la try buat Breakfast Casserole ni. Breakfast Casserole ni kira makanan tradisi mat saleh. Selalunya diorg buat bila musim2 perayaan. Kaum kerabat ramai kat umah, jd kalau nak buat toast and sausages utk setiap org, mesti makan masa.

Breakfast casserole ni selalunya dibuat malam sebelumnya. Esok pagi2, kuar mulut fridge, masuk mulut oven. Resepi dia byk variety. Ada yang gunakan kentang, ada yang gunakan roti sebagai sumber kabohidrat. [Boleh guna nasi kalau brani...huhu].

Utk resepi yg variety, boleh la google ye, tp ikut creativity pun boleh juge.

Bahan2:
Bahan A

  • 8 keping roti (dibuang kulit tepi, disapu mentega 1 bahagian dan dipotong 4)
  • 8 batang sausages (dihiris)
  • Cendawan butang (dihiris)
  • 1 biji capsicum (dipotong dadu)
  • Beberapa batang daun bawang (dihiris)
  • 1 biji bawang (dipotong dadu)
  • 2 cawan grated cheese (aku guna mozarella)


Bahan B

  • 6 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • sedikit black pepper
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk perasa ayam
  • sedikit serbuk paprika


Cara-cara:

  1. Sapukan bekas casserole berukuran 9''x12'' dengan sedikit minyak
  2. Susunkan roti (bahagian yang disapu mentega di bawah)
  3. Taburkan sosej atas roti
  4. Gorengkan dahulu cendawan dgn 1 sudu teh minyak sehingga air cendawan agak kering
  5. Taburkan cendawan atas roti
  6. Ulang step 4 & 5 utk capsicum
  7. Taburkan daun bawang dan bawang
  8. Satukan bahan B dalam mangkuk hingga sebati
  9. Tuang ke dalam bekas casserole
  10. Taburkan dengan cheese
  11. Tutup bekas casserole dengan aluminium foil
  12. Simpan dalam fridge semalaman (atau sekurang2nya 4 jam)
  13. Bakar pada suhu 180 darjah selama 40 - 45 minit atau sehingga masak


p/s: boleh letak apa saja selain capsicum & mushroom, tapi kalau sayur tu jenis watery, elokla goreng dulu, kalau tak nnti breakfast casserole tu berair2, tak pejal

p/s 2: Bakar 30 minit pertama dengan aluminium, then bukak aluminium foil tu utk cairkan dan garingkan cheese kat atas

Kalau tak faham cara2, bleh tgk cara mat saleh wat breakfast casserole kat Youtube.

Thursday, 19 August 2010

Sira Pisang

Sila abaikan rumput rampai kat tengah2 tuh...huhu

Pencuci mulut ni popular kat Kelantan kot. Sebab aku mula tau pasal sira pisang sejak bekawan dengan orang kelantan. Tapi bagi aku ni bukan pencuci mulut, tapi 'pemotong kaki'. Huhuhu. Kandungan gulanya sangat tinggi ok. Sekali sekala tu boleh la makan. Tapi kalau selalu sangat...hmmm...

Cara nak buat sangatlah senang. Ni resepinya:

Bahan-bahan:
  • Pisang (jenis yang orang selalu buat goreng tuh)
  • Gula
  • Air
  • Daun pandan
  • 3 biji bunga cengkih
  • Pewarna kuning (optional)

Cara-cara:
  1. Potong pisang saiz sederhana (jgn kecik or besar sgt...)
  2. Masukkan dalam periuk yang diisi air
  3. Masakkan diatas api sederhana
  4. Masukkan gula, pewarna, daun pandan dan cengkih
  5. Berapa banyak gula tu begantung lah, seelok2nya kuah dia tu mcm pekat sket.
  6. Masak sehingga pisang empuk

Selalunya sira pisang ni di makan sejuk. Lepas dah masak, tunggu hingga suhu bilik, kemudian simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru hidangkan.

Saturday, 31 July 2010

Popia Ketam


Resepi popia nih aku dapat dari sorang adik nih. Dia buat PhD kat sini jugak. Satu hari ada makan2 berkonsepkan potluck, adik nih bawak popia ketam. Lazat! Resepi pun ringkas jer. Kalau tetibe ada jamuan ad-hoc, resepi ni memang sesuai.

Bahan2:
  • Kulit popia saiz besar (dipotong 4)
  • Crabsticks
  • Daun bawang
  • Mayonis

Cara2:
  1. Rebus crabstick sekejap dgn air yg cukup2 jer (sebab xnak rasa crabstick tu hilang)
  2. dah rebus, tapis airnya dan masukkan dalam mangkuk
  3. dengan sudu/garfu, tekan2 crabstick tu bagi dia hancur sket
  4. masukkan daun bawang yang dah dihiris halus
  5. masukkan sedikit mayonis (jangan byk sgt, elok2 jer utk adunan tu, mcm x brapa basah sgt)
  6. bila adunan dah sejuk, bolehla dimasukkan ke dalam kulit popia & gulung
  7. goreng dgn minyak yang banyak
  8. tapi kalau xnak goreng, boleh la susun atas dulang pembakar yang dah disapu minyak
  9. kemudian, sapu sikit minyak ke atas setiap popia dan bakar pada suhu 180 darjah, selama 15 minit atau sehingga keperangan
Boleh dihidangkan dgn sos cili atau sos thai. Selamat mencuba!

Friday, 9 July 2010

Vadey


Vadey antara kuih kegemaran aku. Kalau kat Malaysia, pi je la mana-mana gerai mamak, insyaAllah dapat la beli kuih nih. Kat sini, huhu...vadey xde, Darth Vader ade...hohoho.

Ni resepi Vadey yang Eliz, kawan aku ajar...

Bahan-bahan:
  • 250gm split pea
  • Bawang besar
  • Sedikit cili hijau
  • Sedikit cili merah
  • Sedikit daun kari
  • Sedikit garam
  • Minyak utk menggoreng (deep fry)

Cara-cara:
  1. Rendam split pea semalaman (lagi lama lagi bagus supaya senang nak blend)
  2. Toskan split pea dan masukkan dalam blender
  3. Masukkan sedikit saja air, dan blend.
  4. Blend seketika, kemudian kacau2 sket adunan tu, kemudian blend lagi
  5. Ulang proses tu sehingga kacang semua tu dah dikisar
  6. Masukkan bahan kisar tu dalam mangkuk dan campurkan bawang, cili merah dan cili hijau yg dah dihiris halus
  7. Masukkan daun kari (gunting kasar)
  8. Masukkan garam secukup rasa
  9. Panaskan minyak untuk menggoreng
  10. Ambil adunan dan buatkan bulat2 dan leperkan sedikit
  11. Gorengkan dengan api sederhana

p/s: masa blend kacang tu, pastikan air tu sedikit, sebab kalau byk nnti dia berair dan akan pecah bila digoreng. Jadi, letak je air sedikit, blend utk seminit, kemudian kacau2 adunan dgn sudu, kemudian blend lagi...part ni je la yang nak kena sabar sikit, kalau tak...tak jadi.

Selamat Mencuba!

Friday, 14 May 2010

Tuna Sandwich Bake


Sejak dua menjak ni asyik nak makan benda yang boleh dapat kat Malaysia je. Kat sini bukan tak boleh dapat, boleh, tapi kena la usaha gigih iaitu dengan membuatnya sendiri. Takde jual di pasar malam, pasar rabu, pasar raya dll.

Akibat nak makan yang bukan2 tuh, roti sebungkus langsung la tak terusik. Sekali tgk, esok tarikh luput dia. Alamak. Kena buat sesuatu. Walaupun kat sini, roti tu insyaAllah tahan dalam beberapa hari selepas expire date, tp baik betindak sekarang.

Aku pun dok google2 ape menu yg leh kita wat dgn sliced bread nih...kebanyakkan website suggest jadikan breadcrumb, stuffing dlm ayam or turkey bakar, jadikan sos mcm white sauce utk gravy, atau masuk je dlm freezer dan mkn bila2 nak nanti.

Resepi bread pudding pun banyak, tapi sebab bahan takde kat dapur dan aku sangat malas nak ke kedai so takleh la wat bread pudding. Bahan2 nak buat pasta bake adelah, jadi aku mencapur adukkan ilmu pasta bake dengan ilmu bread pudding. Terhasilah makanan yang aku namakan sebagai Tuna Sandwich Bake. Ala2 mcm sandwich tapi dibakar. Gitew la...

Jom tgk resepinya, tp tu semua anggaran, begantung kepada nak buat byk mana, dan saiz bekas besar mana. Utk resepi ni, aku guna bekas saiz 18cm x 23cm sesuai utk 4 - 5 org kot (tapi aku bedal sorg2...hahaha).

Bahan-bahan:
  • 1 tin tuna (in oil or brine)
  • seulas bawang besar (dihiris)
  • beberapa ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 tin sliced mushroom
  • 1 kotak chopped tomato (mcm sos spaghetti, dlm 400gm)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit gula & garam
  • 8 - 10 keping roti dipotong menyerong
  • 4 biji telur
  • suku cawan susu segar
  • sedikit cheese (aku guna mozzarella)
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah & tuna
  2. Masukkan mushroom yg telah ditoskan airnya
  3. masukkan chopped tomato
  4. masukkan serbuk lada hitam
  5. Kalau chopped tomatoes tu masam sgt, letak la gula dlm 1-2 sudu
  6. Masukkan garam jika perlu
  7. Masak sehingga airnya agak kering sedikit
  8. Dalam mangkuk, pukulkan telur bersama sedikit garam
  9. Rendamkan roti satu persatu dan susun dalam bekas pembakar yang telah disapu dengan mentega (jgn rendam lama2, nnti roti mcm soggy)
  10. Siap satu lapisan, ratakan tuna diatas roti tersebut dan tabur sedikit cheese
  11. ulang step 9 & 10 utk lapisan kedua.
  12. Bakar pada suhu 180 degree, selama 20 minit atau sehingga telur masak.
Tips:
  1. Boleh ganti tuna dengan daging, ayam, seafood atau apa saja yang anda suka
  2. Boleh tambah apa2 saja jenis sayuran
  3. Kalau tak jumpa chopped tomatoes, leh je pakai sos spaghetti tu
  4. Kalau tak nak cheese cepat hangus, bakar dulu adunan tu selama 10 - 15 minit, kemudian, keluarkan dari oven dan tabur cheese dipermukaan, kemudian bakar lagi utk beberapa minit
  5. Boleh dimakan sebagai sarapan pagi atau minum petang.
Selamat mencuba!

Wednesday, 12 May 2010

Yong Tau Foo

Ntah ape kene ntah...tetibe mcm teringin sgt2 nak makan yong tau foo. Mane plak nak carik kat sini, bukannya ade pasar malam. Aku pun cari2 resepi kat internet, jumpa la beberapa resepi. Ada yang senang, ada yang susah. Seperti biasa, aku ni mmg susah sket nak ikut resepi tu 100%. Bahan kat sini bukannya ade. Tadi aku pi cari kangkung kat kedai cina pun xde. So, ni resepi versi aku la yer. Versi perantau. Tapi rasa tu dah iras-iras dah. Hehehe.

Bahan-bahan:

[Sos Hitam]
  • 400ml air
  • 10 batang cili kering
  • sedikit belacan
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos kacang hitam (black bean sauce)
  • 4 sudu besar Hoisin sauce
  • sedikit serbuk perisa ayam
  • sedikit bijan
  • sedikit air bancuhan tepung jagung
[Sup Rebusan]
  • Beberapa ulas bawang putih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 inci halia
  • air secukupnya
  • sedikit perisa ayam
[Bahan2 lain]
  • Sosej
  • Tahu
  • Fish balls
  • Fish cake
  • Sotong balls
  • Crabstick
  • Crab balls
  • Kang kung (aku takde nih...ganti dgn timun jer)
Cara-cara:

[Sos Hitam]
  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng cili kering hingga garing
  2. Blend cili kering dgn sedikit air
  3. Panaskan air dalam periuk
  4. Masukkan gula melaka & cili yang telah diblend
  5. masukkan sos hoisin, sos black bean, kicap, belacan dan serbuk perasa ayam
  6. masak hingga mendidih, kemudian masukkan air tepung jagung sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yang diingini
  7. setelah masak, taburkan bijan yang telah disangai terlebih dahulu (aku masuk microwave jer)
[Sup Rebusan]
  1. Panaskan air
  2. kemudian masukkan bawang putih & halia yang telah diketuk
  3. Masukkan bunga lawang dan serbuk perasa ayam
  4. Tunggu hingga mendidih
  5. Masukkan bahan2 yong tau foo dan masak
Dah masak semua tuh...ape lagi...gunting2...masuk dlm pinggan, curah la kuah...makan!!!!

Tuesday, 12 January 2010

Tuna in Tortilla

Kalau aku malas2 (slalunya mmg malas pun...huhu), chicken wrap akan jadi menu aku hari2. Tapi, hari nih, aku dah bosan mkn chicken wrap. Tapi tortilla wrap tu ade sebungkus lg...nak buat ape yer....hmmm...

Aku selongkar dapur, jumpa beberapa tin tuna...so, aku decide nak wat "Tuna in Tortilla". Sebenarnya, aku penah tengok sorg minah saleh ni wat kat TV. Tp dia x guna tuna la...dia guna inti sosej. So, here goes my version...

Bahan2:
3 tin tuna in brine
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 batang celery (dipotong dadu kecil)
1 batang carrot (potong dadu kecil)
Sedikit garam
Sedikit sebuk lada sulah
Sedikit minyak utk menumis
1 bungkus tortilla wrap (6 keping)

Cara2 [Inti]:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu
  2. Masukkan tuna dan goreng seketika
  3. Masukkan carrot & sedikit air, tutup kuali supaya carrot empuk
  4. Masukkan celery, lada sulah dan garam secukup rasa
  5. Asingkan ke dalam mangkuk dan biarkan ianya sejuk
Cara2 [Tortilla]
  1. Potong tortilla kepada 4 bahagian
  2. Sapukan kuning telur di satu penjuru dan gamkan ke penjuru yg satu lg bg membentuk kon
  3. Masukkan inti tuna
  4. Rapatkan bahagian hujung diatas satu sama lain
  5. Buat sehingga habis (pastikan tortilla yg belum diguna disimpan dalam bekas kedap / dilapik tuala lembab utk mengelakkan ianya menjadi kering)
  6. Goreng tortilla sehingga kekuningan.



Alternatif: Inti tuna boleh digantikan dengan apa saja inti kesukaan anda mcm inti karipap, sardin & sebagainya...