Friday, 12 August 2011

Oreo Balls


Addict pada cream cheese belum habis lagi. Nak2 cream cheese tgh murah skrg. Balik Malaysia kempunan la nak makan cream cheese. Mau muflis kalau hari-hari nak makan cream cheese. Huhuhu.

Mcm2 resepi ada, tp ni yg paling mudah bg aku. Resepi Oreo Balls aku amik kat sini. Senang gile nak buat. Bahan pun senang. Takde nak bakar2. Kalau nak buat kat Malaysia, maybe kena hidang time tetamu dah datang, sebab coklat coating tu senang cair. Ataupun guna je coating sekut almond london tu, ok gak rasanya.

Ni resepi dari web yg aku amik tuh.

Bahan-bahan:
  • 1 pack biskut oreo
  • 1 pack (8 ounce) cream cheese (lembutkan pada suhu bilik)
  • 1 bar plain cooking chocolate
  • 1/4 bar white cooking chocolate
Cara-cara:
  1. Kisar oreo dalam blender hingga halus
  2. Gaulkan oreo dengan cream cheese
  3. Amik sikit adunan dan buat bulat2
  4. Letak atas tray/pinggan dan sejukkan dalam peti sebentar
  5. Sementara tu, cairkan plain cooking choc dalam mangkuk (guna double boil atau microwave jer)
  6. Dalam mangkuk yg lain, cairkan white choc
  7. Guna garfu or lidi utk celup bebola oreo dalam plain cooking choc
  8. Letak dalam casing pun ok gak, atau susun je atas tray, sejukkan
  9. Drizzle dengan white choc
  10. Boleh gak coat dengan white choc, drizzle ngan plain choc
Oreo balls in cute cake liners... (Source: Passion for Parties
Boleh buat sbg kuih raya gak kan?? nyum nyum!!!

4 comments:

  1. waa...cm sedap je..ri tu baru try buat biskot oreo black beauty dari blog kak izah..hehe boleh try ni.terima kasih sis!

    ReplyDelete
  2. mudah n cantik,sy suka resepi mcm ni! :)

    ReplyDelete
  3. syasya: sedap, esp for cheeselovers!

    deliah: u buat tentu lagi cantik, tak sabar nak jamu mata kat your blog... =) resepi mudah mmg best, cepat je dah dpt mkn, xyah tgu lama2...hehe

    ReplyDelete