Wednesday, 2 November 2011

Laksa Johor


Last weekend adik konvo kat Batu Pahat. So, kitorg tumpang tido umah makcik kat Kluang. Pagi sebelum balik KL, makcik buat Laksa Johor. Perrghh. Sungguh lazat. Aku ngan tak malunyabetambah bekali-kali. Resepi ni guna ikan sahaja, walaupun ada resepi-resepi lain yang letak udang, udang kering belacan etc. Resepi ni cam biasalah, anggaran2 saje. Boleh tambah kurang ikut selera masing-masing yer. Oklah, ni resepinya, cekidout.

Bahan-bahan (6 - 8 orang...kot..haha):

  • Spageti
  • Ikan kembong (dalam sekilo)
  • 3 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih* (kisar bahan bertanda *)
  • 2 inci halia*
  • 2 sudu besar cili kisar*
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 keping asam keping
  • 1 paket kecil kerisik
  • 1 paket kecil serbuk kari ikan (bancuh dengan sedikit air rebusan ikan)
  • 2 cawan santan pekat
  • ulam-ulam (timun, kacang panjang, limau nipis)
  • sambal belacan


Cara-cara:

  1. Rebus spageti dengan sedikit garam dan minyak, tos dan ketepikan
  2. Rebus ikan, asingkan tulang dan kisar isi ikan bersama sedikit air rebusan ikan
  3. Dalam periuk, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi
  4. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak
  5. Bila dah pecah minyak, masukkan isi ikan, 2 mangkuk air, asam keping
  6. Masukkan kerisik dan santan pekat, kacau seketika
  7. Masukkan garam gula secukup rasa
  8. Kacau rata dan masak dengan api perlahan sehingga kuah memekat
  9. Dalam pinggan, masukkan spagetti dan curah kuah yang dah masak, hiaskan dengan timun, limau kasturi, kacang panjang dan sambal belacan.


p/s: klu aku nak wat nanti, aku nak guna je mackeral dalam tin tuh, sonang kojo den ;p

Tuesday, 27 September 2011

"Office-made" Oregano Bread

sumber gambar: this week munchies

Last Thursday aku, Kak Yaz & Kak Akma makan2 kat Italiannies, The Curve. Lepas dah order menu, kami dihidangkan dengan beberapa keping roti oregano yang sangat enak. Makan cicah2 dengan olive oil. Tetiba, timbul idea utk membuat oregano bread di office. Balik kampung wiken tu, aku terus selongkar bread maker yang dah bersawang.

Sampai2 je office, aku, Kak Akma & Kak Yaz bergegas ke pantry. Ukur2, sukat2, timbang2, semua bahan dah masuk bread maker. Set timer, then aku pun terus ke clinic pagi tu sbb ada supervision. Tgh2 supervise students buat clinic, otak & perut aku dok tekenang2 keenakkan roti. Mesti bau roti tu semerbak satu office.

Lepas habis clinic, aku begegas ke office. Just in time roti tu masak. Kak Akma sibuk slice isi ayam bakar, kak yaz plak sibuk ngan salad. Wah2, fefiling british sgt masing2. Betul la orang kata, bila kat negara omputih, sibuk mengidam nak makan masakan Msia, bila dah kat Msia, sibuk ngidam nak makan makanan omputih.

Gambar roti tak sempat amik, masing2 rakus nak makan :)

Okla, ni resepinyer in case korang nak cuba.... sumber asal dari SINI. Tapi aku modified dgn omit cheese, italian seasoning, rosemary and black pepper, aku tambah oregano...

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 teaspoons active dry yeast
  • 1 1/2 teaspoons white sugar
  • 1 1/2 teaspoons salt
  • 1 teaspoon oregano
  • 2 1/2 cups bread flour
  • 1 cup water
  • 3 tablespoons olive oil


Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan dalam bread maker dan pilih setting mengikut arahan bread maker masing-masing

p/s:
Recipe ni menghasilkan roti saiz M
Sedap dimakan dengan tomato soup atau dengan isi ayam bakar & salad

Tuesday, 13 September 2011

Kek Coklat...lagi...

Mcm giant-size dorayaki...hihihi
Hari tu birthday sorang kawan aku. Lama dah, bln 8..cuma skrg baru nak update. Asalnya, aku nak beli je kek kat Pattiserie Valerie. Tapi, sebab ada kejadian rusuhan tu, aku batalkan niat suci murni aku tu. Kang tak pasal kek aku jadi habuan si perusuh2 itew.

Sudahnyer, godek2 dapur, bahan-bahan nak buat kek coklat semuanya ada. Cuma koko powder je xde. So, aku pun guna cooking chocolate je la sebagai ganti. Topping cake pun aku guna cooking chocolate gak. Untuk resepi kek, boleh rujuk sini.  Memandangkan yg nak makan tu tak ramai, so aku buat half dari resepi asal. Acuan kek pun xde, so aku guna mangkuk pyrex jer. Tu yg bentuk dia kiut gitu. huhuhu

Untuk topping, aku cairkan 1/2 bar cooking chocolate, campur dengan lebih kurang 50gm butter dan dalam beberapa sudu susu pekat manis. Aku tambah susu sebab chocolate bar yg aku guna tu byk koko (75%). Aku tambah butter sbb mcm nak bg dia cair sket, xde la pekat sgt. Ada resepi yg letak cream la apa la. Aku malas. Sekian.

Pastu curahla melted chocolate tu atas kek yg dah disejukkan. Boleh hias ikut suka. Aku tabur dengan wafer dari KitKat. Huhuhu.

Kat bawah ni hasil seni Chef Erik... perrghhh... terliur plak nak makan kek + aiskrim ni lagi...

Erik rajin plak nak menghias...kek coklat dgn ice cream, condensed milk dan gajus

Friday, 26 August 2011

Biskut Chocolate Chips

Cam chipsmore kan??
Ramai yg tau biskut choc chip ni kan? Aku kalau biskut2 yg base chocolate ni mmg aku suka. Cam lebih kurang je ngan biskut bourbon tu, cuma pakai gula perang ngan ada choc chip...

Hari tu, sambil2 memasak utk bebuka, Erik cakap dia nak buat biskut raya. Aku apa lagi, tolong bg sokongan padu la (padahal nak tolong makan jer). Resepi dia amik ngan mak dia. So aku tepek sini la sebab dia tulis resepi ngan cakar ayam. 10oz nampak mcm 100g  ... Tak ke bahaya tu. Pastu siap equation2 bagai. Ni nak wat kuih ke nak wat bangunan? Kompius2... /blur

Bahan-bahan:

  • 200 gm butter
  • 100 gm brown sugar
  • 100 gm gula halus
  • 300 gm tepung*
  • 1 sudu teh baking powder* (satukan bahan *)
  • 50 gm koko powder*
  • 100 gm badam cincang
  • 100 gm chocolate chips
  • 1 biji telur


Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah
  2. Putar gula halus, brown sugar dan butter hingga kembang
  3. masukkan telur, pukul sebati
  4. masukkan adunan tepung dan koko sedikit demi sedikit
  5. bila dah membentuk doh, masukkan chocolate chip dan badam, gaul rata
  6. dengan sudu, kaut sedikit adunan dan letak atas dulang pembakar
  7. Bakar selama 20-25 minit


Masa kita kuarkan dari oven, biskut ni mmg cam lembut2 sket. Tapi bila dah sejuk, dia akan mengeras dan rangup. Batch pertama yg kitorg bakar, kitorg p tunggu sampai biskut tu betul2 keras. Sudahnya, sedikit hangus dan bila dah sejuk, keras sgt plak. Tapi masih nyum..nyum... :p

Tuesday, 23 August 2011

Curry Puff


Hari tu buat inti murtabak. Ala, yg mcm inti karipap tu. Kulit popia takde, so aku guna paratha. Inti tu dah sedang2 elok je masinnya, tapi sebab kulit paratha tu pun dah masin, so dia jd mcm over masin la pulak. So, aku taknak la masak guna paratha lagi, nanti membazir je orang tak makan.

Sebab inti tu ada byk lagi, dan kebetulan pi tesco beli barang-barang dapur, aku beli kulit pastry yg dah siap2 uli tu. Tinggal potong2 jer.


Kalau buat inti curry puff aka inti karipap aka inti murtabak...haa.. kalau buat inti ni bebanyak, pastu kulitnya tu je lain2, dah dpt 3 jenis kuih...simpan dalam freezer, time nak makan je kita goreng... hidup biar mudah =)

Bahan-bahan:

  • Beberapa biji kentang
  • Semangkuk isi ayam / daging cincang
  • 2 biji bawang besar (didadu)
  • Secekak daun sup (hiris)
  • 3 sudu besar serbuk kari (bancuh ngan sedikit air jdkan pes)
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Garam dan gula Sedikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar
  2. Masukkan pes rempah kari
  3. Tumis hingga pecah minyak, then masukkan ayam/daging 
  4. Bila cam dah masak, masukkan kentang dan sedikit air 
  5. Masukkan sedikit garam dan gula 
  6. Masak hingga kentang empuk (mungkin perlu tambah air dari semasa ke semasa tp jgn byk2 sbb xnak inti ni basah sgt) 
  7. Tambahkan garam jika perlu 
  8. Bila dah empuk dan air dah kering, masukkan daun sup dan gaul rata 
  9. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam kulit pastry.

Tuesday, 16 August 2011

Kuih Tiram / Lidah Buaya Kulit Popia

Sumber gambar: Lifepreetyshort
Dulu kecik2 selalu tolong umi buat kuih tiram or ada stgh orang panggil kuih lidah buaya. Susah gak nak buat dia. Macam buat karipap pusing tu. Kena uli2, canai2, potong2, canai2 lagi, pastu baru la boleh goreng2 dan tabur2 gula dan makan2.

Di satu hari yg hening beberapa tahun lepas, aku ada stock kulit popia yg agak byk dalam fridge. Kat sini, nak jumpa kulit popia, kena la menapak jauh ke kedai cina. Stakat kat supermarket depan rumah mmg x dpt la. Jadinya, aku bantai beli byk2. Dahtu, xtau nak buat apa dah. Mata pun dah naik juling makan popia.

So, aku google2 apa yg patut dibuat ngan kulit popia ni kan. Terjumpa satu resepi kuih tiram versi kulit popia. Sila la ke sini utk cara-cara membuat bergambar. Mudah dan lazat. Makan benda ni mmg ralit la org utara kata.


Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • Minyak utk deep fry
  • Gula icing
  • Bancuhan tepung dan air (utk buat gam) / air sahaja

Cara-cara:

  1. Gulung kulit popia mcm gulung kertas, tapi jgn gulung ketat sgt, cukup la saiz dia mcm sbtg pensel gitu
  2. Gam hujungnya dgn bancuhan tepung or air
  3. Gunting serong-serong
  4. Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan
  5. Angkat dan toskan
  6. Bila dah sejuk, sira dengan gula icing
  7. Then bleh la krup krap...

Friday, 12 August 2011

Oreo Balls


Addict pada cream cheese belum habis lagi. Nak2 cream cheese tgh murah skrg. Balik Malaysia kempunan la nak makan cream cheese. Mau muflis kalau hari-hari nak makan cream cheese. Huhuhu.

Mcm2 resepi ada, tp ni yg paling mudah bg aku. Resepi Oreo Balls aku amik kat sini. Senang gile nak buat. Bahan pun senang. Takde nak bakar2. Kalau nak buat kat Malaysia, maybe kena hidang time tetamu dah datang, sebab coklat coating tu senang cair. Ataupun guna je coating sekut almond london tu, ok gak rasanya.

Ni resepi dari web yg aku amik tuh.

Bahan-bahan:
  • 1 pack biskut oreo
  • 1 pack (8 ounce) cream cheese (lembutkan pada suhu bilik)
  • 1 bar plain cooking chocolate
  • 1/4 bar white cooking chocolate
Cara-cara:
  1. Kisar oreo dalam blender hingga halus
  2. Gaulkan oreo dengan cream cheese
  3. Amik sikit adunan dan buat bulat2
  4. Letak atas tray/pinggan dan sejukkan dalam peti sebentar
  5. Sementara tu, cairkan plain cooking choc dalam mangkuk (guna double boil atau microwave jer)
  6. Dalam mangkuk yg lain, cairkan white choc
  7. Guna garfu or lidi utk celup bebola oreo dalam plain cooking choc
  8. Letak dalam casing pun ok gak, atau susun je atas tray, sejukkan
  9. Drizzle dengan white choc
  10. Boleh gak coat dengan white choc, drizzle ngan plain choc
Oreo balls in cute cake liners... (Source: Passion for Parties) 
Boleh buat sbg kuih raya gak kan?? nyum nyum!!!