Sunday, 6 February 2011

Ayam Masak Kicap Blackpepper

Resepi asal dari Blog Kak Hana. Tapi aku modified ikut bahan yang ada kat dapur. Resepi asal takde letak sayur mayur, aku letak, sebab kemalasan dan kebizian tahap tinggi nak goreng sayur utk menu no 2.

So, ni resepi hasil modified. Utk resepi asal, click blog k.Hana yer.

Bahan-bahan:

  • beberapa ketul ayam - pastu dipotong kecil 
  • 2 inci halia muda - hiris halus 
  • 3 ulas bawang putih - parut 
  • 2 sudu besar kicap manis 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/2 cawan air 
  • Sedikit serbuk perasa ayam
  • garam jika perlu 
  • carrot
  • tomato - potong 6
  • celeri
  • beberapa tangkai cili kering dipotong 2
  • lada besar *optional


Cara-cara 

  1. Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. 
  2. Perap sebentar 10-20min. 
  3. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. 
  4. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. 
  5. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky.
  6. Masukkan lebihan air tadi, dan masukkan carrot.
  7. Masakkan hingga ayam dan carrot empuk (kalau belum, tambah sedikit air lagi)
  8. Bila dah masak dan air hampir kering, tutup api, masukkan tomato, cili kering dan celeri.
  9. Gaulkan dah tutup kuali sebentar.
  10. Sedia utk dihidang.

Friday, 4 February 2011

Kuih Keria

Amacam? Cantik tak keria ni posing??
Kuih ni mmg mudah. Mudah dari segi bahannya. Tapi dari segi mengulinya, adoii. Agak leceh. Sepanjang duduk kat sini, dah berapa kali buat, tapi asyik gagal je. Bukan gagal sampai takleh makan, cuma dari segi presentation tu, hancus.

Jalan punya jalan ke blog orang demi mencari petua buat keria supaya x melekat2 dan senang diuli, aku masuk blog Kak Hana. Siapa tak kenal Kak Hana yang terer masak tu. Aku pun tanya dia apa petua. Dia bg petua no 1 & 2, yang selebihnya aku dapat dari kwn aku. Ni dia petua tu utk rujukan masa hadapan :

1. Ubi direbus, tapi jgn terlebih air, jadi klu tak kompiden nak agak brapa byk air, kukus ubi lebih baik
2. Sapukan tepung atau minyak pada tangan semasa menguli
3. Letak sedikit mentega dalam adunan
4. Pastikan adunan betul2 sejuk sebelum masukkan tepung

So, ni resepinya, aku amik dari blog Kak Hana.

Bahan2:

  • 500gm ubi keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 2 sudu besar gula
  • 1/4 cawan air


Cara-cara:

  1. Rebus / Kukus ubi keledek  
  2. Semasa masih panas, kupas kulit dan lenyekkan, kemudian biarkan sejuk sebentar
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
  4. Masukkan marjerin dan uli rasa
  5. Sapukan tangan dengan sedikit minyak, amik sedikit adunan dan buatlah mcm bentuk kuih keria tuh
  6. Buat sehingga habis, kemudian goreng dengan minyak yg banyak
  7. Lepas dah masak, toskan dan biarkan sejuk sebentar
  8. Dalam kuali yang lain, panaskan air dan gula
  9. Bila dah berbuih2, masukkan keria
  10. Bila air gula dah menyaluti keria, tutupkan api
  11. Gaul keria berulang kali sehingga air gula menjadi sira


Alhamdulillah, bentuk mengikut piawaian sirim...hahhaa
p/s: aku cucuk keledek tu dgn pisau, then masukkan dlm bekas tahan microwave berpenutup dan masak dalam microwave dgn suhu tinggi selama lebih kurang 10 minit - tak yah letak air tau!

Alhamdulillah, petua2 yang diberikan sangat2 bagus. Rasa senang je menguli, dapur pun tak sepah. Kalau tak tu, tepung betebaran sana sini. Lepas ni, kalau rajin bleh buat lagi =)

Thursday, 3 February 2011

Tenggiri masak merah


Ini la lauk tengahari semalam. Ikutkan nak makan ngan nasi lemak, tapi santan plak takde. Lagipun skrg ni tgh bz tahap cipanzi. Tepaksa masak benda-benda ringkas je. Letak sayur mayur skali, senang, xyah nak masak sayur lain...takpun makan je la ngan ulam-ulam. Sini takde pucuk paku sume tu, pucuk epal ada la...huhuhu

Bahan-bahan:

  • Beberapa keping ikan tenggiri
  • Sedikit garam & kunyit
  • Sebiji bawang besar - dadu
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 2 sudu besar serbuk cili (bancuh dgn sedikit air - jadi pes) / cili kisar
  • 5 sudu besar tomato puree
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu gula
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air
  • carrot, tomato dan daun bawang


Cara-cara:

  1. Gaulkan ikan tenggiri dengan garam & kunyit, goreng hingga masak
  2. Dalam kuali lain, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau
  3. Masukkan cili, goreng hingga pecah minyak
  4. Masukkan tomato puree, kacau seketika dan masukkan pula air
  5. Masukkan carrot, gula dan sos tiram 
  6. Bila carrot dah empuk, masukkan ikan yang telah digoreng
  7. Rasakan masin manisnya, kalau dah ok, tutup api dan masukkan daun bawang dan tomato
  8. Kacau seketika, sedia utk dihidang.

Tuesday, 1 February 2011

Breakfast Casserole


Perlukan sarapan yang mudah, especially bila tetamu ramai tp masa tak cukup? Kalau kat Malaysia, mudah tu maksudnya beli la bebungkus2 nasi lemak ke mee goreng ke bihun goreng ke roti canai ke *sambil mengesat lelehan enzim atas keyboard*

Tapi klu kat UK nih, mane ada Makcik Melah jual nasi lemak tepi jln...huhu. So, boleh la try buat Breakfast Casserole ni. Breakfast Casserole ni kira makanan tradisi mat saleh. Selalunya diorg buat bila musim2 perayaan. Kaum kerabat ramai kat umah, jd kalau nak buat toast and sausages utk setiap org, mesti makan masa.

Breakfast casserole ni selalunya dibuat malam sebelumnya. Esok pagi2, kuar mulut fridge, masuk mulut oven. Resepi dia byk variety. Ada yang gunakan kentang, ada yang gunakan roti sebagai sumber kabohidrat. [Boleh guna nasi kalau brani...huhu].

Utk resepi yg variety, boleh la google ye, tp ikut creativity pun boleh juge.

Bahan2:
Bahan A

  • 8 keping roti (dibuang kulit tepi, disapu mentega 1 bahagian dan dipotong 4)
  • 8 batang sausages (dihiris)
  • Cendawan butang (dihiris)
  • 1 biji capsicum (dipotong dadu)
  • Beberapa batang daun bawang (dihiris)
  • 1 biji bawang (dipotong dadu)
  • 2 cawan grated cheese (aku guna mozarella)


Bahan B

  • 6 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • sedikit black pepper
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk perasa ayam
  • sedikit serbuk paprika


Cara-cara:

  1. Sapukan bekas casserole berukuran 9''x12'' dengan sedikit minyak
  2. Susunkan roti (bahagian yang disapu mentega di bawah)
  3. Taburkan sosej atas roti
  4. Gorengkan dahulu cendawan dgn 1 sudu teh minyak sehingga air cendawan agak kering
  5. Taburkan cendawan atas roti
  6. Ulang step 4 & 5 utk capsicum
  7. Taburkan daun bawang dan bawang
  8. Satukan bahan B dalam mangkuk hingga sebati
  9. Tuang ke dalam bekas casserole
  10. Taburkan dengan cheese
  11. Tutup bekas casserole dengan aluminium foil
  12. Simpan dalam fridge semalaman (atau sekurang2nya 4 jam)
  13. Bakar pada suhu 180 darjah selama 40 - 45 minit atau sehingga masak


p/s: boleh letak apa saja selain capsicum & mushroom, tapi kalau sayur tu jenis watery, elokla goreng dulu, kalau tak nnti breakfast casserole tu berair2, tak pejal

p/s 2: Bakar 30 minit pertama dengan aluminium, then bukak aluminium foil tu utk cairkan dan garingkan cheese kat atas

Kalau tak faham cara2, bleh tgk cara mat saleh wat breakfast casserole kat Youtube.

Thursday, 20 January 2011

Sambal Belacan



Aku amik resepi ni kat sini. Tapi aku tak buat mcm resepi tuh, sebab banyak sangat. Especially cili padi tu, mau tebakar lidah kalau guna 1 mangkuk cili tuh. Huhuhu.

Ok, ni bahan-bahan:
  • 10 batang cili padi
  • 3 sudu gula
  • 1 sudu besar belacan
  • 2 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 biji limau nipis / lemon diambil airnya
  • Sedikit air masak
Cara-cara:
  1. Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing(aku guna shrimp paste jer)
  2. Masak bawang besar dgn microwave selama 2 minit atau boleh juga dibakar
  3. Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas, kalau ada apa2 rasa tak cukup, bleh la adjust2, kisar balik
  4. Siap untuk dihidang
p/s: aku guna blender kering, so aku tak perlu tambah air, best la sebab sambal jd pekat

Tuesday, 18 January 2011

Puding Jagung

Tetibe tekak seakan meronta-ronta inginkan sesuatu yang manis lagi berlemak. Okla, to be exact, nak puding jagung. Aku ni bukan la suka sgt version of jagung. Macam bubur jagung, air jagung, aiskrim jagung. Tapi entah kenapa tetibe je rasa nak mkn puding jagung.

Resepi aku cilok dari F&N kat MyResepi.

So, aku salin kat sini utk rujukan.



Bahan-bahan (bleh utk 5-10 org mkn, begantung pada tahap kelaparan juga):
  • 1 cawan tepung custard
  • 3 cawan air
  • 1 cawan jagung manis (aku letak dlm 1 3/4 cwn)
  • 1 1/2 cawan susu cair (aku guna freshmilk)
  • 3/4 cawan gula (sukatan ikut kemanisan jagung)

Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk
  2. Kacau pada api sederhana sehingga likat & berkilat
  3. Tuang dalam bekas, dan sejukkan sebelum dipotong

p/s: Custard ni senang likat kalau guna api besar, tp x masak, so, aku guna api yang perlahan supaya custard tu masak betul2, then bila dah agak2 mcm dah nak melikat tu, baru aku kuatkan api sikit je lagi

Tuesday, 11 January 2011

Jus Epal Kasturi

Hari ni kepala pening-pening lalat. Tidur awal, sudahnya kul 3 pagi tejaga. Tetibe je teringat kat jus epal kasturi Secret Recipe. Mana nak cari SR kat sini. Adehhh....

So, memandangkan epal hijau dan asam boi ada kat dapur tu, aku pun telah membuat jus tu. Enak! Lepas la rindu dendam kat jus epal kasturi SR. Ni resepinya:

Bahan-bahan:
  • Beberapa biji epal hijau
  • Sedikit air masak
  • Sedikit gula (jika perlu)
  • Assam boi
  • Limau kasturi
  • Ais


Cara-cara:
  1. Kisar epal hijau (masukkan dalam juicer or guna blender biasa pun boleh)
  2. Kalau guna blender, kisar sekali dgn gula dan air
  3. Lepas dah kisar, masukkan dalam jug / gelas
  4. Masukkan sebiji assam boi dalam gelas
  5. Perahkan sedikit limau kasturi (aku skip bhgn ni sbb epal hijau ni dah cukup masam)
  6. Masukan beberapa ketulan ais (air kat sini dah seejuuukk dah..so aku x letak ais)
p/s: kalau suka, bleh blend epal tu ngan ais skali...lagi mantoppp!
p/s: aku tapis dulu air tu sblm msuk dlm cwn, tak suka 'serdak' epal tuh...huhuhu

Selamat mencuba!