Kalau ada masa tu, buat sendiri lagi best kan, boleh letak gula banyak2 ;p
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung pulut
- 3 sudu tepung beras
- Sedikit jus pandan (kisar daun pandan tapis airnya)
- Gula melaka (dipotong dadu kecil)
- Kelapa parut
- Garam
- Air
Cara-cara:
- Campurkan tepung pulut dan tepung beras
- Masukkan jus pandan
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli tepung
- Agak-agak adunan tu boleh dibuat bulat2, maknanya dah ok la tu. Kalau rasa keras sgt, tambah tepung pulut atau tambah air. Kalau lembik sangat pulak, tambah tepung beras sikit.
- Buat bola2 kecil, kemudian leperkan dan masukkan gula melaka, kemudian bulatkan balik, terus campakkan ke dalam periuk yang berisi air mendidih.
- Bila buah melaka tu dah timbul, bolehlah angkat dan golekkan ke atas kelapa parut yang dah digaulkan dengan sedikit garam.
- Tunggu buah melaka sejuk sedikit baru boleh ngap. Kang tak pasal melecur sebab gula melaka yang panas tu.
p/s: tepung beras tu tak letak pun takpe, tp petua orang tua kata nak bagi adunan tu keras sedikit, senang nak uli, so tepung beras tu jangan letak banyak2, nanti buah melaka keras sangat pulak.
nampak kueh ni musti teringat kat housemate dulu. Dia tak reti masak. Tapi pandai wat kueh ni. Kami yang lain kagum dan pelik. Saya yang kaki masak pon belom penah buat. Will try some day. Heheee
ReplyDelete