Tuesday, 20 July 2010

Kerabu Mangga ala Bristol



Sekarang nih buah-buahan tropica tgh murah. Kebetulan, mangga pun tgh sale sekarang. Terus tebayang kerabu mangga yang lazat kat Istana Budaya tuh. Tapi biasa la kat sini bahan-bahan nak buat kerabu mangga yg authentic punya tu xde, jadi aku ngan kawan2 aku buat kerabu mangga sempoi. Janji rasa tu ada iras2. Boleh la klu nak lepaskan kempunan tu kan.

Bahan2:
  • Sebiji mangga
  • Sebiji bawang merah
  • Beberapa batang carrot
  • Sebatang cili merah & hijau
  • Segenggam ikan bilis
  • Dua sudu sos ikan
  • Garam & gula jika perlu

Cara2:

  1. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan
  2. Kupas mangga dan hiris halus-halus
  3. Hiris bawang merah, carrot dan cili merah
  4. Satukan bahan hiris dalam mangkuk
  5. Masukkan sos ikan
  6. Bila dah nak makan tu baru masukkan ikan bilis goreng (supaya ikan bilis kekal rangup)

Itu saje, senang kan? ;p

Friday, 9 July 2010

Vadey


Vadey antara kuih kegemaran aku. Kalau kat Malaysia, pi je la mana-mana gerai mamak, insyaAllah dapat la beli kuih nih. Kat sini, huhu...vadey xde, Darth Vader ade...hohoho.

Ni resepi Vadey yang Eliz, kawan aku ajar...

Bahan-bahan:
  • 250gm split pea
  • Bawang besar
  • Sedikit cili hijau
  • Sedikit cili merah
  • Sedikit daun kari
  • Sedikit garam
  • Minyak utk menggoreng (deep fry)

Cara-cara:
  1. Rendam split pea semalaman (lagi lama lagi bagus supaya senang nak blend)
  2. Toskan split pea dan masukkan dalam blender
  3. Masukkan sedikit saja air, dan blend.
  4. Blend seketika, kemudian kacau2 sket adunan tu, kemudian blend lagi
  5. Ulang proses tu sehingga kacang semua tu dah dikisar
  6. Masukkan bahan kisar tu dalam mangkuk dan campurkan bawang, cili merah dan cili hijau yg dah dihiris halus
  7. Masukkan daun kari (gunting kasar)
  8. Masukkan garam secukup rasa
  9. Panaskan minyak untuk menggoreng
  10. Ambil adunan dan buatkan bulat2 dan leperkan sedikit
  11. Gorengkan dengan api sederhana

p/s: masa blend kacang tu, pastikan air tu sedikit, sebab kalau byk nnti dia berair dan akan pecah bila digoreng. Jadi, letak je air sedikit, blend utk seminit, kemudian kacau2 adunan dgn sudu, kemudian blend lagi...part ni je la yang nak kena sabar sikit, kalau tak...tak jadi.

Selamat Mencuba!

Sunday, 4 July 2010

Swiss roll ice cream cake


Hari nih hari jadi Kak Ain. Yus mintak aku buatkan kek harijadi. Tapi aku plak dah bungkus sume pekakas baking aku sbb nak shipping. Sbb nanti pun nak pindah rumah, senang sket pindah dgn barang sikit. Tambah pulak malas nak selongkar pekakas sume tuh, jadi aku pun carik idea nak buat kek tanpa bakar.

Kebetulan sekarang ni musim panas. Memang enak la kalau pekena ice cream. Sudahnya, aku buat kek ice cream jer utk kek harijadi tuh. Resepi tu aku cilok sket2 dr website Nigella. Tapi aku modify sket2 la. Nigella tak pakai swiss roll. Hanya ice cream semata campur ngan bahan2 lain. Senang sangat nak buat kek nih. Yang penting ada swiss roll & ice cream. Bahan2 tambahan yang lain tu leh la diubahsuai ikut suka.

Ni bahan2 yang diperlukan:

  • Swiss roll (ikut suka la nak perisa apa pun, aku guna tripple chocolate dari Cadbury)
  • Ice cream (aku guna vanilla)
  • Biskut oreo (aku buang cream tengah dia tu sbb takmo manis sgt)
  • Dark chocolate chip
  • Crunchie Bar Cadbury

Cara2:

  1. Alaskan bekas kek dgn plastik (supaya senang nak keluarkan kek)
  2. Potong swiss roll dan susun dalam bekas, tutup bekas & masukkan dalam freezer
  3. Sementara tuh, campurkan ice cream dgn biskut oreo dan Crunchie Bar yg dah ditumbuk kasar
  4. Masukkan dark chocolate chip
  5. Keluarkan swiss roll dr dlm freezer (nak bg kek keras sket supaya senang nak masukkan ice cream, xde la kek hancur nanti)
  6. Sendukkan ice cream ke dalam bekas belapis swiss roll tu
  7. Masukkan semula ke dalam freezer
  8. Masa nak makan tuh, keluarkan ice cream ke suhu bilik dlm 5 minit supaya dia lembut sket, senang nak potong.
p/s: Leh la nak tambah apa2 bahan yang rasa sesuai, macam kacang or melt chocolate

Monday, 24 May 2010

Spaghetti with crab meat



Sejak dua menjak ni memang busy. Kalau sekali masak tuh, memang masak utk 3-4 hari terus. Muak pun muak la. Janji perut diisi. Kang lapar, asyik teringat makanan jer, keje pun tak jalan jugak.

Masa pegi supermarket dekat2 sini, tejumpa plak crab sticks. Lama betul tak makan ketam, ketam yg cukup sifat tu pun x penah nampak kat sini. So, memandangkan hari tu ade tgk rancangan Chef Gordon Ramsay, aku pun nak try la salah satu resepi dia iaitu "Angel hair pasta with crab, chilli and lime recipe". Utk resepi asal, leh click sini

Macam biasa, aku masak ikut apa yg ada di dapur la. Pastu, Chef Ramsay ade letak wine, aku tak letak la kan. So, ni aku nyer version:

Bahan-bahan:
  • 100gm spaghetti
  • 1 biji cili besar
  • 3 pokok spring onion
  • 3 ulas bwg putih
  • stock ayam (perisa ayam + 1/4 cawan air)
  • semangkuk isi ketam (aku pakai crabstick jer)
  • secekak parsley
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit air perahan limau nipis
  • sedikit olive oil (jika suka atau gantikan dgn butter or minyak biasa)

Cara-cara:
  1. Masak seperiuk air hingga menggelegak
  2. Masukkan sedikit garam dan spaghetti, masak ikut arahan pack
  3. Dalam kuali, panaskan minyak biasa
  4. Tumis cili dan spring onion
  5. Kemudian, masukkan bawang putih yang telah dicincang
  6. Masukkan ketam
  7. Masukkan sedikit stock ayam, biarkan seketika hingga agak kering
  8. Masukkan serbuk lada hitam dan garam
  9. Setelah masak, ketepikan, masukkan air perahan limau
  10. Toskan spaghetti & taburkan sedikit olive oil, garam & serbuk lada hitam, gaul
  11. Gaulkan spaghetti dengan adunan ketam & parsley yg telah dihiris
  12. Hidangkan
Makanan ni omputih makan as starter. Tapi ikut suka la nak makan bila pun kan. Bagi aku, ade la iras2 bihun goreng singapore. Cuma pakai spaghetti jer & ade lime. Bagi yang sukakan masakan western, boleh la cuba nih.

Friday, 14 May 2010

Tuna Sandwich Bake


Sejak dua menjak ni asyik nak makan benda yang boleh dapat kat Malaysia je. Kat sini bukan tak boleh dapat, boleh, tapi kena la usaha gigih iaitu dengan membuatnya sendiri. Takde jual di pasar malam, pasar rabu, pasar raya dll.

Akibat nak makan yang bukan2 tuh, roti sebungkus langsung la tak terusik. Sekali tgk, esok tarikh luput dia. Alamak. Kena buat sesuatu. Walaupun kat sini, roti tu insyaAllah tahan dalam beberapa hari selepas expire date, tp baik betindak sekarang.

Aku pun dok google2 ape menu yg leh kita wat dgn sliced bread nih...kebanyakkan website suggest jadikan breadcrumb, stuffing dlm ayam or turkey bakar, jadikan sos mcm white sauce utk gravy, atau masuk je dlm freezer dan mkn bila2 nak nanti.

Resepi bread pudding pun banyak, tapi sebab bahan takde kat dapur dan aku sangat malas nak ke kedai so takleh la wat bread pudding. Bahan2 nak buat pasta bake adelah, jadi aku mencapur adukkan ilmu pasta bake dengan ilmu bread pudding. Terhasilah makanan yang aku namakan sebagai Tuna Sandwich Bake. Ala2 mcm sandwich tapi dibakar. Gitew la...

Jom tgk resepinya, tp tu semua anggaran, begantung kepada nak buat byk mana, dan saiz bekas besar mana. Utk resepi ni, aku guna bekas saiz 18cm x 23cm sesuai utk 4 - 5 org kot (tapi aku bedal sorg2...hahaha).

Bahan-bahan:
  • 1 tin tuna (in oil or brine)
  • seulas bawang besar (dihiris)
  • beberapa ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 tin sliced mushroom
  • 1 kotak chopped tomato (mcm sos spaghetti, dlm 400gm)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit gula & garam
  • 8 - 10 keping roti dipotong menyerong
  • 4 biji telur
  • suku cawan susu segar
  • sedikit cheese (aku guna mozzarella)
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah & tuna
  2. Masukkan mushroom yg telah ditoskan airnya
  3. masukkan chopped tomato
  4. masukkan serbuk lada hitam
  5. Kalau chopped tomatoes tu masam sgt, letak la gula dlm 1-2 sudu
  6. Masukkan garam jika perlu
  7. Masak sehingga airnya agak kering sedikit
  8. Dalam mangkuk, pukulkan telur bersama sedikit garam
  9. Rendamkan roti satu persatu dan susun dalam bekas pembakar yang telah disapu dengan mentega (jgn rendam lama2, nnti roti mcm soggy)
  10. Siap satu lapisan, ratakan tuna diatas roti tersebut dan tabur sedikit cheese
  11. ulang step 9 & 10 utk lapisan kedua.
  12. Bakar pada suhu 180 degree, selama 20 minit atau sehingga telur masak.
Tips:
  1. Boleh ganti tuna dengan daging, ayam, seafood atau apa saja yang anda suka
  2. Boleh tambah apa2 saja jenis sayuran
  3. Kalau tak jumpa chopped tomatoes, leh je pakai sos spaghetti tu
  4. Kalau tak nak cheese cepat hangus, bakar dulu adunan tu selama 10 - 15 minit, kemudian, keluarkan dari oven dan tabur cheese dipermukaan, kemudian bakar lagi utk beberapa minit
  5. Boleh dimakan sebagai sarapan pagi atau minum petang.
Selamat mencuba!

Wednesday, 12 May 2010

Yong Tau Foo

Ntah ape kene ntah...tetibe mcm teringin sgt2 nak makan yong tau foo. Mane plak nak carik kat sini, bukannya ade pasar malam. Aku pun cari2 resepi kat internet, jumpa la beberapa resepi. Ada yang senang, ada yang susah. Seperti biasa, aku ni mmg susah sket nak ikut resepi tu 100%. Bahan kat sini bukannya ade. Tadi aku pi cari kangkung kat kedai cina pun xde. So, ni resepi versi aku la yer. Versi perantau. Tapi rasa tu dah iras-iras dah. Hehehe.

Bahan-bahan:

[Sos Hitam]
  • 400ml air
  • 10 batang cili kering
  • sedikit belacan
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos kacang hitam (black bean sauce)
  • 4 sudu besar Hoisin sauce
  • sedikit serbuk perisa ayam
  • sedikit bijan
  • sedikit air bancuhan tepung jagung
[Sup Rebusan]
  • Beberapa ulas bawang putih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 inci halia
  • air secukupnya
  • sedikit perisa ayam
[Bahan2 lain]
  • Sosej
  • Tahu
  • Fish balls
  • Fish cake
  • Sotong balls
  • Crabstick
  • Crab balls
  • Kang kung (aku takde nih...ganti dgn timun jer)
Cara-cara:

[Sos Hitam]
  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng cili kering hingga garing
  2. Blend cili kering dgn sedikit air
  3. Panaskan air dalam periuk
  4. Masukkan gula melaka & cili yang telah diblend
  5. masukkan sos hoisin, sos black bean, kicap, belacan dan serbuk perasa ayam
  6. masak hingga mendidih, kemudian masukkan air tepung jagung sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yang diingini
  7. setelah masak, taburkan bijan yang telah disangai terlebih dahulu (aku masuk microwave jer)
[Sup Rebusan]
  1. Panaskan air
  2. kemudian masukkan bawang putih & halia yang telah diketuk
  3. Masukkan bunga lawang dan serbuk perasa ayam
  4. Tunggu hingga mendidih
  5. Masukkan bahan2 yong tau foo dan masak
Dah masak semua tuh...ape lagi...gunting2...masuk dlm pinggan, curah la kuah...makan!!!!

Thursday, 6 May 2010

Namtok Tuna

Namtok ni dalam bahasa Thai yg bermaksud 'air terjun'. Tapi makanan ni ala2 kerabu gitew. Tak tau la ape sejarah makanan ni smpai dinamakan 'air terjun'. Yang pasti, makanan ni mmg mudah nak disediakan. Semuanya main terjun2 campak2 dalam mangkuk.

Kat kedai cina kat sini, ada jual serbuk namtok nih. Utk penambah perisa mcm tu la. Tapi kalau takde, letak garam or serbuk perasa yg ada kat dapur tu pun dah ok. Namtok ni mcm kerabu juga. Leh wat guna mcm2 bahan, ikan, daging, ayam, seafood. Tapi yg ni Namtok versi Tuna.

Ok...ni resepi Namtok Tuna yg kawan Thai aku, Oui ajar.

Bahan2:

1 tin tuna (in brine/oil)
beberapa biji tomato cherry (tomato kecik2 tu, klu xde, tomato besar tu pun ok)
secekak daun ketumbar
separuh biji lime
beberapa ulas bawang merah
sedikit cili padi
garam / serbuk perasa / serbuk Namtok
suku sudu teh serbuk bawang putih (tak letak pun xpe)

Cara2:
  1. Toskan tuna dan buang minyak/air, masukkan dalam bekas tahan microwave
  2. Masukkan dalam microwave dan masak pada suhu tinggi dalam seminit dua
  3. Biarkan tuna sejuk sebentar sebelum dicampur dgn bahan2 lain
  4. Belah 2 atau 4 tomato cherry, hiris daun ketumbar, bawang merah dan cili padi, kemudian campurkan ke dalam mangkuk tuna tadi
  5. perahkan lime
  6. Masukkan garam / serbuk Namtok / serbuk bwg putih jika perlu
  7. Siap! Enak dimakan dengan nasi panas.
Ni la lauk dikala malas memuncak. Sedap jugak utk wat penaik selera.