Ada jemputan open house hari nih. Ingat nak pegi makan jer, tapi macam tak best pulak kalau datang bawak perut je. So, google2 la cari resepi yang mudah tapi lazat. Nampak resepi banana muffins dari CatCanCook. Resepi nih dpt 500+ positive responses. Waahhh...patut cuba nih. Memandangkan casing muffin pun banyak, pisang pun ada, apa lagi...layannnn.....
Resepi asal tak letak choc chip pun, tapi x salah la klu nak letak pun...kalau tak suka choc chip, leh la letak almond flakes ke, or apa2 je la yg sesuai...
Ni resepinya...(mcm biasa, resepi asal bleh tgk blog tadi tu la yer)
Bahan-bahan (12 muffins):
Bahan Kering
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicabonate soda
1/2 sudu kecil garam
******
Bahan basah
4 biji pisang
1/3 cawan butter cair
1 biji telur
1/2 cawan gula (adjust sukatan bedasarkan kemanisan pisang)
******
Hiasan
Chocolate chip
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 180 oC
- Satukan bahan-bahan kering dalam satu mangkuk, ketepikan.
- Lenyek pisang, kemudian masukkan telur yang telah dipukul sedikit dan bahan basah yang lain
- Tuangkan bahan basah ke dalam bekas bahan kering
- Gaul rata, tapi jgn over gaul. Ketepikan seketika (dlm 5 minit).
- Sendukkan adunan ke dalam acuan muffins. Tabur choc chip.
- Masukkan dalam oven, letak semangkuk air dalam oven tu sekali (aku letak dulang pembakar muffins kat rak tengah oven, mangkuk berisi air di rak bawah)
- Bakar selama 20 ke 25 minit, begantung pada oven yang digunakan.
- Cucuk dengan lidi, kalau xde adunan meleka di lidi, maknanya dah masak la tuh.
- Keluarkan dari oven, dah susun atas jaring utk sejukkan.
aku biarkan seketika sebelum bakar muffins sbb nak bg adunan tu mesra dan baking & bicarb soda tu betindak balas dulu...baru muffin naik cantik... yg gmba atas tu yg batch petama aku buat, x naik sgt...yg second trial tu naik tinggi...
masa kat open house tadi, ramai ckp muffins tu sedap, sebab manis sedang2 elok dan taklah berminyak sangat...so, nnti aku nak buat muffin nih utk besday seseorg... ;p
No comments:
Post a Comment