Sunday 28 February 2010

Nasi Minyak

Rasa cam nak makan something special, tapi senang dan cepat. Jadinya, aku pun buat la nasi minyak. Dah byk kali dah buat nasi minyak nih. Sedap dan paling penting mudah nak buat especially utk org yg 'perasan' busy mcm aku nih.

So, ni resepinyer:

Bahan2:

4 pot beras
4 pot air
3 ulas bwg putih - hiris
3 ulas bwg merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
2 sudu minyak sapi
sedikit minyak masak
1 biji tomato - cincang
sedikit perencah ayam
1/2 cwn susu cair

*bahan2 hiasan - gajus goreng, kismis, daun sup, bwg goreng

Cara2:
  1. Basuh beras hingga bersih kemudian toskan
  2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk
  3. Tumiskan bawang & rempah ratus sehingga naik bau harum
  4. Masukkan tomato yang telah dicincang
  5. Masukkan air
  6. Masukkan perencah ayam
  7. Apabila air sudah menggelegak, masukkan susu & beras
  8. Tukarkan ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa
Senang kan? Leh la hias ngan gajus goreng, kismis dan sebagainya. Aku makan ni ngan daging dendeng. Resepi di bawah.

Daging Dendeng ala Bristol


Ni antara makanan kegemaran aku ketika bulan perayaan. Sejak diperkenalkan oleh Nda Teh, mmg keje aku nak makan benda ni je la. Nak2 pekena plak ngan lemang Ami Tar. Perrgghhh...heaven!

Aku dulu penah mintak resepi dari Nda Teh. Tapi ntah mane aku letak resepi tu ntah. Nak tnya resepi lg cam malu kan. Kebetulan kwn aku kat Cardiff tau macam mana nak buat. So, aku pun main eksperimen je la. Campur2 cara dia buat ngan cara2 Nda Teh buat yg aku ingat2 lupa tuh.

Hasilnya....sedap u!!! So, aku namakan resepi nih daging dendeng ala bristol. Kalau nak yg authentic nyer resepi, kena la google or tnya mak2 nenek2 masing2 yer...

So, ni resepinya...

Bahan2:
  • Daging lembu
  • Kicap manis
  • Gula
  • Cili kisar*
  • Bawang merah* [*dikisar]
  • Bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • bawang merah - untuk bwg goreng (lagi byk lagi best)
  • 2 batang serai - dihiris (nak byk lg pun boleh)
  • air asam jawa
  • garam
  • minyak

Cara2:
  1. Perapkan daging yang telah dibersihkan dengan kicap dan gula [sekurang2nya 3jam]
  2. Panaskan minyak dan goreng bawang, ketepikan.
  3. Goreng serai, ketepikan.
  4. Goreng daging, ketepikan.
  5. Dengan minyak yg sama [kurangkan kalau rasa minyak byk sgt], tumis bahan kisar
  6. Setelah terbit minyak, masukkan air asam jawa.
  7. Setelah sambal agak pekat, masukkan daging, kacau rata.
  8. Rasakan masin manisnya, tambah garam jika perlu.
  9. Masak hingga mengikut kadar kepekatan yang anda suka.
  10. Masukkan bawang goreng dan serai goreng.
Aku buat daging ni tak kering sangat. Lembab2 jer...Sesuai dimakan dengan ketupat, lemang, nasi minyak, roti, nasi putih dan ape2 je la...selamat mencuba! Untuk kali ni, aku makan ngan nasi minyak. Best!

Monday 22 February 2010

Kek Batik


Semalam aku mengemas dapur, tau2 ada beberapa bungkus besar Milo yang akan expire bulan 6 tahun nih. Mak aii...hari2 kena minum Milo la jawabnyer. Hari tu masa balik Malaysia, aku bwk beberapa bungkus. Ye la, sini punya Milo xleh celen Milo Malaysia. Kebetulan housemate aku pun bawak balik milo. Tu yang dah macam kilang milo dah rumah aku nih.

Dok pikir-pikir nak buat ape dengan Milo yang banyak nih, teringat Erik ade cakap dia teringin nak mkn kek batik. Aku plak buat2 tak dengar masa tu. Hehehehe. Bukan apa, benda yang aku tak penah buat ni aku cam lemah sket. Haaa...ni sebelum Milo aku expired macam tu jer, baik aku cube resepi Kek Batik yang aku songlap dari Mat Gebu.

Macam biasa aku ade ubah suai resepi. Bukan nak derhaka pada tok guru. Tapi nak ikut kelengkapan dapur aku yang senantiasa tak lengkap tu.

So, ni resepi asal dengan tulisan merah tu adelah suka suki aku:

Bahan2:
20-25 keping biskut marie [sini takde biskut marie, jd aku pakai biskut rich tea]
1/2 cawan mentega (kurang lebih 125g),
1/2 cawan gula [aku letak tak sampai 1/3 cawan]
1/2 cawan susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla [part ni aku skip sbb xde]
1 cawan milo
2 camca besar serbuk koko [yg ni pun aku takde, jd aku masukkan dark chocolate sket]
1/3 cawan gajus, dipanggang hingga rangup [aku panggang badam hiris]
beberapa sudu kismis [yg ni aku tambah suke2]

Cara2:
  1. Cairkan mentega, gula dan susu pekat di dalam periuk.
  2. Bila dah cair, masukkan esen vanilla, kacau sket kemudian masukkan susu pekat.
  3. Bila dah rata, masukkan serbuk koko dan milo.
  4. Masukkan biskut yang telah dipatahkan, gajus/badam dan kismis, kacau rata.
  5. Kacau tu jgn lama sangat sbb taknak biskut tu lembik.
  6. Segera tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah disapu sedikit butter.
  7. Tapi aku tak buat step 6. Sebaliknya aku alaskan bekas tu dengan cling film supaya mudah aku angkat kek tu utk dipotong.
  8. Tekan-tekan adunan dengan belakang senduk atau plastik bersih supaya mampat.
  9. Sejukkan sebelum dipotong.
Aku sejukkkan kek ni kat tepi tingkap sebab aku taknak kek ni menyerap bau peti sejuk yang penuh dengan ikan bilis tu. Nanti jadi tak best plak. Sekarang ni winter, senang la kek tu nak sejuk. Tapi nak kena tinjau2 jugak, takut kena kebas ngan seagull.

p/s: Senang je rupanya buat kek batik nih. Hehehe. Next time aku nak kurangkan lagi manisnya tuh. Huhu

Saturday 20 February 2010

Thai Fried Chicken

Musim sejuk nih sedap makan benda berkuah mcm sup ke, tom yam ker. Tapi lately ni macam tak lalu plak nak makan benda2 mcm tuh. Google punya google...temasuk satu website & dia share resepi 'Thai Fried Chicken'. Sila click sini utk resepi asal.

As usual, aku suka rela mengmodify resepi itu begantung pada apa yg ada di dapur or yg aku leh dpt kat supermarket. Aku guna coriander biasa tu jer...yg cilantro tuh, aku xtau ape benda tu sbnrnya...so, abaikan ajer... aku x guna fish sauce sbb aku x suka rasa & bau dia. Utk chicken stock pulak...aku bancuh air dgn 1 kiub pati ayam.

sukatan bahan2 tak mengikut resepi asal. mengikut kadar ayam yg aku ada...wpun stakat 2 org nak mkn, tp aku buat lebih sket...leh simpan dlm freezer...so ni versi yg aku dah modify sket, saje utk rujukan aku di masa akan datang:

Bahan2:

• dada ayam / niblets
• daun ketumbar [hiris halus]
• 1 sudu besar sebuk lada hitam [ikutla nak pedas mana]
• ½ sudu besar chillies flakes
• 5 ulas bawang putih [tumbuk lumat]
• garam jika perlu
• ¾ cawan tepung beras
• serbuk ayam + air

Cara2:
  1. Letakkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan daun ketumbar, bawang putih, chillies flakes dan serbuk lada hitam, gaul rata.
  3. Masukkan bancuhan serbuk ayam dan air.
  4. Masukkan tepung beras sedikit demi sedikit supaya adunan menjadi taklah pekat sangat atau taklah cair sangat.
  5. Perap beberapa jam. Lagi lama lagi best.
  6. Sekiranya ayam tadi diperap dalam fridge, biarkan ayam pada suhu bilik sebelum menggoreng.
  7. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak keperangan.
  8. Sedia dimakan dengan nasi panassssss....
Utk pertama kali aku buat nih, aku x baca arahan dia betul2. Aku baca ingredient jer, jadi, aku x tumbuk lumat la bahan2 tuh...jadinya, bila mkn tu tegigit2 la bwg putih tu..huhu...tp, hasilnya tidak menghampakan... next time aku nak masuk je sume bahan dalam blender (kecuali ayam la of course!)...hehehe...sonang kojo den...

p/s: klu aku blend ngan ayam skali, agak2 leh jd cucur ayam tak? hahaha...Thai Popcorn Chicken...cam menarik gak kan? leh try nih...

Friday 19 February 2010

Kek Gula Hangus

Dah berapa kali aku buat kek nih, dan berapa kali jugaklah rupa dia lain2. Resepinya mudah sekali. Tapi, sangat susah nak jadikan dia betul2 mcm kek gula hangus yang selalu jual kat kedai tu. Rasa kek aku ni macam kek span hangus. Tapi rasa kek nih sedap je walaupun rupa tak sama. Ni la resepinya:

Bahan2:-
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 2 camca besar mentega
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 2 camca teh soda bicarbonata*(*digaul dan diayak)
  • 4 biji telur
  • 1/2 camca teh esen vanilla

Cara2:-
  1. Cairkan gula dalam periuk hingga perang kemudian tuangkan air panas dan butter, dan kacau rata. Sejukkan.
  2. Pukul telur hingga kembang dan pekat, masukkan susu dan essen vanila. Kacau sebati
  3. Ayakkan tepung dan soda bicarbonat, masukkan kedalam adunan telur.
  4. Kemudian masukkan adunan gula perang dan kacau rata
  5. Tuang adunan dalam bekas pembakar dan perap selama 3-4 jam
  6. Panaskan oven pada suhu sederhana (160C).
  7. Bakar lebih kurang sejam
  8. Sejukkan sebelum dipotong.
Kalau jadi mcm apam atau kek span maknanya kek tu tak jadi. Tapi kadang2 aku suka gak bila kek nih tak jadi...hehehe

Thursday 18 February 2010

Daging Goreng Cendawan

Ni la lauk yang sangat mudah nak dibuat kat sini. Sebabnya, sayur yg mudah nak dpt ialah cendawan butang segar. Jadi, aku pun ciptalah resepi yang aku suka suki bg nama Daging goreng cendawan.

Bahan2:
Daging lembu yang dihiris nipis
Cendawan butang
Celery
Bawang merah (didadu)
Bawang putih (ditumbuk halus)
Halia (ditumbuk halus)
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit sos tiram
Sedikit air
Sedikit minyak utk menumis

Cara2:
  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Tumis bawang, bahan tumbuk & serbuk lada hitam hingga naik bau harum
  3. masukkan daging yang telah dibersihkan
  4. Goreng seketika hingga empuk (masukkan sedikit air jika perlu)
  5. Masukkan sos tiram & cendawan butang
  6. Masukkan celery
  7. Siap!!!

Saturday 13 February 2010

Makaroni 2 in 1

Seperti biasa, wiken adalah hari utk masak & makan.
Semalam, aku wat makaroni bakar.
Resepi, aku men buat ikut ilmu asas dalam memasak.
Ditambah sedikit pengubahsuaian bg mengikut bahan2 yg ada di dapur.

So, ni resepinyer kalau nak cuba. Tapi xde sukatan, sbb semuanya main campak jer, so, kena ikut 6th sense la, byk mane nak letak, mengikut kesuaian makaroni yg direbus.

Bahan A
Makaroni (ikutlah banyak mane nak)

Bahan B
bwg besar - potong dadu
bwg putih - cincang
lada kisar
isi ayam/daging - potong dadu
sayur2an - aku guna hirisan carrot & cendawan butang
sos tomato
sos tiram
garam

Bahan B (utk lebih kurang 250gm makaroni)
Susu segar
2 sudu tepung gandum
telur ayam
grated cheddar/mozarella cheese
oregano & dried parsley (optional)


Cara-cara:

Bahan A
Makaroni direbus dgn sedikit minyak & garam (aku letak kiub ayam), bile dah lembut, toskan

Bahan B
  1. tumis bwg besar & bwg putih
  2. masukkan lada, tumis hingga garing
  3. masukkan ayam/daging, tumis sampai empuk (klu kering sgt, letak air sket)
  4. masukkan sos tomato & sos tiram
  5. masukkan sayur2an
  6. rasakan kuahnnya, klu dah cukup masin manis sume, masukkan makaroni
  7. gaul sehingga sebati
Bahan C
satukan susu, telur & tepung gandum
letakkan serbuk oregano & parsley

***Letakkan separuh adunan makaroni dlm bekas
curahkan separuh bahan B, tabur ngan cheese
tuang adunan makaroni yg selebihnya
curahkan baki bahan B dan tabur cheese
bakar dengan suhu 200 darjah celcius (para oven yg bawah)
selama 20 - 30 minit atau sehingga bahan B masak

nota kaki: kalau malas nak wat makaroni bakar, wat je makaroni goreng....sedap jugak...senang, xyah buat bahan C...hehehe...kan ke 2 dlm 1 tuh...

Thursday 11 February 2010

Chicken Teriyaki


Sejak dua menjak ni aku menjadi pengunjung tegar Subway yg halal kat Bristol nih. Yer...bagi orang kat Malaysia, sure x heran kan ngan Subway. Baik p makan KFC ke, Secret Recipe ker... tak pun makan nasi campur lagi best. What to do...kat sini klu nak makanan halal, sumenye kebab. Muka aku pun dah mcm kebab je nih.

Salah satu menu Subway ialah Chicken Teriyaki. Aku tak penah try. Tapi mcm teringin nak wat sendiri. Aku google, mak aiii...resepi dia ade taruk sake & mirin (arak org Jepun). Kebetulan masa menyinggah blog Liza, dia ade letak resepi Chicken Teriyaki yg dah dimodified. Pastu aku campur2 sket ngan cara memasak yg aku dpt dari satu buku resepi nih. Ok...ni resepinyer....

Bahan2:
Ayam (nak best guna bahagian kepak or pangkal kepak)
sos tiram
gula / madu
Halia (disagat halus)
Bawang putih (disagat halus)
kicap manis
garam jika perlu
chillies flakes

Cara2:
  1. bersihkan ayam
  2. gaulkan dengan semua bahan di atas dan perap selama satu jam atau lebih
  3. panaskan sedikit minyak dalam kuali
  4. masukkan sedikit chillies flakes (klu xde, masukkan je cili kering yg dah digunting2 kecil, nak bg rasa pedas je nih, taknak pun takpe)
  5. pastu masukkan ayam tadi, kacau2 dan tutup kuali
  6. sekali skala kacau ayam tu, wat sampai masak
  7. kalau rasa kurang bekilat, leh la tambah madu lagi
  8. dah masak, leh la hidang ngan nasi putih ataupun nasi ayam