Saturday, 20 February 2010

Thai Fried Chicken

Musim sejuk nih sedap makan benda berkuah mcm sup ke, tom yam ker. Tapi lately ni macam tak lalu plak nak makan benda2 mcm tuh. Google punya google...temasuk satu website & dia share resepi 'Thai Fried Chicken'. Sila click sini utk resepi asal.

As usual, aku suka rela mengmodify resepi itu begantung pada apa yg ada di dapur or yg aku leh dpt kat supermarket. Aku guna coriander biasa tu jer...yg cilantro tuh, aku xtau ape benda tu sbnrnya...so, abaikan ajer... aku x guna fish sauce sbb aku x suka rasa & bau dia. Utk chicken stock pulak...aku bancuh air dgn 1 kiub pati ayam.

sukatan bahan2 tak mengikut resepi asal. mengikut kadar ayam yg aku ada...wpun stakat 2 org nak mkn, tp aku buat lebih sket...leh simpan dlm freezer...so ni versi yg aku dah modify sket, saje utk rujukan aku di masa akan datang:

Bahan2:

• dada ayam / niblets
• daun ketumbar [hiris halus]
• 1 sudu besar sebuk lada hitam [ikutla nak pedas mana]
• ½ sudu besar chillies flakes
• 5 ulas bawang putih [tumbuk lumat]
• garam jika perlu
• ¾ cawan tepung beras
• serbuk ayam + air

Cara2:
  1. Letakkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan daun ketumbar, bawang putih, chillies flakes dan serbuk lada hitam, gaul rata.
  3. Masukkan bancuhan serbuk ayam dan air.
  4. Masukkan tepung beras sedikit demi sedikit supaya adunan menjadi taklah pekat sangat atau taklah cair sangat.
  5. Perap beberapa jam. Lagi lama lagi best.
  6. Sekiranya ayam tadi diperap dalam fridge, biarkan ayam pada suhu bilik sebelum menggoreng.
  7. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak keperangan.
  8. Sedia dimakan dengan nasi panassssss....
Utk pertama kali aku buat nih, aku x baca arahan dia betul2. Aku baca ingredient jer, jadi, aku x tumbuk lumat la bahan2 tuh...jadinya, bila mkn tu tegigit2 la bwg putih tu..huhu...tp, hasilnya tidak menghampakan... next time aku nak masuk je sume bahan dalam blender (kecuali ayam la of course!)...hehehe...sonang kojo den...

p/s: klu aku blend ngan ayam skali, agak2 leh jd cucur ayam tak? hahaha...Thai Popcorn Chicken...cam menarik gak kan? leh try nih...

No comments:

Post a Comment