Sunday, 9 January 2011

Bubur Nasi Daging


Masa demam hari tuh, selera makan agak terhad. Tekak pun rasa kelat jer. Jadi, aku pun buatlah bubur nasi daging. Simple, cuma waktu memasak agak lama. Ala-ala bubur lambuk jugak la. Aku suka sebab takyah susah-susah nak buat lauk dia. Tapi, as usual, ni version menderhaka. Dah diubah suai mengikut tahap kerajinan. So, xde bubuh rempah kayu kayan tu. Huhuhu

Bahan-bahan:
  • 1 pot beras
  • 1 mangkuk daging (basuh dan hiris nipis)
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 2 1/2 sudu serbuk kurma + 1 sudu rempah sup + 5 sudu air
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih dan bancuhan rempah hingga naik bau
  2. Masukkan air
  3. Masukkan beras dan daging yang telah dibasuh
  4. Masukkan garam dan sedikit gula jika perlu
  5. Masakkan hingga daging empuk dan beras kembang menjadi bubur
  6. Tambahkan air jika perlu
  7. Bila dah masak, hidangkan dengan hirisan daun bawang, bawang goreng, kicap pedas dan telur hancur ikut suka.
p/s: mungkin boleh masukkan juga sayur-sayuran seperti carrot

Thursday, 6 January 2011

Carrot Muffins

Memandangkan sebelum ni buat carrot susu, hampas carrot tu sayang pulak kalau dibuang. Jadi aku simpan dan tukarkan ia dalam bentuk muffins. Resepi aku guna resepi banana muffin sebelum nih, cuma tambah itu ini sikit.

Carrot muffins ni yang jenis ringkas, takde segala mala rempah yang selalunya ada dalam carrot cake. So, rasa dia simple je la. Sesiapa yang berminat, boleh cuba.

Bahan-bahan (12 muffins besar / 18 muffins kecil):
Bahan Kering


  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bicabonate soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Badam hiris (utk hiasan)


******
Bahan basah

  • 1 cawan carrot (yang telah diparut)
  • 1/3 cawan butter cair
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula (adjust sukatan bedasarkan kemanisan yang diingini)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 3 sudu besar air perahan lemon


Cara-cara

  1. Panaskan oven pada 180 darjah celcius
  2. Satukan bahan kering dalam 1 bekas, dan bahan basah dalam 1 bekas berasingan
  3. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering, gaul rata (tp jgn gaul beria2 sangat)
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas muffins
  5. Taburkan dengan hirisan badam
  6. Bakar selama 20 minit atau hingga muffin masak

Ni first time aku buat muffins nih. Alhamdulillah menjadi. Kena dengan tekak aku & flatmates aku ;p

Wednesday, 5 January 2011

Jus Carrot Susu

Hari ni mcm nak meningkatkan pengambilan vitamin dalam pemakanan. Sebabnya dah berhari2 makan tak proper. Sejak demam dan batuk, memang tak larat nak masak. Makan apa yang ada je la.

So, hari ni minum carrot susu. Bahan-bahan memang mudah. Tapi nak buat tu sedikit leceh. Kalau ada juicer, perghhh...memang hari2 aku buat carrot susu.

Gambar takde, sebab mcm x teringat nak snap gambar.

Bahan-bahan:

  • Beberapa batang carrot (aku guna 3 batang besar)
  • 2 cawan susu segar
  • beberapa sudu susu pekat manis

Cara-cara

  1. Carrot dipotong kecil dan dikisar bersama 1 cawan susu segar (tambah jika perlu)
  2. Tapis hasil kisar kedalam jug
  3. Tambahkan 1 cawan susu dan susu pekat manis mengikut skala kemanisan masing2
  4. Sedia utk dihidang

Lepas tapis, 'hampas' carrot banyak la jugak. Macam sayang nak buang, jadi aku transform kan ia jadi carrot muffin. Resepi menyusul nanti.

Friday, 24 December 2010

Bihun Goreng Tomyam

Kalau agak-agak dah bosan dengan bihun makcik kantin, atau bihun singapore, bleh la try resepi mudah nih. Resepi ni aku amik dari Kak Ain. Kak Ain plak katanya amik dari Kak Ani yang katanya amik dari kakak lain. Okla, cut the story short, ni la antara bihun yang senang nak dimasak sebab tak perlu nak buat cili blend =)

Macam tak biasa, sukatan ikut suka la yer.

Bahan-bahan:
  • Bihun (dicelur sekejap dalam air panas)
  • kiub perencah tomyam
  • isi ayam dipotong dadu
  • bawang besar dipotong dadu
  • sebiji telur
  • sehelai daun limau purut
  • sayur-sayuran (tomato cherry, daun ketumbar, celery, kobis)

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga naik bau
  2. Masukkan ayam dan goreng seketika
  3. Masukkan perencah tomyam
  4. Dengan segera, masukkan bihun dan gaul rata
  5. Masukkan daun limau purut, celery dan kobis, gaul rata dan tutupkan kuali sebentar
  6. Kemudian, pecahkan telur dan gaul rata
  7. Rasakan masinnya, tambah garam jika perlu
  8. Taburkan daun ketumbar dan tomato cherry, gaul sebentar dan tutup api
*since resepi ini agak 'kering', disarankan guna sayur-sayuran yang lembut, tapi kalau nak guna carrot, silalah hiris nipis ataupun stim terlebih dahulu

*kalau2 kurang rasa tomyam, bolehlah tambah perencah lagi, caranya dengan ketepikan bihun ke 1 bahagian kuali, kemudian, masukkan sedikit minyak dan tumis perencah yang ditambah tu seketika dan gaulkan dgn bihun td ATAU larutkan saje perencah tu dgn beberapa sudu air dan jirus atas bihun

*resepi ini sedap dibuat dgn kiub tomyam, experiment pernah dilakukan dgn tomyam pes, rasanya agak pelik. huhuhu

Sunday, 19 December 2010

Ayam Sambal Tomato

Menu hari ni berkonsepkan all-in-one blender. Macam hari2 je konsep macam tu kan? Huhuhu.

Resepi ni hasil cedok2 idea orang sana sini. Resepi mudah, mcm ayam goreng sambal tu, tapi cuma tambah tomato sajer. Kuang..kuang..kuang.

Bahan-bahan:
  • Ayam (dipotong kecil)
  • Kunyit
  • Garam
  • Sos tiram
  • Gula
  • 1 asam keping

Bahan kisar:
  • Beberapa tangkai cili padi (ikut skala kepedasan masing2 la yer)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 biji tomato

Cara-cara
  1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit
  2. Goreng sehingga masak tapi jangan garing sangat
  3. Dah masak, angkat dan ketepikan
  4. Kurangkan minyak dalam kuali yang goreng ayam tadi
  5. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak
  6. Masukkan sedikit sos tiram, asam keping, gula dan garam jika perlu
  7. Kalau rasa dia dah ok, masukkan ayam yang dah goreng tadi, dan gaulkan seketika

Friday, 17 December 2010

Quick & Easy Fried Tagliatelle


Kebosanan, rasa mcm nak makan pasta.

Resepi ni simple jer. Resepi main campak2, bubuh apa yang ada kat dapur tuh.

Bahan-bahan:
  • Tagliattele
  • Beberapa batang sosej (hiris)
  • Beberapa batang carrot (hiris memanjang)
  • beberapa ulas bawang putih (diketuk)
  • Sedikit oregano
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit dried parsley
  • Sedikit serbuk ayam
  • Beberapa sudu tomato puree
Cara-cara:
  1. Rebus tagliatelle dgn sedikit minyak dan serbuk perisa ayam
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak utk menumis
  3. Masukkan sosej
  4. Masukkan sedikit oregano & bawang putih
  5. Goreng seketika, kemudian masukkan carrot
  6. Masukkan sedikit air & tomato puree
  7. Masukkan tagliatelle yg telah empuk
  8. Rasakan masinnya, dan letak sedikit serbuk lada hitam
  9. Gaul rata & tabur dried parsley sebelum dihidang

Thursday, 16 December 2010

Nasi Kerabu


Sila abaikan nasi impit kuah kacang tuh, ni gambar recycle dari album raya haji hari tuh


As usual, ni nasi kerabu Bristol style since byk bahan takde. Nak buat macam mana kan, daun kantan sume tu xde, takkan nak ganti dgn daun epal kot. Huhu.

So, ni resepi nasi kerabu ala Bristol yang sempoi. Kalau teringin-teringin nak makan nasi kerabu, boleh la buat sendiri, mudah dan yang penting, rasa tu mmg dah iras-iras dah mcm makan nasi kerabu kat Kelantan =p

Bahan Kuah Budu Tumis
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia* (*kisar halus)
  • 3 sudu cili kisar (letak lebih kalau nak pedas)
  • 1 tin santan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam keping
  • 3 sudu budu
  • sedikit gula melaka / gula pasir
Bahan Sambal Ikan Kelapa
  • 2 tin ikan mackeral in water or in oil (kalau nak buat byk, tambah la bilangan tinnyerr)
  • secawan kelapa parut
  • 3 ulas bawang merah
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 2 batang serai
Bahan-bahan sampingan
  • Ulam-ulaman (Kacang panjang, timun, taugeh)
  • Keropok ikan
  • Daging bakar
  • Ayam goreng
  • Ikan goreng tepung
  • Solok Lada
  • Sambal belacan
  • Telur masin
Cara buat kuah budu tumis
  1. Tumis bahan kisar & cili kisar hingga pecah minyak
  2. Masukkan santan, kunyit dan serai
  3. Masak hingga menggelegak, masukkan asam keping
  4. Masukkan budu
  5. Masukkan gula
  6. Masak hingga mengikut kepekatan yg dikehendaki

Cara buat sambal ikan kelapa
  1. Tumis tanpa minyak (sangai) kelapa parut dalam kuali hingga perang
  2. Asingkan, kemudian sangai ikan makeral
  3. Kemudian masukkan bawang yg dihiris halus (atau tumbuk lumat) dan serai yg diketuk
  4. Masukkan sedikit gula dan garam
  5. Masak hingga agak garing
Utk nasi kerabu nih, aku makan dengan nasi yang diletakkan sedikit kunyit dan daun pandan. Pastu ulam pulak, timun, kacang panjang dan taugeh. Tambah dengan keropok ikan, ayam goreng dan sambal belacan.