Saturday, 4 October 2014

Daging dendeng

Fuuh...fuh...fuh...*tiup sawang*.

Lama betul tak update blog. Sebabnya, bahan untuk nak update takde. Jarang sangat-sangat memasak sekarang ni. Kalau memasak tu, mesti sebab ada occasion tertentu.

Esok kan Raya Haji. Abang aku dah siap-siap plan nak buat burger bakar. Umi aku macam biasalah, nak buat daging dendeng. So, hari ni aku nak share resepi daging dendeng. Daging dendeng ni macam menu wajib ada bila family belah umi aku berkumpul time raya puasa. Sangat sedap dimakan dengan lemang. Kalau takde lemang, pulut kuning pun jadilah. Takde pulut, nasi putih pun sodap!




So, ni resepinyer. Macam biasa,sukatan tu agak-agaklahnyer, lebih or kurangkan mana yang patut, ikut kuantiti daging, ikut selera masing-masing.

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging lembu (potong kiub besar)
  • Kicap manis
  • Air asam jawa
  • Beberapa ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 2 batang serai (dihiris nipis)
  • Minyak untuk menggoreng.
  • Kicap pekat, gula, garam (jika perlu)
Bahan kisar:
  • Segenggam cili kering*
  • 10 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 batang serai*


Cara-cara:

  1. Rebus daging sehingga empuk dengan sedikit air.
  2. Setelah empuk, keluarkan daging dan simpan air rebusan untuk digunakan semasa memasak dendeng nanti.
  3. Hiriskan daging dan tumbuk sedikit dengan lesung batu (jangan sampai hancur)
  4. Perapkan daging yang telah dihiris dan ditumbuk dengan kicap manis selama lebih kurang 2 jam - ketepikan
  5. Dalam kuali, gorengkan bawang merah dan serai yang telah dihiris secara berasingan (serai cepat hangus berbanding bawang) - ketepikan.
  6. Goreng daging yang telah diperap tadi - ketepikan.
  7. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak.
  8. Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging.
  9. Masukkan sedikit air asam jawa dan kicap. Tambah kicap pekat, gula dan garam jika perlu.
  10. Masak sehingga kering atau mengikut kepekatan yang anda suka.
  11. Setelah siap, taburkan bawang goreng dan serai.


Selalunya dendeng ni tak lah kering sangat. Biarkan basah-basah sedikit, baru sedap makan dengan lemang. Boleh tahan lama kalau letak dalam fridge. Selamat mencuba!


Tuesday, 31 July 2012

Daging Masak Merah

Segar dari kuali...
Lama betul tak update blog. Sejak dua menjak ni memang busy dengan kerja-kerja office. Students pun dah cuti skrg, lega la sikit buat seketika. Lauk daging masak merah ni dah lama dah sebenarnya terperam dalam blog nih. Tak terupload pulak resepinya. Daging ni tak semerah daging masak merah yg dijual di restoren tu. Sebab tak letak pewarna. Lebih healthy (la kononnya). So, hari ni saya nak share resepi daging masak merah. Sumbernye, hmmm...tak ingat plak amik dari mana. Tuan empunya resepi, mohon share la yer...

Bahan-bahan:

  • 1/2 kilo daging lembu (dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang merah* (*dicincang)
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1 batang carrot (dihiris panjang)
  • 1 biji cili besar
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 5 sudu sos cili
  • 5 sudu sos tiram
  • 3-5 sudu sos tomato (bergantung kepada tahap masam yg digemari)
  • sedikit garam & gula (jika perlu)
  • 1/4 cawan air

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau
  2. masukkan daging yang telah dihiris nipis
  3. gorengkan seketika
  4. masukkan air dan masak hingga daging empuk (lebihkan air jika daging jenis yg lambat empuk)
  5. setelah daging empuk, masukkan semua sos dan carrot
  6. gaul rata dan rasa masin manisnya, tambah garam & gula jika perlu
  7. masukkan bawang besar dan dan lada besar
  8. bila rasa dah ok, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih atau nasi goreng


Selamat mencuba!


Tuesday, 10 April 2012

Taufu lembut dan sos tiram


Weekend baru nih kitorg semua balik kampung. Nak celebrate birthday my sis in law. So, tengahari tu makan beria-ria sikit la. Tak boleh la beria2 sgt sbb masing2 dalam program diet. Ahakkss.

Antara menu yang dimasak pada hari itu ialah udang goreng oat, pak choy with oyster sauce dan soft tofu with oyster sauce.

Ni la rupa taufu nyer kalau nak beli di pasar

Sumber: Coretan Alkimia

Ni baru first time la aku makan taufu mcm ni. So, ni la hasilnya. Resepi tu kakak ipar aku amik dari mana ntah. Sgt simple. Boleh la cuba yer.


Bahan-bahan:

  • 2 pek taufu lembut
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji cili besar
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap
  • Sedikit air
  • 2 sudu tepung jagung



Cara-cara:

  1. Keluarkan taufu ke dalam bekas yang tahan panas/microwave
  2. Kukus taufu selama beberapa minit
  3. Dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia
  4. Masukkan sos tiram, kicap dan air yang telah dibancung dgn tepung jagung
  5. Masakkan seketika, rasakan manis masinnya
  6. Masukkan minyak bijan dan cili, kacau dan curahkan ke atas taufu tadi
  7. Taburkan dengan daun bawang dan bawang goreng.


Senang jer. Resepi tu sebagai panduan, spt biasa, ikut selera masing2 la yer nak tambah, nak kurangkan bahan. Kalau suka, boleh jugak tumis ikan bilis, isi ayam atau udang sekali, nak bg rasa pada kuah.

Saturday, 31 March 2012

Biskut Cornflakes

Raya lambat lagi, tapi apa salahnya kita buat biskut kan? Buat lebih sikit, simpan dalam balang kedap udara, letak riben, leh la jadi buah tangan bila kita p menziarah sesiapa. Ataupun boleh la letak kat office, bosan2, ada gak biskut buat pengalas perut.

Biskut ni rasanya semua tau mcmne nak buat. Tapi aku letak gak la, sebagai pedoman masa hadapan. Resepi ni aku dpt dari mak kawan aku. Sedap! Selamat mencuba!


Bahan-bahan:

  • 6oz butter
  • 7 oz gula custor
  • 2 biji telur
  • 10 oz tepung*
  • 1 sudu teh baking powder* (ayak bersama)
  • 150 gm kismis
  • Cornflakes secukupnya


Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius
  2. Putar gula dan butter hingga kembang
  3. masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul rata
  5. Masukkan kismis dan gaul
  6. Dengan sudu, kautkan sedikit adunan dan letak atas cornflakes yg dah diramas sedikit
  7. Gaul supaya conflakes menyaluti adunan
  8. Letakkan atas dulang pembakar
  9. Bakar biskut selama lebih kurang 20 minit
  10. Biskut akan sedikit lembut semasa panas, dan akan menjadi rangup bila sejuk...

Saturday, 4 February 2012

Petua Menggoreng Ikan Bilis Garing


Sumber gambar: Let's get wokking


Dah lama tak update blog, sebelum penuh dengan sawang dan labah2, baik tulis sesuatu kat sini. Sebenarnya nak update gak hari tu, makanan pun dah siap posing. Tapi sejak dua menjak ni busy betul la. Nak upload photo pun punya la takde masa.

So, simpan dulu la entry yg tu. Hari ni saya nak share la petua menggoreng ikan bilis secara garing dan sihat. Sebenarnya, tak melibatkan aktiviti menggoreng pun. Haaa... habis tu mcmne? hehhee...caranya sangat mudah, cuma perlukan microwave. Bagi yg takde microwave, oven pun boleh kot? Tak tau plak, anda boleh try, nanti bgtau saya caranya yer.



Bahan / Peralatan:

  • Microwave
  • Pinggan tahan microwave
  • Segenggam ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
  • 2 sudu makan minyak masak

Cara-cara:

  1. Gaulkan ikan bilis dengan minyak masak
  2. Ratakan atas pinggan
  3. Masukkan dalam microwave, letak setting high, masak dalam 2 minit
  4. Buka microwave dan gaul2 sedikit ikan bilis
  5. Sekiranya ikan bilis telah garing, keluarkan dan hidangkan
  6. Sekiranya ikan bilis masih basah dan lembut, masakkan lagi selama 1 minit (atau mengikut keperluan)

Haa... senang kan? hasilnya ikan bilis yg garing dan tahan lama juga garingnya. Saya suka 'goreng' dengan cara mcm ni sebab tak menggunakan minyak yang banyak. Cara yang lebih sihat :) Selamat mencuba!

p/s: ikan bilis masa baru2 masak mmg akan mcm lembut sikit, kena tunggu dia sejuk sedikit baru test tahap kegaringannya.

p/s: boleh try kat bawang pulak lepas nih... hehehe

Sunday, 1 January 2012

Nasi Goreng Hawaii (Hawaiian Fried Rice)


Ececece... nama ala2 pizza la plak kan. Sebenarnya menu ringkas je nih. Nasi goreng nenas. Buat cam nasi goreng biasa, tapi letak nenas. Siap! hehehe.

Oklah, ni resepinyer. Cam biasa, sukatan bahan2 tu agak2 je lah ye ikut kesesuaian nasi & selera masing2

Bahan-bahan:

  • Semangkuk nasi
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih* (tumbuk lumat bahan *)
  • 3 cili padi*
  • 1/2 cawan isi ayam / daging / udang
  • 2 sudu butter / marjerin
  • sedikit sos tiram
  • sedikit garam (jika perlu)
  • 1 biji telur
  • 1 cawan nenas (aku guna yg dlm tin jer)
  • 1/2 cawan carrot (dadu)
  • 1/2 cawan jagung




Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
  2. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau
  3. masukkan isi ayam / daging / udang
  4. masukkan carrot dan masak hingga carrot empuk
  5. masukkan nasi dan kacau rata
  6. Masukkan butter, sos tiram dan garam jika perlu
  7. masukkan nenas dan jagung, kacau rata
  8. buatkan lubang ditengah2 bahagian kuali, letakkan sedikit minyak dan masukkan telur
  9. biarkan telur mengeras sedikit dan kacau, kemudian gaul dengan nasi
  10. kalau dan cukup rasa garam (tambah serbuk perisa jika suka), boleh la dihidangkan


Monday, 7 November 2011

Molten Lava Cake


Hari ni kazen2 belah ayah aku sume nak dtg umah. Pagi2 lagi kitorg dah bersilat kat dapur buat sup daging. Makan ngan nasi impit. Soto la dalam erti nama lain. ;p

Pastu, kakak ipar aku nak wat molten lava cake. Tapi buat kiut2 je dalam muffin tray. Senang, ramai leh makan. Banyak resepi molten lava cake ni kat internet. Tapi kakak ipar ubah2 sket mengikut apa yg ada di dapur. Alhamdulillah, rasa dia memang enak sekali. Aku suka sebab rasa dia mcm manis2 pahit gitu. Okla, sila la try this recipe (at your own risk k)...hahaha


Bahan-bahan (utk 18 mini cakes):

  • 1 bar semi sweet baking chocolate (200gm)
  • 200 gm butter
  • 4 biji telur (kecil)
  • 1 1/3 cawan brown sugar
  • 3/4 cawan tepung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2/3 cawan serbuk koko 
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180darjah
  2. Cairkan coklat dalam double boiler atau microwave
  3. Dalam mangkuk lain, pukul gula dan telur hingga ringan dan kembang
  4. Bila coklat dah cair, masukkan butter dan kacau hingga butter cair
  5. Masukkan adunan coklat ke dalam adunan telur tadi dan masukkan tepung, kacau sebati
  6. Oleskan butter pada acuan muffin dan sendukkan adunan hingga 1/2 atau 3/4 penuh
  7. Bakar selama 8-10 minit. (bergantung pada oven/selera masing2, kalau nak tgh dia cair, kurangkan masa memasak, klu nak keras, tambah masa, kitorg bakar 8 minit, just nice)
  8. Hidangkan dengan ice cream atau gula icing & fresh fruits


p/s: cake ni sedap di makan ngan ice cream, sebab tu guna semi-sweet choc, atau bleh gak guna dark choc (75% cocoa)