Sunday, 24 January 2010

Apam Balik Mini

skali imbas cam karipap plak...hehe

Petang2 nan sepi ni sedap gak klu pekena apam balik. Kalau kat Malaysia tuh, main tunjuk je dapat la makan. Kat sini...hmm...kena la buat sendiri. So...ni la dia resepi apam balik.

Bahan2:
  • 1/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1-1/2 sudu kecil baking powder
  • 1-1/2 sudu kecil soda bicarbonate
  • 1 sudu kecil vanilla essence
  • sedikit pewarna kuning / kunyit
  • 1-1/2 cwn susu segar
  • kacang yg ditumbuk, gula, jagung/creamcorn ] utk inti
Cara2:
  1. Pukul telur & gula hingga kembang
  2. Masukkan tepung, baking powder dan soda bicarbonate, kacau sedikit
  3. masukkan vanilla essence, pewarna kuning dan susu segar, kacau hingga sebati
  4. panaskan kuali (pakai yg non-stick klu boleh)
  5. Tuangkan 1 senduk kecil adunan, buat bentuk bulat & ratakan supaya nipis
  6. bila adunan sudah separuh masak, taburkan inti di satu bahagian
  7. Lipat dua dan balik2kan kalau perlu
  8. Siap!
Mudah je kan. Cuma leceh sket. kalau nak cepat, buat je besar2, kemudian potong la masa nak makan tuh.

p/s: inti tu leh diganti dengan coklat ke, madu ke or ape2 saja ikut kesukaan masing2. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment