Aku selongkar dapur, jumpa beberapa tin tuna...so, aku decide nak wat "Tuna in Tortilla". Sebenarnya, aku penah tengok sorg minah saleh ni wat kat TV. Tp dia x guna tuna la...dia guna inti sosej. So, here goes my version...
Bahan2:
3 tin tuna in brine
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 batang celery (dipotong dadu kecil)
1 batang carrot (potong dadu kecil)
Sedikit garam
Sedikit sebuk lada sulah
Sedikit minyak utk menumis
1 bungkus tortilla wrap (6 keping)
Cara2 [Inti]:
- Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu
- Masukkan tuna dan goreng seketika
- Masukkan carrot & sedikit air, tutup kuali supaya carrot empuk
- Masukkan celery, lada sulah dan garam secukup rasa
- Asingkan ke dalam mangkuk dan biarkan ianya sejuk
- Potong tortilla kepada 4 bahagian
- Sapukan kuning telur di satu penjuru dan gamkan ke penjuru yg satu lg bg membentuk kon
- Masukkan inti tuna
- Rapatkan bahagian hujung diatas satu sama lain
- Buat sehingga habis (pastikan tortilla yg belum diguna disimpan dalam bekas kedap / dilapik tuala lembab utk mengelakkan ianya menjadi kering)
- Goreng tortilla sehingga kekuningan.
Alternatif: Inti tuna boleh digantikan dengan apa saja inti kesukaan anda mcm inti karipap, sardin & sebagainya...
No comments:
Post a Comment