Monday 28 February 2011

Homemade Garlic Bread

Ececece...nama mcm buat garlic bread dari part menguli tepung je. Oh tidak. Tak kuasa mak!

Aku suka makan garlic bread atas roti biasa. Kat sini klu nak beli garlic bread, selalunya yang jenis bagguette tu. Sedap memang sedap. Tapi lepas makan mesti mcm sakit gusi. Ada jugak garlic bread yang guna roti naan. Sedap gak. Tapi kalau nak makan sorang, juling jugak bijik mata aku ni nak mengabiskannya.

So, aku buat garlic bread sendiri. Skip part buat roti, hanya buat garlic spread. *Mungkin patut tuka tajuk entry kpd - Homemade Garlic Spread for Bread*. Tapi xpelah, biar nampak lebih hebat dgn tajuk sediada.

Bahan-bahan:
  • Roti kesukaan anda - aku pakai roti keping tu jer
  • Beberapa sudu marjerin / butter
  • Sedikit serbuk garlic / garlic fresh yang ditumbuk lumat
  • Sedikit dried parsley (takde pun xpe)

Cara-cara:
  1. Cairkan marjerin dalam microwave
  2. Campurkan garlic dan parsley
  3. Sapukan atas roti pilihan
  4. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 10

p/s: klu xde microwave, cairkan je atas dapur
p/s2: klu ada toaster, bakar guna toaster pun ok gak

Saturday 26 February 2011

Lepat Pisang Perantau

Futuristic banana leaves....

Selain kelapa, pisang pun salah satu tumbuhan yang serba guna. Buahnya boleh dimakan, daunnya boleh dibuat pinggan, batangnya boleh ditebas2 dan buat cop2 [ni aktiviti pendidikan seni sekolah rendah aku dulu].


Kat sini aku tak penah nampak pun pokok pisang. Teringin gila nak makan lepat pisang. Namun, ketiadaan daun pisang tak mematahkan misi membuat lepat pisang.

Daun epal x cukup lebar. Apatah lagi daun pear. So, aluminium foil jadi pilihan. Alhamdulillah, menjadi! Walaupun kurang keharuman daun pisang, tapi rasa tu dah iras2 dah. Bolehla layan sambil2 menulis tesis yang x siap2 nih....adehh...

Bahan-bahan
  1. 5 biji pisang
  2. 1/2 cawan tepung gandum
  3. 1 sudu tepung jagung
  4. Sedikit garam
  5. 1/2 cawan gula
  6. 3 sudu gula molasses or brown sugar
  7. 3 sudu santan pekat

Cara-cara
  1. Lenyek pisang hingga hancur
  2. Masukkan semua bahan yang lain
  3. Sambil2 tu, panaskan pengukus
  4. Letakkan dalam 1.5 sudu makan adunan ke atas aluminium foil yang telah dipotong2
  5. Bungkus dan kukus selama 20 minit
Sedikit keras, next time aku nak letak 1/2 cawan je tepung
p/s: aku tambah gula molasses tu utk bg rasa menyengat & masam2 sket. Kira mcm makan pisang nangka gitew.

Wednesday 23 February 2011

Baked Tuna & Bread

Tak tau la kenapa, kadang-kadang je rasa nak makan roti tu melonjak2. Bila dah makan dua tiga keping, mula la bosan. Sudahnya, roti tu tunggu masa je nak bekulat.

Sayang pulak kalau biarkan bekulat mcm tu je, klu kat kampung, boleh jugak bagi ayam makan. Kat sini, mau kena saman kalau aku sedekah kat seagull yg suka betenggek kat tepi tingkap aku nih.

So, hari ni aku telah mengodeh satu resepi. Maybe ada orang penah buat, ntah la. Yang pasti, resepi ni adalah hasil idea yg bercampur baur dr macam2 resepi. Aku namakan Baked Tuna & Bread.

Bahan-bahan:
  • 1 botol sos spagetti
  • 1 tin tuna chunk
  • 1 biji bawang besar
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit blackpepper
  • sedikit serbuk lada (jika mahu pedas)
  • 8 keping roti (buang tepi)
  • grated cheese utk topping (optional)

  • 1 cawan susu segar
  • 3 sudu margerin
  • 3 sudu tepung gandum
  • 1 cawan grated cheese

Cara-cara:
  1. Tumis bawang dengan sedikit minyak
  2. Masukkan tuna yg telah ditoskan
  3. Tumis sebentar sebelum masukkan sos spagetti
  4. Masukkan blackpepper dan serbuk lada
  5. Tambah gula dan garam jika perlu
  6. Dalam periuk lain, cairkan margerin
  7. Alihkan dari dapur (atau tutup api) kemudian masukkan tepung gandum, kacau rata
  8. Hidupkan api semula dan masukkan susu, kacau rata
  9. Masukkan cheese dan kacau hingga memekat
  10. Tutup api dan masukkan adunan tuna dan roti kedalam adunan cheese
  11. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk tahan panas yang telah disapu sedikit minyak/margerin
  12. Taburkan sedikit cheese di atas
  13. Bakar pada suhu 180 darjah selama 15-20 minit atau sehingga cheese kekuningan
Rasa iras2 pasta baked. Yummy! ;p

Wednesday 9 February 2011

Sup Ayam Minyak Bijan

 

Serius tak tau nak bg nama apa kat menu ni. Kawan aku yg bagi, katanya kawan dia, org cina sabah yang share resepi ni dgn dia. Mudah dan lazat. Sekali sekala kita tukar selera dari sup ayam biasa tu.

Bahan-bahan:
  • Beberapa ketul ayam dipotong kecil*
  • Beberapa ulas bawang putih - dicincang*
  • Beberapa sudu sos tiram*
  • Beberapa sudu minyak bijan*
  • Sedikit serbuk perasa ayam*

  • Sayur2an - tomato, celeri, carrot
  • 2 batang cili padi - dihiris *optional, xyah letak klu xmo pedas*
  • 2 inci halia dihiris nipis
  • sedikit minyak bijan utk menumis
  • 2 cawan air

Cara-cara:
  1. Perap ayam dengan bahan2 bertanda * selama sekurang2nya setengah jam
  2. Panaskan minyak bijan dalam periuk
  3. Tumis halia
  4. Masukkan ayam yang telah diperap
  5. Gaulkan seketika dan tutup periuk
  6. Biarkan ayam tu 'kecut' sekejap dlm periuk
  7. Tambahkan 2 cawan air (atau ikut brapa byk ayam)
  8. Biarkan ayam empuk
  9. Masukkan kentang, bila hampir empuk, masukkan carrot
  10. Tambah garam jika perlu, kemudian masukkan celeri dan cili padi
  11. Jika dah masak, masukkan tomato dan sedia utk dihidang

Tuesday 8 February 2011

Kuah Ayam Percik

Ni resepi kuah percik ringkas yang aku dapat dari Kak Zairus. Resepi ni rasa dia sama mcm kuah budu tumis yang orang makan dengan nasi kerabu.

Utk sesiapa yang terasa nak makan ayam percik diperantauan, boleh la guna resepi ni yer

Bahan-bahan:
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih* (kisar bahan bertanda *)
  • 1 inci halia*
  • 1 batang serai*
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1-2 asam keping
  • 2 tin santan
  • 2 sudu cili kisar (atau serbuk cili + air)
  • garam dan gula
  • minyak utk menumis
Cara-cara:
  1. Tumis bahan kisar
  2. Dah naik bau, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan serai dan santan
  4. Masak hingga kepekatan yang diingini
  5. Masukkan asam keping, gula dan garam
Ayam yang dah dibersihkan, digaram kunyit dan dipanggang dalam oven
Bila dah hampir masak, renjis2kan kuah ke atas ayam dan panggang lagi
Buatla beberapa kali hingga ayam masak

Aku ni kan malas, so aku goreng je ayam tu, then curah kuah time nak makan ngan nasi...nyum nyum...

Sunday 6 February 2011

Ayam Masak Kicap Blackpepper

Resepi asal dari Blog Kak Hana. Tapi aku modified ikut bahan yang ada kat dapur. Resepi asal takde letak sayur mayur, aku letak, sebab kemalasan dan kebizian tahap tinggi nak goreng sayur utk menu no 2.

So, ni resepi hasil modified. Utk resepi asal, click blog k.Hana yer.

Bahan-bahan:

  • beberapa ketul ayam - pastu dipotong kecil 
  • 2 inci halia muda - hiris halus 
  • 3 ulas bawang putih - parut 
  • 2 sudu besar kicap manis 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/2 cawan air 
  • Sedikit serbuk perasa ayam
  • garam jika perlu 
  • carrot
  • tomato - potong 6
  • celeri
  • beberapa tangkai cili kering dipotong 2
  • lada besar *optional


Cara-cara 

  1. Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. 
  2. Perap sebentar 10-20min. 
  3. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. 
  4. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. 
  5. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky.
  6. Masukkan lebihan air tadi, dan masukkan carrot.
  7. Masakkan hingga ayam dan carrot empuk (kalau belum, tambah sedikit air lagi)
  8. Bila dah masak dan air hampir kering, tutup api, masukkan tomato, cili kering dan celeri.
  9. Gaulkan dah tutup kuali sebentar.
  10. Sedia utk dihidang.

Friday 4 February 2011

Kuih Keria

Amacam? Cantik tak keria ni posing??
Kuih ni mmg mudah. Mudah dari segi bahannya. Tapi dari segi mengulinya, adoii. Agak leceh. Sepanjang duduk kat sini, dah berapa kali buat, tapi asyik gagal je. Bukan gagal sampai takleh makan, cuma dari segi presentation tu, hancus.

Jalan punya jalan ke blog orang demi mencari petua buat keria supaya x melekat2 dan senang diuli, aku masuk blog Kak Hana. Siapa tak kenal Kak Hana yang terer masak tu. Aku pun tanya dia apa petua. Dia bg petua no 1 & 2, yang selebihnya aku dapat dari kwn aku. Ni dia petua tu utk rujukan masa hadapan :

1. Ubi direbus, tapi jgn terlebih air, jadi klu tak kompiden nak agak brapa byk air, kukus ubi lebih baik
2. Sapukan tepung atau minyak pada tangan semasa menguli
3. Letak sedikit mentega dalam adunan
4. Pastikan adunan betul2 sejuk sebelum masukkan tepung

So, ni resepinya, aku amik dari blog Kak Hana.

Bahan2:

  • 500gm ubi keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 2 sudu besar gula
  • 1/4 cawan air


Cara-cara:

  1. Rebus / Kukus ubi keledek  
  2. Semasa masih panas, kupas kulit dan lenyekkan, kemudian biarkan sejuk sebentar
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
  4. Masukkan marjerin dan uli rasa
  5. Sapukan tangan dengan sedikit minyak, amik sedikit adunan dan buatlah mcm bentuk kuih keria tuh
  6. Buat sehingga habis, kemudian goreng dengan minyak yg banyak
  7. Lepas dah masak, toskan dan biarkan sejuk sebentar
  8. Dalam kuali yang lain, panaskan air dan gula
  9. Bila dah berbuih2, masukkan keria
  10. Bila air gula dah menyaluti keria, tutupkan api
  11. Gaul keria berulang kali sehingga air gula menjadi sira


Alhamdulillah, bentuk mengikut piawaian sirim...hahhaa
p/s: aku cucuk keledek tu dgn pisau, then masukkan dlm bekas tahan microwave berpenutup dan masak dalam microwave dgn suhu tinggi selama lebih kurang 10 minit - tak yah letak air tau!

Alhamdulillah, petua2 yang diberikan sangat2 bagus. Rasa senang je menguli, dapur pun tak sepah. Kalau tak tu, tepung betebaran sana sini. Lepas ni, kalau rajin bleh buat lagi =)

Thursday 3 February 2011

Tenggiri masak merah


Ini la lauk tengahari semalam. Ikutkan nak makan ngan nasi lemak, tapi santan plak takde. Lagipun skrg ni tgh bz tahap cipanzi. Tepaksa masak benda-benda ringkas je. Letak sayur mayur skali, senang, xyah nak masak sayur lain...takpun makan je la ngan ulam-ulam. Sini takde pucuk paku sume tu, pucuk epal ada la...huhuhu

Bahan-bahan:

  • Beberapa keping ikan tenggiri
  • Sedikit garam & kunyit
  • Sebiji bawang besar - dadu
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 2 sudu besar serbuk cili (bancuh dgn sedikit air - jadi pes) / cili kisar
  • 5 sudu besar tomato puree
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu gula
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air
  • carrot, tomato dan daun bawang


Cara-cara:

  1. Gaulkan ikan tenggiri dengan garam & kunyit, goreng hingga masak
  2. Dalam kuali lain, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau
  3. Masukkan cili, goreng hingga pecah minyak
  4. Masukkan tomato puree, kacau seketika dan masukkan pula air
  5. Masukkan carrot, gula dan sos tiram 
  6. Bila carrot dah empuk, masukkan ikan yang telah digoreng
  7. Rasakan masin manisnya, kalau dah ok, tutup api dan masukkan daun bawang dan tomato
  8. Kacau seketika, sedia utk dihidang.

Tuesday 1 February 2011

Breakfast Casserole


Perlukan sarapan yang mudah, especially bila tetamu ramai tp masa tak cukup? Kalau kat Malaysia, mudah tu maksudnya beli la bebungkus2 nasi lemak ke mee goreng ke bihun goreng ke roti canai ke *sambil mengesat lelehan enzim atas keyboard*

Tapi klu kat UK nih, mane ada Makcik Melah jual nasi lemak tepi jln...huhu. So, boleh la try buat Breakfast Casserole ni. Breakfast Casserole ni kira makanan tradisi mat saleh. Selalunya diorg buat bila musim2 perayaan. Kaum kerabat ramai kat umah, jd kalau nak buat toast and sausages utk setiap org, mesti makan masa.

Breakfast casserole ni selalunya dibuat malam sebelumnya. Esok pagi2, kuar mulut fridge, masuk mulut oven. Resepi dia byk variety. Ada yang gunakan kentang, ada yang gunakan roti sebagai sumber kabohidrat. [Boleh guna nasi kalau brani...huhu].

Utk resepi yg variety, boleh la google ye, tp ikut creativity pun boleh juge.

Bahan2:
Bahan A

  • 8 keping roti (dibuang kulit tepi, disapu mentega 1 bahagian dan dipotong 4)
  • 8 batang sausages (dihiris)
  • Cendawan butang (dihiris)
  • 1 biji capsicum (dipotong dadu)
  • Beberapa batang daun bawang (dihiris)
  • 1 biji bawang (dipotong dadu)
  • 2 cawan grated cheese (aku guna mozarella)


Bahan B

  • 6 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • sedikit black pepper
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk perasa ayam
  • sedikit serbuk paprika


Cara-cara:

  1. Sapukan bekas casserole berukuran 9''x12'' dengan sedikit minyak
  2. Susunkan roti (bahagian yang disapu mentega di bawah)
  3. Taburkan sosej atas roti
  4. Gorengkan dahulu cendawan dgn 1 sudu teh minyak sehingga air cendawan agak kering
  5. Taburkan cendawan atas roti
  6. Ulang step 4 & 5 utk capsicum
  7. Taburkan daun bawang dan bawang
  8. Satukan bahan B dalam mangkuk hingga sebati
  9. Tuang ke dalam bekas casserole
  10. Taburkan dengan cheese
  11. Tutup bekas casserole dengan aluminium foil
  12. Simpan dalam fridge semalaman (atau sekurang2nya 4 jam)
  13. Bakar pada suhu 180 darjah selama 40 - 45 minit atau sehingga masak


p/s: boleh letak apa saja selain capsicum & mushroom, tapi kalau sayur tu jenis watery, elokla goreng dulu, kalau tak nnti breakfast casserole tu berair2, tak pejal

p/s 2: Bakar 30 minit pertama dengan aluminium, then bukak aluminium foil tu utk cairkan dan garingkan cheese kat atas

Kalau tak faham cara2, bleh tgk cara mat saleh wat breakfast casserole kat Youtube.