Friday 24 December 2010

Bihun Goreng Tomyam

Kalau agak-agak dah bosan dengan bihun makcik kantin, atau bihun singapore, bleh la try resepi mudah nih. Resepi ni aku amik dari Kak Ain. Kak Ain plak katanya amik dari Kak Ani yang katanya amik dari kakak lain. Okla, cut the story short, ni la antara bihun yang senang nak dimasak sebab tak perlu nak buat cili blend =)

Macam tak biasa, sukatan ikut suka la yer.

Bahan-bahan:
  • Bihun (dicelur sekejap dalam air panas)
  • kiub perencah tomyam
  • isi ayam dipotong dadu
  • bawang besar dipotong dadu
  • sebiji telur
  • sehelai daun limau purut
  • sayur-sayuran (tomato cherry, daun ketumbar, celery, kobis)

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga naik bau
  2. Masukkan ayam dan goreng seketika
  3. Masukkan perencah tomyam
  4. Dengan segera, masukkan bihun dan gaul rata
  5. Masukkan daun limau purut, celery dan kobis, gaul rata dan tutupkan kuali sebentar
  6. Kemudian, pecahkan telur dan gaul rata
  7. Rasakan masinnya, tambah garam jika perlu
  8. Taburkan daun ketumbar dan tomato cherry, gaul sebentar dan tutup api
*since resepi ini agak 'kering', disarankan guna sayur-sayuran yang lembut, tapi kalau nak guna carrot, silalah hiris nipis ataupun stim terlebih dahulu

*kalau2 kurang rasa tomyam, bolehlah tambah perencah lagi, caranya dengan ketepikan bihun ke 1 bahagian kuali, kemudian, masukkan sedikit minyak dan tumis perencah yang ditambah tu seketika dan gaulkan dgn bihun td ATAU larutkan saje perencah tu dgn beberapa sudu air dan jirus atas bihun

*resepi ini sedap dibuat dgn kiub tomyam, experiment pernah dilakukan dgn tomyam pes, rasanya agak pelik. huhuhu

Sunday 19 December 2010

Ayam Sambal Tomato

Menu hari ni berkonsepkan all-in-one blender. Macam hari2 je konsep macam tu kan? Huhuhu.

Resepi ni hasil cedok2 idea orang sana sini. Resepi mudah, mcm ayam goreng sambal tu, tapi cuma tambah tomato sajer. Kuang..kuang..kuang.

Bahan-bahan:
  • Ayam (dipotong kecil)
  • Kunyit
  • Garam
  • Sos tiram
  • Gula
  • 1 asam keping

Bahan kisar:
  • Beberapa tangkai cili padi (ikut skala kepedasan masing2 la yer)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 biji tomato

Cara-cara
  1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit
  2. Goreng sehingga masak tapi jangan garing sangat
  3. Dah masak, angkat dan ketepikan
  4. Kurangkan minyak dalam kuali yang goreng ayam tadi
  5. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak
  6. Masukkan sedikit sos tiram, asam keping, gula dan garam jika perlu
  7. Kalau rasa dia dah ok, masukkan ayam yang dah goreng tadi, dan gaulkan seketika

Friday 17 December 2010

Quick & Easy Fried Tagliatelle


Kebosanan, rasa mcm nak makan pasta.

Resepi ni simple jer. Resepi main campak2, bubuh apa yang ada kat dapur tuh.

Bahan-bahan:
  • Tagliattele
  • Beberapa batang sosej (hiris)
  • Beberapa batang carrot (hiris memanjang)
  • beberapa ulas bawang putih (diketuk)
  • Sedikit oregano
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit dried parsley
  • Sedikit serbuk ayam
  • Beberapa sudu tomato puree
Cara-cara:
  1. Rebus tagliatelle dgn sedikit minyak dan serbuk perisa ayam
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak utk menumis
  3. Masukkan sosej
  4. Masukkan sedikit oregano & bawang putih
  5. Goreng seketika, kemudian masukkan carrot
  6. Masukkan sedikit air & tomato puree
  7. Masukkan tagliatelle yg telah empuk
  8. Rasakan masinnya, dan letak sedikit serbuk lada hitam
  9. Gaul rata & tabur dried parsley sebelum dihidang

Thursday 16 December 2010

Nasi Kerabu


Sila abaikan nasi impit kuah kacang tuh, ni gambar recycle dari album raya haji hari tuh


As usual, ni nasi kerabu Bristol style since byk bahan takde. Nak buat macam mana kan, daun kantan sume tu xde, takkan nak ganti dgn daun epal kot. Huhu.

So, ni resepi nasi kerabu ala Bristol yang sempoi. Kalau teringin-teringin nak makan nasi kerabu, boleh la buat sendiri, mudah dan yang penting, rasa tu mmg dah iras-iras dah mcm makan nasi kerabu kat Kelantan =p

Bahan Kuah Budu Tumis
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia* (*kisar halus)
  • 3 sudu cili kisar (letak lebih kalau nak pedas)
  • 1 tin santan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam keping
  • 3 sudu budu
  • sedikit gula melaka / gula pasir
Bahan Sambal Ikan Kelapa
  • 2 tin ikan mackeral in water or in oil (kalau nak buat byk, tambah la bilangan tinnyerr)
  • secawan kelapa parut
  • 3 ulas bawang merah
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 2 batang serai
Bahan-bahan sampingan
  • Ulam-ulaman (Kacang panjang, timun, taugeh)
  • Keropok ikan
  • Daging bakar
  • Ayam goreng
  • Ikan goreng tepung
  • Solok Lada
  • Sambal belacan
  • Telur masin
Cara buat kuah budu tumis
  1. Tumis bahan kisar & cili kisar hingga pecah minyak
  2. Masukkan santan, kunyit dan serai
  3. Masak hingga menggelegak, masukkan asam keping
  4. Masukkan budu
  5. Masukkan gula
  6. Masak hingga mengikut kepekatan yg dikehendaki

Cara buat sambal ikan kelapa
  1. Tumis tanpa minyak (sangai) kelapa parut dalam kuali hingga perang
  2. Asingkan, kemudian sangai ikan makeral
  3. Kemudian masukkan bawang yg dihiris halus (atau tumbuk lumat) dan serai yg diketuk
  4. Masukkan sedikit gula dan garam
  5. Masak hingga agak garing
Utk nasi kerabu nih, aku makan dengan nasi yang diletakkan sedikit kunyit dan daun pandan. Pastu ulam pulak, timun, kacang panjang dan taugeh. Tambah dengan keropok ikan, ayam goreng dan sambal belacan.

Tuesday 14 December 2010

Kuah Kacang Bristol

Set Nasi Impit - Nasi impit, kuah kacang & satay daging goreng

Demi memenuhi pemintaan Pn Hyda kita, aku letakla resepi kuah kacang kat sini. Bahan-bahannya mudah, cuma kadar memasaknya agak lama. Standard la kan kuah kacang, lagi lama masak, lagi ada uummpphh!

Kalau ikut cara orang2 tua, kita goreng dulu kacang tanpa minyak, buang kulit, tumbuk / blend... baru buat kuah dia.... tapi, sebagai wanita yang perasan busy, aku telah cut proses itu semua dengan membeli kacang yang dah siap2 goreng & xde kulit tuh...Ala...yang dah siap2 ade letak garam tu. Seperti ini:


Ok...jom tgk resepi. As usual, aku takde sukatan tepat. Pepandaila agak2 ikut selera masing2 yer. Cuma bedasarkan pengalaman, kalau kacang tu hampir 1 kg (dlm 800+gram), boleh dalam 12 - 15 orang makan. Sukatan yang aku bg as guideline, kalau nak lebihkan / kurangkan mana2 bahan, ok jer.

Bahan-bahan:
  • kacang tanah dalam paket (aku guna ready roasted-salted peanuts)
  • 3 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih* (* dikisar besama2 mcm nak buat cili blend tuh)
  • 20 tangkai lada kering*
  • 1 batang serai*
  • 1 inci halia*
  • gula merah &/gula pasir
  • garam
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 cawan air
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2/3 cawan minyak utk menumis

Cara-cara:
  1. Kisar kacang dalam blender (ada orang suka kisar halus semua, ada orang suka 4/5 halus, 1/5 kisar kasar)
  2. Panaskan minyak dalam periuk besar
  3. Tumis bahan kisar hingga garing & pecah minyak
  4. Masukkan serai yang dah diketuk
  5. Masukkan air asam jawa dan air
  6. Masukkan kacang dan kacau seketika
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  8. Masak dengan api yang perlahan hingga naik minyak

p/s: guna minyak yang banyak masa menumis tu, kalau kering sangat nanti tak best
p/s: kalau nak best, masak tu lama2, dlm sejam mcm tuh...
p/s: sebelum hidang, selalunya aku buang dulu minyak kat permukaan kuah kacang tu, tglkan sedikit jer, demi kesihatan badan...
p/s: kalau nak warna kuah kacang tu cam cantik, kemerah2an, pakai cili serbuk instead of cili kering

Selamat mencuba!

Sunday 5 December 2010

Bubur Jagung




Ni first time aku buat bubur jagung. Resepinyer mudah, dalam less than 10 minutes dah siap dan boleh makan. Kebanyakkan resepi yang aku jumpa di internet, pakai santan. Tapi santan kat sini macam avocado di Malaysia, jadi, aku telah menggantikan santan dengan susu.

Jagung pulak, mmg susahla nak cari jagung tongkol. So, aku guna jagung dalam tin. Macam biasa, resepi aku ni resepi campak2. Agak2 la sendiri sukatan bahan-bahan tu mengikut banyak bubur jagung yang kita nak buat. Resepi yang aku tulis ni utk lebih kurang 5 orang.

Bahan-bahan:
  • 2 tin besar jagung dalam air
  • 1 tin kecil susu sejat
  • 2 gelas susu segar
  • beberapa sudu gula
  • secubit garam
  • sehelai daun pandan

Cara-cara:
  1. Ambil 1/2 tin jagung dan kisar kasar
  2. Dalam periuk, didihkan susu sejat, susu segar, sedikit gula dan garam
  3. Masukkan jagung dan jagung yg telah dikisar
  4. Masak seketika, kemudian campakkan daun pandan yang telah disimpulkan
  5. Tambah gula jika perlu, padamkan api dan hidangkan.