Friday, 15 January 2010

Sambal Udang


Rasa mcm nak mkn nasi lemak. Oleh itu, nak wat sambal udang. Kebetulan ada kawan bg udang yg cukup sifat, lengkap ngan kepala kulit & ekor...slama ni, klu bli udang kat supermarket tuh...sume yg dah togel & half cook.

Okla...ni resepinya...

Bahan2

Udang
Cili kisar (cili + bwg besar + bwg putih)
Bawang besar yg dihiris
Sos tiram
Secawan air asam jawa
Garam
Gula
Kunyit
Minyak

Cara2:
  1. Bersihkan udang dgn membuang kaki2 kecik dia tu, muncung udang yg tajam & kotoran di kepala udang & belakang udang
  2. Bersihkan dan gaulkan dengan garam & kunyit
  3. Goreng udang separuh masak
  4. Ketepikan, guna minyak lebihan tadi utk menumis cili kisar
  5. Setelah cili kisar garing, masukkan sos tiram, air asam jawa, gula & garam secukup rasa
  6. Masukkan bawang besar dan udang
  7. Gaul rata.
Dah siap...mudah kan!?! Enak dimakan dengan nasi lemak.

Thursday, 14 January 2010

Daging goreng berlada

Sebenarnya aku nak wat satu jenis resepi nih. Daging masak ape ntah. Tapi aku tak ingat sgt resepi dia. Jadi aku main hentam koromo je lah...Tau2 jadi lain plak. Tak sama mcm yg aku penah mkn dulu tuh. Takpe la...enak la jugak. So, klu nak try, leh la try yer...

Bahan2:

Daging lembu yg dihiris nipis
Beberapa sudu cili kisar (cili kering + bawang merah + bawang putih)
Beberapa sudu sos tiram
Beberapa sudu kicap manis
Gula & Garam secukup rasa
Bawang besar (dihiris)
Kunyit
Minyak

Cara2:
  1. Bersihkan dan toskan daging
  2. Gaulkan daging dengan garam & kunyit
  3. Gorengkan daging hingga empuk
  4. Ketepikan dalam pinggan
  5. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga garing
  6. Masukkan sos tiram, kicap, garam dan gula
  7. Masukkan daging dan hirisan bawang besar
  8. Gaul sebati
Itulah dia resepi daging goreng berlada. Enak dimakan dengan nasi panas...yum..yum...

p/s: Nanti nak try ngan nasi lemak...mesti best kan!

Tuesday, 12 January 2010

Tuna in Tortilla

Kalau aku malas2 (slalunya mmg malas pun...huhu), chicken wrap akan jadi menu aku hari2. Tapi, hari nih, aku dah bosan mkn chicken wrap. Tapi tortilla wrap tu ade sebungkus lg...nak buat ape yer....hmmm...

Aku selongkar dapur, jumpa beberapa tin tuna...so, aku decide nak wat "Tuna in Tortilla". Sebenarnya, aku penah tengok sorg minah saleh ni wat kat TV. Tp dia x guna tuna la...dia guna inti sosej. So, here goes my version...

Bahan2:
3 tin tuna in brine
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 batang celery (dipotong dadu kecil)
1 batang carrot (potong dadu kecil)
Sedikit garam
Sedikit sebuk lada sulah
Sedikit minyak utk menumis
1 bungkus tortilla wrap (6 keping)

Cara2 [Inti]:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu
  2. Masukkan tuna dan goreng seketika
  3. Masukkan carrot & sedikit air, tutup kuali supaya carrot empuk
  4. Masukkan celery, lada sulah dan garam secukup rasa
  5. Asingkan ke dalam mangkuk dan biarkan ianya sejuk
Cara2 [Tortilla]
  1. Potong tortilla kepada 4 bahagian
  2. Sapukan kuning telur di satu penjuru dan gamkan ke penjuru yg satu lg bg membentuk kon
  3. Masukkan inti tuna
  4. Rapatkan bahagian hujung diatas satu sama lain
  5. Buat sehingga habis (pastikan tortilla yg belum diguna disimpan dalam bekas kedap / dilapik tuala lembab utk mengelakkan ianya menjadi kering)
  6. Goreng tortilla sehingga kekuningan.



Alternatif: Inti tuna boleh digantikan dengan apa saja inti kesukaan anda mcm inti karipap, sardin & sebagainya...

Tuesday, 8 December 2009

Nasi Tomato

Bila demam2 mcm nih, mula la nak makan yg bukan2. Aku teringin nak mkn nasi tomato plak. Gile x aku? Tgh malam tu gak la aku besilat kat dapur tuh. Hasilnya...kesedapan sehingga menjilat pinggan. Tapi sedap ikut skala aku la.... dgn idung tesumbat, tmbah ngan ulcer lg...aku nyer deria rasa sedikit weng. Agak sakit juga bile ulcer kena ayam masak merah tuh...tp kutelan jua.

Ni la hasilnya...tadaaaa....nak ke? Leh je aku bagi, bagi resepi la...kui2...

Ni resepi version org malas tp kebulur:

Nasi tomato

3 ulas bwg putih - hiris
3 ulas bwg merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
2 sudu butter
sedikit minyak
3 sudu tomato puree
1 biji tomato - cincang
sedikit perencah ayam
1/2 cwn susu cair
4 pot beras
4 pot air

Cara2
  1. tumis bhn hiris, kayu kayan ngan butter & minyak
  2. masukkan tomato cincang & tomato puree
  3. masukkan air, susu & perasa ayam
  4. bile dah menggelegak, tuangkan dlm beras yg dah dibasuh dlm periuk nasik
  5. tekan 'cooking' pada rice cooker tuh...
Selamat mencuba..

Ayam masak tomato

Ni resepi utk ayam masak tomato, nak makan ngan nasi tomato yg aku wat tuh.

ayam dipotong kecil
garam & kunyit
bwg putih, bwg merah, halia - dikisar
2 sudu cili kisar
5 sudu tomato puree
1 biji tomato belah 6
1 biji bwg besar dihiris tebal2 sket
2 cawan air
1/2 cwn susu cair
garam gula

Cara2:
  1. garam kunyitkan ayam, goreng
  2. panaskan minyak, tumis bahan kisar
  3. masukkan tomato puree, goreng hingga pecah minyak
  4. masukkan air, masak hingga menggelegak
  5. masukkan susu, garam gula
  6. masukkan bwg & tomato
  7. masukkan ayam...kacau sebati hingga messsrrraaaa....
  8. Siap! Leh mkn ngan nasi tomato...

Friday, 14 August 2009

Roti Jala

Petang2 nan sepi nih...syok gak klu dapat pekena roti jala kan...jom la kita masak...ni resepinya..

Bahan2:
2 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung castard
2 sudu besar minyak masak
2 cawan air
1 biji telur
garam
pewarna kuning / kunyit

Cara:
Campur semua bahan tuh, then mulakan penjalaan...

kui2...
Enak dimakan ngan kari ayam...

Saturday, 8 August 2009

Beef Steak and Home Made Garlic Bread

Hari tu borak2 ngan 3rd SV aku...dia mengusulkan satu cdgn baru utk project makan2. Beef steak. Aku stuju jer ngan proposal baru nih. Dari hari tu lagi nak start wat eksperimen dapur nih, alat radas sume dah ade dah...tp memandangkan bahan utama iaitu daging lembu halal belum diperolehi, maka ekperiment tu tepaksa ditangguhkan sehingga ke hari ini.

So, daging dah ada...apa lagi...eksperimen dimulakan...

Bahan2:
[Beef Steak]

Daging
Bawang merah & putih
Black Pepper
Halia
Sos tiram
gula & garam
(yg ni takde sukatan, agak2 je la, begantung kepada brapa byk daging yg digunakan)

[Gravy]

2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
3 cawan freshmilk
1 tin slice mushroom
2 sudu besar ground black pepper
3 sudu besar kicap manis
2 sudu kecil serbuk perisa ayam

[Side dish]

French Fries
sayur2an / salad
garlic bread

Methods:
[Beef]
  1. Ketuk2 manja daging (ni petua sv, katanya nak bg daging tu lembut & senang dikunyah)
  2. Lumurkan dgn bahan2 lain yg telah dikisar halus
  3. Perap beberapa jam
  4. Bakar atas frying pan / grill / arang kayu
[Gravy]
  1. Cairkan butter dlm kuali
  2. masukkan tepung, goreng seketika smpai cam menggelegak
  3. masukkan freshmilk, mushroom, black pepper
  4. masak hingga menggelegak or hilang rasa tepung
  5. masukkan kicap dan perisa ayam(sedikit demi sedikit coz takut masin)
  6. masak hingga kuah pekat, klu rasa pekat sgt, tmbah la air or susu
[Home made garlic bread]
  1. Kisar butter, garlic & parsley(yg kering & grounded tu)
  2. Sapu bancuhan no. 1 atas roti
  3. bakar dlm toaster (kalau xde toaster, bakar je dlm oven, tp make sure atas jaring besi, kalau letak atas tray, bawah dia nnti x rangup..)

Results & Analisis:


rasa steak & gravy mirip2 menu di Hotel Nikko...rasa garlic bread mengalahkan Delifrance**

**analyses were based on the chef's blowing her own trumpet..kui2 taste buds

End Product:

Suggesstion for future experiment:

Masa buat gravy tu...esp sebelum letak kicap, rasa dia sejibik mcm mushroom sup campbell tuh...so, pas ni, kalau nak senang, pakai je la mushroom sup campbell tuh, masak cam biasa, cume tambah black pepper & kicap (utk bagi effect gelap sket)

Takpun, kalau rasa2 nak makan garlic bread & mushroom sup, tp mushroom sup xde kat umah, leh la try resepi tuh...cume xyah letak kicap & black pepper tu...

Aku wat garlic bread sendiri sebab aku tak suka garlic bread yg dlm bentuk baguatte tuh...lgpun, nak habiskan roti nih sblm dia expire...kui2

Oklah...slamat mencuba!!!