Tuesday 16 August 2011

Kuih Tiram / Lidah Buaya Kulit Popia

Sumber gambar: Lifepreetyshort
Dulu kecik2 selalu tolong umi buat kuih tiram or ada stgh orang panggil kuih lidah buaya. Susah gak nak buat dia. Macam buat karipap pusing tu. Kena uli2, canai2, potong2, canai2 lagi, pastu baru la boleh goreng2 dan tabur2 gula dan makan2.

Di satu hari yg hening beberapa tahun lepas, aku ada stock kulit popia yg agak byk dalam fridge. Kat sini, nak jumpa kulit popia, kena la menapak jauh ke kedai cina. Stakat kat supermarket depan rumah mmg x dpt la. Jadinya, aku bantai beli byk2. Dahtu, xtau nak buat apa dah. Mata pun dah naik juling makan popia.

So, aku google2 apa yg patut dibuat ngan kulit popia ni kan. Terjumpa satu resepi kuih tiram versi kulit popia. Sila la ke sini utk cara-cara membuat bergambar. Mudah dan lazat. Makan benda ni mmg ralit la org utara kata.


Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • Minyak utk deep fry
  • Gula icing
  • Bancuhan tepung dan air (utk buat gam) / air sahaja

Cara-cara:

  1. Gulung kulit popia mcm gulung kertas, tapi jgn gulung ketat sgt, cukup la saiz dia mcm sbtg pensel gitu
  2. Gam hujungnya dgn bancuhan tepung or air
  3. Gunting serong-serong
  4. Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan
  5. Angkat dan toskan
  6. Bila dah sejuk, sira dengan gula icing
  7. Then bleh la krup krap...

8 comments:

  1. whahahha senang je rupenye nk buat kueh ni..heheh thanks!

    ReplyDelete
  2. senang! leh la syasya wat utk raya nanti... x pun wat sbg snack, bleh makan bila2... hehehe

    ReplyDelete
  3. hehe bile dh tau ni rase mcm wajib je nk buat tok raya...insyaAllah!

    ReplyDelete
  4. rajinnyer..ni klu sebalang pun sedesup abis,ralit no.. :)

    ReplyDelete
  5. syasya... wajibul ghunnah! =) nanti dah buat pos sini cikit yer...stock k.wan dah habis =p

    Deliah... dah habis pun...hehehe...lepas terawikh moreh mkn kuih nih.. sambil2 wat keje.. hehe

    ReplyDelete
  6. xke kulit popia bila dah goreng n sejuk..kulit tu jadi liat?

    ReplyDelete
  7. SNF, taklah...rangup je mcm popia mini tu...tryla :-)

    ReplyDelete
  8. senang je rupanya nak mem bikin kue ni. makan memang sedap. Thanks for sharing :)

    ReplyDelete