Sejak kegawatan ekonomi nih, aku akan cari barang2 yg 'reduce' price je la. Klu kat sini, barang-barang makanan yang tarikh expired nyer hari ni atau esok, barang-barang tu akan di letakkan kat rak2 reduce. So, kalau harga barang tu £1, dptla dgn harga 20p.
Semalam aku beli roti saiz jumbo tu dgn harga 20p. Sudahnya, juling gak bijik mata nak mengabihkan. So, mcm biasa, aku akan transform jd puding roti. Kebetulan ada pisang, so, aku tambah pisang dlm puding nih. Resepi ni kira mcm try2 je la. Alhamdulillah menjadi. Cuma mungkin perlu pengubahsuaian bahan.
Bahan-bahan:
- 12 keping roti, disapu butter 1 permukaan dan potong menyerong serta buang tepi
- 5 biji telur
- 4 biji pisang (2 bijik lenyek 2 biji hiris nipis)
- 2 3/4 cawan susu segar
- 3/4 cawan gula (yg ni kena pandai2 adjust, klu pisang tu manis, kurangkan la gula)
- 1 sudu teh essen vanila
- secubit garam
- sedikit serbuk kulit kayu manis
Cara-cara:
- Sapukan acuan dengan sedikit butter
- Susun roti dgn bucu segi 3 tu ke atas
- Dalam mangkuk, pecahkan telur dan kacau hingga sebati
- Masukkan gula, garam, pisang lenyek, susu dan esen vanila dan kacau sebati
- Curahkan adunan ke dalam bekas acuan berisi roti itu td
- Tekan-tekan sikit roti dgn sudu biar terendam
- Taburkan sedikit serbuk kayu manis di atas roti dan tutup dgn aluminium foil
- Biarkan roti terendam selama 15-20 minit
- Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius
- Masak pudding dgn cara 'Water Bath" iaitu isikan dulang pembakar dengan sedikit air, then letak acuan berisi roti di tgh2
- Bakar selama 30 minit dan bukak foil, bakar lagi hingga 15 minit atau hingga masak
ps: Roti, pisang dan gula tu anggaran saje. Boleh tambah atau kurangkan ikut kesesuaian.
Bagi aku dan mangsa2 experimen, semuanya bersetuju bahawa puding roti berpisang ni lebih enak dari puding roti biasa tu. Macam bingka pisang pun ada gak. Hehehe.
Bagi yang suka pisang, boleh la try yer.