Sunday 22 August 2010

Ayam Goreng Berempah


Hari tu berbuka makan nasi lemak. Nak bagi special sikit, kitorg buat ayam goreng berempah. Seperti biasa, resepi aku ni takde sukatan yang tepat. Sebab bagi aku, kek dan biskut jer yang perlu ada sukatan, kalau lauk pauk nih, kena pandai2 anggar sendiri. Begantung jugak kepada brapa byk kita nak masak. Pastu, kalau suka, tambah, kalau tak suka kurangkan or takyah masukkan bahan tuh...tu jer konsepnya.

Jadi, resepi yang aku tulis utk ayam goreng berempah ni adalah agak2 jer, berdasarkan ayam yang aku guna. So, boleh modify ikut selera masing2 yer.

Bahan-bahan:
  • Ayam yang dipotong kecil (masa aku buat nih, ada dlm 20 ketul)
  • 10 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci Halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 5 sudu besar ketumbar biji*
  • 5 batang serai dihiris*
  • 3 sudu serbuk kari*
  • 2 sudu teh jintan putih*
  • 1 sudu teh jintan manis*
  • sedikit garam*
  • setengah cawan daun kari
  • 3 sudu besar tepung beras

Cara-cara:
  1. Kisar bahan yang bertanda *
  2. Kemudian, lumurkan pada ayam, masukkan daun kari dan tepung beras, gaul sekata
  3. Perap ayam selama sejam atau lebih (lagi lama lagi best)
  4. Deep fry ayam tersebut dengan api yang sederhana besar, masukkan jugak bahan2 perap tu sikit
  5. Enak di makan dengan nasi putih atau nasi lemak.

p/s: tepung beras tu nak bagi ayam tu mcm rangup sikit, kalau tak letak pun takpe.

Friday 20 August 2010

Tom Yam Darurat

Aku namakan tom yam ni tomyam darurat sebab ketiadaan paste tom yam. Merata jugak aku mencari paste tom yam kat kedai cina, sampai ke Cardiff aku cari, tak jumpa jugak. Maksud aku, tom yam paste jenama adabi tu. Yang jenama lain ada, tapi aku tak yakin dengan tahap halalnya. Ada satu tu jenama apa ntah, dia dalam botol. Kitorg penah try hari tu, tak best langsung! Rasa apa ntah.

Sudahnya, aku cuba2 buat tom yam merah sendiri, tanpa paste. Aku google resepi tom yam putih sebab setahu aku, tom yam putih xde pakai paste, tapi ada yang letak santan. Aku kalau boleh nak elak benda besantan buat beberapa hari. So, berbekalkan memory rasa tom yam merah, boleh agak apa yang diorang bubuh dalam paste tom yam tu kan (sebenarnya aku baca ingredient kat blakang botol tom yam paste tuh....hahaha)

So, ni resepi eksperimen tom yam darurat. Boleh dibuat di kala darurat mcm aku, or utk versi yang lebih sihat ;p

Resepi ni aku main agak2 jer, nama pun eksperimen kan, boleh adjust ikut suka. Cara penyediaan paste tu aku main taram jer, ikut style Chef Jamie Oliver buat paste. Rasa sedap juga. Pasni boleh la buat tom yam tanpa paste lagi.

Bahan-bahan paste tom yam:
  • Beberapa batang cili kering (klu nak pedas, letak banyak)
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit lengkuas
  • 2 sudu minyak masak

Bahan-bahan tom yam:
  • 1 biji bawang besar (potong baji)
  • 2-3 biji tomato ( potong 4/6)
  • Cili padi
  • beberapa batang serai (diketuk)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 biji lime
  • beberapa helai daun limau purut
  • gula dan garam secukup rasa
  • ayam (atau isi ayam), daging, seafood (salah satu atau campur2 ikut suka)
  • sayur-sayuran kegemaran (cendawan, carrot, ketiak jagung dsbgnya)
  • daun ketumbar (optional, tp kalau nak ada rasa 'kick' letak la sikit)

Cara-cara utk paste tom yam:
  1. cara 1 (jamie's style): bakar cili kering, bawang merah dan bawang putih dlm oven, tumbuk bahan bakar dan masukkan lengkuas dan letak minyak sedikit demi sedikit semasa menumbuk tu, tumbuk hingga lumat
  2. cara 2 (aku punya style) : goreng bahan2 tu tanpa minyak dalam kuali (tp kena tahan la sbb bau cili tebakar sgt menusuk hidung)
  3. cara 3 (aku yg malas punya style): lebih mudah, tumbuk atau kisar semua bahan hingga lumat, tapi rebus cili kering terlebih dahulu)

Cara-cara memasak tom yam
  1. Sekiranya guna cara 1 & 2, aku rasa takyah tumis paste, terlebih dahulu, boleh masuk paste bila dah masuk air, sebab proses membakar tadi dah memasakkan bahan2 paste
  2. Tapi sekiranya guna cara 3, tumis paste sehingga agak garing
  3. Masukkan air secukupnya
  4. Masukkan ayam, daging atau seafood
  5. Masukkan cili padi, serai, daun limau purut, sos ikan, air perahan lime, halia, gula dan garam
  6. Masak hingga mendidih, bila ayam or daging dah empuk, bolehla masukkan tomato dan sayur sayuran

Tips:
  1. Kalau guna seafood, masukkan akhir sekali, terutamanya selepas carrot or sayur2 keras lain empuk, elak dari kacau banyak kali sebab boleh menyebabkan kuah jadi hanyir (ni petua Chef Wan)
  2. Kalau nak kuah tu pekat, boleh tumis bawang merah & bawang putih yang ditumbuk bersama buah tomato yang dipotong dadu kecil.

Selamat Mencuba!

Thursday 19 August 2010

Sira Pisang

Sila abaikan rumput rampai kat tengah2 tuh...huhu

Pencuci mulut ni popular kat Kelantan kot. Sebab aku mula tau pasal sira pisang sejak bekawan dengan orang kelantan. Tapi bagi aku ni bukan pencuci mulut, tapi 'pemotong kaki'. Huhuhu. Kandungan gulanya sangat tinggi ok. Sekali sekala tu boleh la makan. Tapi kalau selalu sangat...hmmm...

Cara nak buat sangatlah senang. Ni resepinya:

Bahan-bahan:
  • Pisang (jenis yang orang selalu buat goreng tuh)
  • Gula
  • Air
  • Daun pandan
  • 3 biji bunga cengkih
  • Pewarna kuning (optional)

Cara-cara:
  1. Potong pisang saiz sederhana (jgn kecik or besar sgt...)
  2. Masukkan dalam periuk yang diisi air
  3. Masakkan diatas api sederhana
  4. Masukkan gula, pewarna, daun pandan dan cengkih
  5. Berapa banyak gula tu begantung lah, seelok2nya kuah dia tu mcm pekat sket.
  6. Masak sehingga pisang empuk

Selalunya sira pisang ni di makan sejuk. Lepas dah masak, tunggu hingga suhu bilik, kemudian simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru hidangkan.

Saturday 14 August 2010

Buah Melaka

Nama lain: Bola2 Api Cinta (Eric) or Bebola Salju (Cikgu)

Siapa tak tau buah melaka? Antara kuih tradisional yang memang ramai yang tau buat. Kalau kat bazar ramadhan tu memang senang nak jumpa. Mana tak senangnya, bahan-bahan nak buat buah melaka ni sangat senang dan murah pulak tu. Cuma, antara sedap dengan tak jer. Selalu jugak aku jumpa buah melaka yang dijual tu keras, pastu gulanya pun sikit jer.

Kalau ada masa tu, buat sendiri lagi best kan, boleh letak gula banyak2 ;p

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung pulut
  • 3 sudu tepung beras
  • Sedikit jus pandan (kisar daun pandan tapis airnya)
  • Gula melaka (dipotong dadu kecil)
  • Kelapa parut
  • Garam
  • Air

Cara-cara:
  1. Campurkan tepung pulut dan tepung beras
  2. Masukkan jus pandan
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli tepung
  4. Agak-agak adunan tu boleh dibuat bulat2, maknanya dah ok la tu. Kalau rasa keras sgt, tambah tepung pulut atau tambah air. Kalau lembik sangat pulak, tambah tepung beras sikit.
  5. Buat bola2 kecil, kemudian leperkan dan masukkan gula melaka, kemudian bulatkan balik, terus campakkan ke dalam periuk yang berisi air mendidih.
  6. Bila buah melaka tu dah timbul, bolehlah angkat dan golekkan ke atas kelapa parut yang dah digaulkan dengan sedikit garam.
  7. Tunggu buah melaka sejuk sedikit baru boleh ngap. Kang tak pasal melecur sebab gula melaka yang panas tu.

p/s: tepung beras tu tak letak pun takpe, tp petua orang tua kata nak bagi adunan tu keras sedikit, senang nak uli, so tepung beras tu jangan letak banyak2, nanti buah melaka keras sangat pulak.

Friday 13 August 2010

Cendol MilkShake

Bila bulan ramadhan ni mcm2 benda pulak la aku nak makan. Yang the latest, nak makan cendol. Tak ada jual kat sini, so, kena la buat sendiri. Google punya google, mcm2 version ada. Ada guna tepung beras, ada guna tepung huen kwee, ada guna tepung jagung dan sebagainya.

Konsepnya semua sama jer, 1 tepung : 3 air. Beberapa hari sebelum tu dah membedal seri muka dan nasi lemak. So, aku rasa hari ni tak patut la pulak nak makan benda besantan. Jadi, aku tukar la santan tu kepada susu. Sedap gak! Pernah jumpa yang diorg ganti santan dengan air soya bean. Kira healthy version la ni.

Bahan-bahan utk cendol:
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan air
  • sedikit air perahan daun pandan
  • sedikit pewarna hijau (optional)
  • Semangkuk air + ais

Bahan-bahan utk gula:
  • Setengah cawan gula pasir (kalau ada gula melaka lagi best, tp aku xde)
  • 1 cawan air

Bahan-bahan utk susu:
  • Susu segar secukupnya
  • Ais kiub

Cara-cara:

Cendol:
  1. Campurkan semua bahan kecuali air ais dalam periuk dan kacau sebati
  2. Kemudian, buka api kecil dan masak sehingga adunan agak kental dan bekilat
  3. Cedukkan sedikit adunan ke acuan cendol (aku guna tapis sayur tu jer) dan tekan ke dalam semangkuk air ais
  4. Biarkan cendol mengeras dalam air ais tersebut, boleh juga disimpan terus dalam peti ais sejuk beku

Gula
  1. Perangkan gula dalam kuali (kalau guna gula melaka, cairkan gula melaka dgn air terus)
  2. Curahkan air setelah gula perang (hati2 sebab wat dia sangat panas)

Susu
  1. Masukkan susu dan ais kedalam blender
  2. Blend sehingga ais separa hancur

Cara menghidang:
  1. Curahkan air gula di dasar mangkuk/gelas
  2. Masukkan cendol
  3. Masukkan air susu.

P/s: Gambar takde, sebab lupa nak bawak kamera ke dapur, time ingat tu plak, semua cendol dah kena bedal. Nanti la yer...