Aku namakan tom yam ni tomyam darurat sebab ketiadaan paste tom yam. Merata jugak aku mencari paste tom yam kat kedai cina, sampai ke Cardiff aku cari, tak jumpa jugak. Maksud aku, tom yam paste jenama adabi tu. Yang jenama lain ada, tapi aku tak yakin dengan tahap halalnya. Ada satu tu jenama apa ntah, dia dalam botol. Kitorg penah try hari tu, tak best langsung! Rasa apa ntah.
Sudahnya, aku cuba2 buat tom yam merah sendiri, tanpa paste. Aku google resepi tom yam putih sebab setahu aku, tom yam putih xde pakai paste, tapi ada yang letak santan. Aku kalau boleh nak elak benda besantan buat beberapa hari. So, berbekalkan memory rasa tom yam merah, boleh agak apa yang diorang bubuh dalam paste tom yam tu kan (sebenarnya aku baca ingredient kat blakang botol tom yam paste tuh....hahaha)
So, ni resepi eksperimen tom yam darurat. Boleh dibuat di kala darurat mcm aku, or utk versi yang lebih sihat ;p
Resepi ni aku main agak2 jer, nama pun eksperimen kan, boleh adjust ikut suka. Cara penyediaan paste tu aku main taram jer, ikut style Chef Jamie Oliver buat paste. Rasa sedap juga. Pasni boleh la buat tom yam tanpa paste lagi.
Bahan-bahan paste tom yam:- Beberapa batang cili kering (klu nak pedas, letak banyak)
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- sedikit lengkuas
- 2 sudu minyak masak
Bahan-bahan tom yam:- 1 biji bawang besar (potong baji)
- 2-3 biji tomato ( potong 4/6)
- Cili padi
- beberapa batang serai (diketuk)
- 1 inci halia (diketuk)
- 2 sudu sos ikan
- 1 biji lime
- beberapa helai daun limau purut
- gula dan garam secukup rasa
- ayam (atau isi ayam), daging, seafood (salah satu atau campur2 ikut suka)
- sayur-sayuran kegemaran (cendawan, carrot, ketiak jagung dsbgnya)
- daun ketumbar (optional, tp kalau nak ada rasa 'kick' letak la sikit)
Cara-cara utk paste tom yam:- cara 1 (jamie's style): bakar cili kering, bawang merah dan bawang putih dlm oven, tumbuk bahan bakar dan masukkan lengkuas dan letak minyak sedikit demi sedikit semasa menumbuk tu, tumbuk hingga lumat
- cara 2 (aku punya style) : goreng bahan2 tu tanpa minyak dalam kuali (tp kena tahan la sbb bau cili tebakar sgt menusuk hidung)
- cara 3 (aku yg malas punya style): lebih mudah, tumbuk atau kisar semua bahan hingga lumat, tapi rebus cili kering terlebih dahulu)
Cara-cara memasak tom yam- Sekiranya guna cara 1 & 2, aku rasa takyah tumis paste, terlebih dahulu, boleh masuk paste bila dah masuk air, sebab proses membakar tadi dah memasakkan bahan2 paste
- Tapi sekiranya guna cara 3, tumis paste sehingga agak garing
- Masukkan air secukupnya
- Masukkan ayam, daging atau seafood
- Masukkan cili padi, serai, daun limau purut, sos ikan, air perahan lime, halia, gula dan garam
- Masak hingga mendidih, bila ayam or daging dah empuk, bolehla masukkan tomato dan sayur sayuran
Tips:- Kalau guna seafood, masukkan akhir sekali, terutamanya selepas carrot or sayur2 keras lain empuk, elak dari kacau banyak kali sebab boleh menyebabkan kuah jadi hanyir (ni petua Chef Wan)
- Kalau nak kuah tu pekat, boleh tumis bawang merah & bawang putih yang ditumbuk bersama buah tomato yang dipotong dadu kecil.
Selamat Mencuba!