Sunday, 1 March 2009

Sizzling Mee

Kali ni nak makan something yg lain sket. Dah jemu makan nasi. Spagetti belambak kat dapur tuh. Search punya search kat internet, dapat idea nak wat sizzling mee. Resepi ni dah diceduk sana sini, sebab nak accommodate barang2 yg ade di dapur (sbnrnya malas nak p kedai carik bahan...hehehe)



Bahan2:

  • Spagetti
  • Isi ayam [potong dadu]
  • 3 ulas bawang putih [ditumbuk or cincang halus]
  • 1 inci halia [diketuk]
  • 5 batang lada kering [dipotong 2 or 3]
  • 1 sudu besar lada hitam
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Kobis
  • Carrot
  • Cendawan shitake [rendam dulu hingga lembut] 
  • Telur
  • Gula & garam
  • Minyak utk menumis
  • Air secukupnya
  • 1 sudu tepung jagung [dibancuh dgn sedikit air]

Cara2:
  1. Rebus spaghetti sehingga kembang bersama sedikit serbuk perasa ayam dan minyak
  2. Dalam periuk yg lain, panaskan minyak
  3. Tumiskan halia, bawang putih, lada kering & lada hitam hingga naik bau hangit best
  4. Masukkan ayam – tumiskan kejap
  5. Masukkan air, sos tiram, kicap manis & kicap pekat
  6. Biarkan mendidih or hingga ayam tu masak
  7. Masukkan carrot
  8. Masukkan cendawan shitake [airnya amik sket jer utk beri rasa]
  9. Bile dah agak2 masak tuh, rasakan garam gulanya…klu perlu, tambah la…
  10. Masukkan air tepung jagung – nak bagi kuah pekat sket
  11. Masukkan telur
  12. Letakkan spagetti yg dah dicelur ke dalam mangkuk
  13. Curahkan kuah
  14. MAKAN!!!

No comments:

Post a Comment